filem rock menang best actor anugerah skrin 2006

aku sempat la jugak tengok anugerah skrin 2006 yang hambar giler kat tv3 hari tu. time aku tengok, sekali masa tu tengah present award untuk best actor

dan pemenangnya – leading actor dalam filem rock. saper ntah nama actor tu. lupa plak 🙂

aku tak nak cakap pasal anugerah skrin, tapi nak cakap pasal filem rock

aku dah tengok and dah beli pun vcd dia. memang best ar layan filem nih. banyak lagu-lagu zaman 80an yang sungguh nostalgia. plus banyak adegan yang lama-lama macam konsert rock kat funfair, video clip kat stesen keretapi kk dsb

memang tak rugi woooo beli vcd rock nih. filem arahan dan idea mamat khalid ni memang power la. lain sket filem dia. filem mamat khalid memang dekat sikit dengan masyarakat. lebih down to earth

ni antara scene yang menyayat hati. takdelah sedey sangat. cuma masa band tu nak perform, sekali ada mamat mana ntah enterframe. sekali kena main lagu keronchong daaaaa. kesian depa. hahahaa

kat bawah ni filem rock punya official trailer, ada lagu dari sinar mata nyanyian bpr. best ar layan trailer dia nih.

ni plak scene masa band malaikat maut muncul. perghhhh siap ada kemenyan tuh. berasap beb. memang power siottt tengok band malailat maut nih.

ni plak masa band rimba bara tuh perform untuk award peringkat negeri rasanya. hahahah. tengok juri dia pun kelakar la. buat pertandingan kat dewan bukit taiping je. sengkek gak masa tu kan.

ni masa rimba bara jamming kat studio kepunyaan jaafar onn. kecik giler studio dia. sewa pun murah je masa tuh. sungguh 80an betul la. best ar tengok filem nih. teringat zaman-zaman rock kapak – rambut panjang, seluar ketat dulu-dulu. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “filem rock menang best actor anugerah skrin 2006

  1. filem ni best ooo … kadang2 sedih aku tgk sbb teringat masa zaman aku dulu tu …

    fssfs last blog post..Dari Alam Angker

    Reply

  2. fssf : memang cool la cerita tuh kan. memang banyak kenangan silam masa zaman rock kapak. hehe 🙄

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge