Gerimis Pun Reda, Angin Syahdu Bawa Berita, Kau Telah Tiada Lagi, Pulang Ke HadratNya – Belasungkawa & Salam Takziah Buat Keluarga Dua Warga Malaysia Yang Telah Meninggal Dunia Di Musim Dingin Disember 2010 di Islamabad/Karachi, Pakistan

musim dingin 2010/2011 kali ini dilalui dengan sedih sekali. manakan tidak, kami warga malaysia di islamabad dan karachi dikejutkan dengan pemergian 2 warga malaysia, hanya berselang 2 minggu sahaja masanya. kedua-duanya meninggal dunia ketika saya masih bercuti dan berada di malaysia untuk persiapan majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi. memandangkan saya tidak akan balik lagi ke bumi bertuah malaysia selepas ini, maka masa cuti 2 minggu diperuntukkan untuk menyelesaikan segala perihal majlis perkahwinan saya. sedih sekali tatkala sedang sibuk membuat persiapan, saya dikejukan dengan panggilan telefon dan sms dari islamabad/karachi memberitahu akan perginya warga malaysia sahabat saya di sana.

saya baru kenal kedua-duanya dalam kurang setahun yang lalu. allahyarham pak akob (karachi) dan allahyarham azhar (islamabad) begitu sinonim dengan saya. masakan tidak, kami sama2 menghabiskan masa bersama2 warga malaysia di pakistan. gerimis pun reda, angin syahdu, bawa berita kau telah tiada lagi, pulang ke hadratnya. kini hanya tinggal kenangan sahaja untuk kami warga malaysia di islamabad/karachi.

masih teringat akan kenangan manis perkelahan beramai2 di tasik rawal bersama arwah azhar sekeluarga semasa kemuncak musim luruh yang sejuk. kami beramai2 membentangkan tikar, berjalan2 di sekitar tasik rawal yang indah dan menjamu selera dengan masakan malaysia yang lazat. kanak2 berlari2an di sekitar tasik rawal dan bergembira di sana. ketika saya sedang sibuk hiking di sekitar islamabad, saya diberitahu arwah azhar sedang demam denggi. kemudian beliau sihat. itu berita sebelum saya pulang ke kuala lumpur. namun ketika saya di kuala lumpur, saya dikejutkan dengan berita pemergian arwah azhar kerana asthma. al-fatihah.

kenangan bercuti bersama arwah pak akob sekeluarga di murree pada musim dingin 2010 juga masih terngiang2 di benak fikiran saya. kami warga malaysia, dalam 4 buah kereta bersama2 memandu ke murree, check in di elite hotel dan bermain2 salji bersama2. saya masih teringat lagi sewaktu pertama kali bertemu dengan arwah pak akob. saya tegur arwah dan kami berbual2 seolah2 kami telah lama kenal. arwah pak akob datang dari karachi bersama isteri dan salah seorang anaknya. arwah pak akob begitu teruja dengan lawatan ke murree tersebut. kami gelak sakan apabila terjumpa snowman ala2 pakistan dengan hidung yang mancung di murree, puas bergambar dengans snowman dengan bayaran 20 rupees seorang. 🙂

habis sahaja lawatan ke murree, saya dan beberapa rakan ke northern pakistan untuk bercuti dan melihat sendiri pemandangan di gilgit/hunza/skardu/deosai. arwah pak akob nak ikut sekali, namun masa tidak mengizinkan. kami beritahu beliau insya-allah kami akan pergi lagi pada cuti musim panas 2011 nanti. arwah juga ada berpesan untuk kembali ke islamabad untuk bermain salji sekali lagi seperti musim dingin 2010 dahulu. namun kini semuanya hanya tinggal pesanan dan kenangan. al-fatihah

terasa seperti ingin meletakkan gambar kedua-dua arwah di sini, namun saya batalkan hasrat tersebut. cukuplah saya sahaja yang menyimpan kenangan bergambar itu ya. banyak juga gambar2 arwah di facebook saya yang sempat saya rakamkan dah upload sebelum ini. ada juga video yang saya rakamkan. airmata akan menitis acapkali saya menonton video dan menatap gambar2 yang saya rakamkan. selamat tinggal sahabatku.

semoga roh kedua-dua warga malaysia ini bersemadi dengan aman dan dilimpahi rahmat yang maha Esa. amin.

p/s – saya berkongsi kesedihan dengan warga malaysia di islamabd/karachi di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One response to “Gerimis Pun Reda, Angin Syahdu Bawa Berita, Kau Telah Tiada Lagi, Pulang Ke HadratNya – Belasungkawa & Salam Takziah Buat Keluarga Dua Warga Malaysia Yang Telah Meninggal Dunia Di Musim Dingin Disember 2010 di Islamabad/Karachi, Pakistan

  1. sadis nya. takziah ata keluarga arwah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge