Elly Idzlianizar Ilias Juara Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) di Ayer Keroh !

la patut la jam giler masa aku nak balik from jasin semalam

betul2 dekat je ngan toll ayer keroh ada litar plak

rupanya ada race la plak. haha race kat track !

ikut hati aku nak je aku stop kejap nengok race neh

tapi dah la hujan gerimis pastu aku check mcm takde tempat nak parking pun masa tuh

hehe terus masuk toll heading ke kl la jawabnyer kan. hehe 🙂

– – – – –

seb baik aku tak accident semalam ok sebab ada kereta2 yang slow nak tengok race neh la

dah la betul2 tepi jalan. hehe 🙂

– – – – – –

sumber here ok

KUALA LUMPUR – Pelumba Petronas Sprinta Yamaha Ah Hong, Elly Idzlianizar Ilias mengungguli saingan Pusingan Keempat kelas expert Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) di Ayer Keroh, Melaka semalam.

Beraksi di litar berharga sekitar RM20 juta, perlumbaan akhir kelas expert cukup menarik dan mendebarkan apabila kedudukan pendahulu saling bertukar tangan.

”Perlumbaan akhir ini cukup menarik dan mendebarkan. Saya tertarik dengan aksi yang pelumba lain.

”Ia kemenangan yang berharga buat saya,” kata Elly yang mendapat saingan dua pelumba Shell, Ahmad Fazli dan Ahmad Fazrul Sham serta rakan sepasukan Md. Zamri Baba.

”Kemenangan ini dibantu persembahan konsisten saya. Walaupun saya dipintas oleh Fazli Sham, namun saya bertindak bijak mengawal keadaan dan berjaya mengelak Fazli ketika dia terjatuh sebaik sahaja dia berada di depan saya,” ujar Elly.

Elly menamatkan perlumbaan 15 pusingan dengan masa 16:47.670 saat, meninggalkan rakan sepasukan Md Zamri Baba di tempat kedua (16:48.007s) diikuti pelumba Shell Advance Yamaha Maju, Ahmad Fazrul Sham (16:53.471s).

Kejayaan Elly di Melaka meletakkan dia di tempat ketiga keseluruhan dengan 55 mata, di belakang dua pelumba Petronas Sprinta Yamaha Raceline, Md. Iskandar Raduan (65) dan Ahmad Fuad Baharudin (56).

Dalam kedudukan berpasukan, Petronas Sprinta Yamaha Raceline masih mendahulu dengan 121 mata, diikuti Petronas Sprinta Yamaha Ah Hong 110 mata manakala pasukan Shell Advance Maju Motor ketiga (49 mata).

Dalam saingan kelas novis, pecutan Hafizh Syharin Abdullah tidak mampu dicabar oleh pelumba lain.

Pelumba cilik dari Kuala Lumpur itu mendominasi perlumbaan tanpa sebarang tentangan.

Hafizh menyifatkan kejuaraan keempat itu menghampiri impiannya untuk mengatasi rekod bekas pelumba novis, Rosnizam Mohd Noor pada musim 1998 dengan enam kemenangan berturut-turut.

“Kejayaan ini membolehkan saya terus memberi tumpuan ke perlumbaan seterusnya.

”Seperti pusingan sebelum ini, saya berharap harapan dan matlamat saya memecah rekod Obert (Rosnizam) bakal menjadi kenyataan,” katanya.

Hafizh meneruskan rekod bersih dalam carta keseluruhan dengan pungutan 100 mata maksimum, meninggalkan Haffieenaz di tempat kedua (55) sementara Ahmad Abdul Kadir (Faito Boon Kui Racing) ketiga (51).

Petronas Sprinta Raceline mengungguli saingan berpasukan dengan 155 mata.

Pasukan Motul Yamaha YY Pang kedua dengan 88 mata diikuti pasukan Modenas Yuzy Pachi Racing 67 mata.

Keputusan

Expert

1. Elly Idzlianizar Ilias (Petronas Sprinta Yamaha Ah Hong) 16:47.670s

2. Mohd Zamri Baba (Petronas Sprinta Yamaha Ah Hong)16:48.007s 3. Ahmad Fazrul Sham (Shell Advance Yamaha Maju) 16:53.471s

4. Mohd Iskandar Raduan (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 16:54.595s

5. Ahmad Fuad Baharudin (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 16:54.666s

Novis

1. Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 13:45.318s

2. Md Hafieenaz Md Ali (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 13:47.705s 3. Md Rozaliman Zakaria (Shell Advance Yamaha Maju) 13:47.885s

4. Md Khairul Adli (Naza Sukimi UTM Racing) 13:48.472s

5. Zaidy Md Zaifaizal (Motul Yamaha YY Pang) 13:54.323s

Wira

1. Md Adib Rosley (MCS MHR Racing) 12:33.448s

2. Abd Haffiz Rashid (Faito Boon Kui Racing) 12.42.698s

3. Mohd Azhar Abd Jalil (MCS MHR Racing) 12:42.708s

4. Mohd Azzeroy Aziz 12:47.385s

5. Mohd Ramdam Md Rosli 12:57.336s

Kedudukan

Pelumba

Expert

1. Mohd Iskandar Raduan (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 65 mata

2. Ahmad Fuad Baharudin (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 56

3. Elly Idzlianizar Ilias (Petronas Sprinta Yamaha Ah Hong) 55

4. Mohd Zamri Baba (Petronas Sprinta Yamaha Ah Hong) 55

5. Md Emir Firdaus Hasan (Motul Yamaha YY Pang) 34

Berpasukan

1. Petronas Sprinta Yamaha Raceline 121 mata

2. Petronas Sprinta Yamaha Ah Hong 110

3. Shell Advance Yamaha Maju 49

Novis

Pelumba

1. Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 100 mata

2. Md Hafieenaz Md Ali (Petronas Sprinta Yamaha Raceline) 55

3. Ahmad Abd Kadir (Faito Boon Kui Racing) 51

4. Zaidy Mohd Zaifaizal (Motul Yamaha YY Pang) 49

5. Md Zulfahmi Khairuddin (Modenas Yuzy Pachi Racing) 40

Berpasukan

1. Petronas Sprinta Yamaha Raceline 155 mata

2. Motul Yamaha YY Pang 88

3. Modenas Yuzy Pachi Racing 67

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One response to “Elly Idzlianizar Ilias Juara Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) di Ayer Keroh !

  1. mcm maner nk jadi racer….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge