dr azhar ahmad @ ubie79

saya mengenali azhar ahmad melalui internet. dulu beliau berada di fotopages ubie79. fotopages beliau agak fames juga di dunia web. ya, memang ramai sekali fotopages dari malaysia ketika itu. sehingga kita ada www.fotopages.com.my kan? dahulu saya sentiasa mengikuti perkembangan fotopages azhar atau ubie di fotopages. kebanyakkan gambar2nya berkisar akan senibina bangunan22 di utm skudai. saya ada seorang adik yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah di utm, bila saya pergi ke utm, saya rasa bangunan2nya nampak biasa sahaja. tapi bile disentuh azhar dengan lensa kameranya, bangunan2 tersebut nampak lebih hidup dan bernyawa. hebatkan?

namun saya gagal mengesan azhar setelah beberapa lama kemudiannya. sedar2 sahaja saya telah berjaya menelusuri blog azhar yang terbaru. kini beliau telah mempunyai domainnya yang tersendiri. saya bila lagi ya?

kini azhar sentiasa mengupdate blognya. hampir saban hari saya gemar membaca artikel2 yang menarik. ditambah dengan gambar2 yang cukup mengesankan oleh lensa kamera beliau. baru2 ini azhar telah menitiskan airmata saya dengan artikel berkenaan ibu beliau. artikel yang bertajuk cinta yang itu, kekal harum selamanya memang sungguh mengesankan hati saya. kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa berkorban nyawa. memang saya ingin menangis semahunya!

semoga azhar akan berjaya di dalam kerjayanya. saya amat menantikan saatnya bila saya akan memanggil beliau, assalamualaikum dr azhar! Insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “dr azhar ahmad @ ubie79

  1. assalamualaikum,
    saya sedang mencari sahabat handai kepada pak cik saya yang pada penghujung tahun 1970an juga merupakan salah seorang pelajar kejuruteraan mekanikal di UTM. nama pak cik saya Othmandin bin Ramli..adakah anda mengenalinya?

    Reply

  2. mufida : cuba tanya ngan dr ubie yang ex utm. boleh visit blog dia kat http://www.azharahmad.com 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge