yuran ganti kad pengenalan hilang naik RM70-RM230

fuhhh lega…

Yuran ganti kad pengenalan hilang naik RM70-RM230

PUTRAJAYA 26 Sept. – Kadar bayaran bagi menggantikan kad pengenalan hilang akan naik antara RM70 hingga RM230 mulai 1 Oktober ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohd Abdul Halim Muhammad.

Beliau berkata, kadar bagi kehilangan kali pertama naik dari RM30 kepada RM100, kali kedua dari RM50 kepada RM200 serta kali ketiga dan seterusnya dari RM70 kepada RM300.

“Kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan bayaran yuran bagi gantian kehilangan kad pengenalan yang melibatkan pindaan kepada Jadual Keenam, Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kepada semua warga negara dan bukan warga negara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Abdul Halim berkata, bayaran bagi permohonan untuk menggantikan kad pengenalan (RM10) masih dikekalkan, tetapi kini tiada bayaran memproses dikenakan (dahulu dikenakan RM10).

“Rayuan untuk pengurangan atau pengecualian yuran bagi kes-kes kehilangan boleh dipertimbangkan bagi golongan seperti orang miskin dan daif, orang kurang upaya (OKU) dan orang tua yang uzur,” katanya.

Menurutnya lagi, pengecualian juga diberi kepada mereka yang kehilangan kad pengenalan kerana dirompak atau diragut dan mereka yang ditimpa bencana alam seperti kebakaran rumah, banjir, ribut taufan, tanah runtuh dan tsunami.

Beliau berkata, pemohon perlu mengisi borang permohonan pengecualian atau pengurangan bayaran yuran hilang kad pengenalan yang boleh didapati di mana-mana pejabat JPN. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

35 responses to “yuran ganti kad pengenalan hilang naik RM70-RM230

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.