Dua pelajar sekolah agama maut digilis kereta api ?

bagaimana la perkara camni boleh terjadi ya ? saya bingung …. 🙂

Dua pelajar sekolah agama maut digilis kereta api

Oleh: TARMIZI ABDUL RAHIM dan SAIFUL HAIZAN HASAM

MAYAT salah seorang pelajar mangsa yang digilis kereta api dibawa untuk disembahyangkan di surau Hospital Tampin, semalam.


REMBAU 26 Okt. – Dua orang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim (SMAHMY), Hulu Gadong, dekat sini, maut apabila digilis kereta api kargo sewaktu tidur di landasan selepas keluar dari asrama tanpa kebenaran untuk minum di pekan Kota di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohd. Hafiz Adnan, 14, dari Setapak, Kuala Lumpur dan Fazrul Asri Zulkifli, 14, dari Taman Medan, Petaling Jaya meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh bahagian badannya.

Lebih menyayat hati, kejadian pukul 11.45 malam dekat Kampung Tanjung itu turut disaksikan lima rakan mangsa yang gagal mengejutkan mereka berdua yang nyenyak tidur.

Dipercayai, mereka keluar dari kawasan sekolah antara waktu Maghrib dan Isyak melalui jalan pintas ke pekan Kota yang kerap digunakan pelajar yang selalu keluar asrama tanpa kebenaran warden.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Mat Dom berkata, sejurus melihat mangsa digilis, lima rakan mangsa bersembunyi di satu kawasan berdekatan kerana ketakutan sebelum kembali semula ke asrama pagi ini.

Katanya, polis melakukan ujian air kencing dan alkohol terhadap lima pelajar terbabit .

“Bagi kelima pelajar yang terselamat itu, hasil ujian adalah negatif manakala sampel darah dua mangsa diambil untuk ujian lanjut, namun laporan awal daripada doktor tidak menunjukkan tanda-tanda pengambilan alkohol.

“Pemeriksaan di sepanjang landasan kereta api tempat berlakunya kemalangan tragis itu juga tidak menemui sebarang botol atau tin minuman keras atau kesan penyalahgunaan dadah,” katanya yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, di sini hari ini.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi pekarangan Rumah Mayat Hospital Tampin apabila lebih 60 orang ahli keluarga mangsa dan pelajar SMAHMY hadir untuk urusan tuntutan dan solat jenazah.

Jenazah Fazrul Asri dituntut keluarga untuk dikebumikan di Kampung Jeram, Masjid Tanah, Melaka, manakala Hafiz pula akan dikebumikan di Kampung Terusan, Batu Kikir, Kuala Pilah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 responses to “Dua pelajar sekolah agama maut digilis kereta api ?

  1. ari ni dalam paper tulis kawan2 kepada arwah bagitau yang diorang tak balik asrama sebab takut kena marah dengan senior. hmmm…baca heading jer, cerita tak sempat (malas) nak baca…

    tak tahu plak kenapa takut ngan senior. tapi dah ajal. al fatihah.

    Reply

  2. innalillahi wa innailaihi raajiun. al-fatihah.

    saya pun bingung gak ni.. kalau ye fly, kenapa gi tido kat landasan keretapi tu? tade tempat lain ke nak tido? memang dah ajal, tapi bila mati macam ni rasa macam tak puas ati je..

    Reply

  3. aishah : ni dah mcm kes bully je ni kan.

    mucs : tu la pasal. rasanya kalau malam lagi la senang nak nampak lampu ngan bunyi kuat tren tuh. ishhhhh camner la kan….

    Reply

  4. tu katanya ajal..kawan2 dah kejut, siap tarik lagi tapi diorang cam tak gerak-gerak dan tak sedar2 jugak. Wallahua’lam..

    Reply

  5. aishah : kita sedekahkan al fatihah sahaja kepada arwah.

    Reply

  6. kesiaaann…

    innalillaah…

    Reply

  7. kawaii : al fatihah

    Reply

  8. hmmm….
    al- fatihah

    Reply

  9. member arwah : sama2lah kita sedekahkan alfatihah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge