destinasi bajet 8tv @ season 1 episode 7 – NEGERI SEMBILAN!

kali ni aku nak memblog secara realiti plak. amende realiti blog ni? hah! sekarang ni aku tengah tengok rancangan destinasi bajet kat 8tv kul 9.30 malam. aku minat giler ngan rancangan nih. sebab dengan rm300, macam2 kita boleh buat rupanya kat malaysia ni beb!

so sambil tengok tv, sambil memblog. tu la pasal nama dia kali ni blog realiti destinasi bajet.

kali ni destinasi bajet ke negeri sembilan. macam best je. since negeri sembilan dekat je kan. so mamat tu just drive naik kereta je la. dengan rm300, jom kita tengok apa yang mamat tu boleh buat dalam masa 3 hari 2 malam kat pd dan seremban. cam best je kan. jom la jalan2 kat malaysia beb!

so sambil tengok tv sambil aku menaip! sekarang mula!

de pantai resort pd

kali ni mamat tu stay kat de pantai resort – air panas ada, sink ada, toilet ada, pool pun ader! tapi aku tengok pool dia kali ni macam kaler hijau. macam sarang buaya la plak. heheheh no offence heh de pantai resort. dah nama pun destinasi bajet, so kenalah tinggal kat tempat yang bajet2 kan. takleh nak stay kat resort mewah lak kan. hehehehe aku tengok bilik dia okeylah. so-so untuk destinasi bajet kan. ye lakan janji boleh tidur dengan menyahtinja cukupla kan. ehehehehe

masak lemak cili padi

makan masak lemak cili padi rm5 satu kepala buffet depan resort je. heheheh tengok mamat tu makan memang best la! memang murah giler. masak lemak cili padi memang terkenal kat negeri sembilan. fuhhhh kena plak masak ikan sembilang. fuhhhh terangkat beb! kalau mertua lalu pun tak nampak kalau dah melantak nasi putih dengan ikan sembilang masak lemak cili padi. fuhhhhhhh syurga dunia la kali ni beb!

rumah api cape rachado

nak masuk rumah api, just minta kebenaran je. pemandangan memang cun giler beb. cam best je amik gambar daripada atas rumah api tu kan. boleh nampak sumatera la. memang takde batas, horizon sampai ke hujung. aku rasa rumah api ni memang suatu tempat yang wajib dilawati kalau singgah ke pd nih. dekat sebelah ilham resort pd je rumah api nih. memang saujana mata memandang la kalau dah dok kat atas nih. kalau ada dslr lagi la best kan, bolehlah amik gambar horizon yang cun giler. guna filter langit sekali key. heehehehehehe !

muzium tentera port dickson

kat pd ni pun ader muzium tau! muzium tentera lagi. entrance fee free je! boleh masuk kat dalam kereta perisai lagi tu beb! so bolehlah posing2 kat dalam kereta kebal tuh. nak merasa grenade ngan kelonsong peluru pun best gak. hehehehe kat sini pun ada terowong parti komunis malaysia. replika terowong je beb! boleh masuk terowong dan ada semua gambar2 real barang rampasan komunis dulu2 kat dalam terowong nih. pakaian dalam wanita pun ader. amenda la kan.

pantai port dickson

petang2 santai kat sini best gak. naik banana boat satu kepala rm15 je! murah beb. banyak gak aktiviti air yang best. syok siot tengok mamat tu naik banana boat tu kan. aku tak pernah la merasa naik banana boat nih kan. kalau setakat canoeing tu memang biasa la kan. so kena cuba la banana boat kali ni kan. hehehehehe

pasar malam pd

setiap hari sabtu ada pasar malam yang mmg besar giler. so jom kita tengok amender mamat ni boleh beli. pau noram pun ader. special dia sebab pau ni suci dan bersih. sup gearbox pun ader. aku pun dulu masa gi pd memang selalu menjenguk la kat pasar malam pd ni kan. hehehhe. dulu selalu beli roti john ngan kuetiaw goreng then lepak kan pantai depan tuh untuk bersantai sambil2 rilex dijamah bayu laut yang sepoi2 bahasa. hehehehehe romatic la plak kan. tapi kalau sorang2 tak berani la aku nak melepak kan. hehehheeh. lagi satu tauhu bakar dengan kerang bakar kat pasar malam ni pun best gak kan. heheheheeh

ikan bakar pasir panjang

malam ni mamat tu makan seafood kat pasir panjang pd. harga ikut per 100 gram kat sini. mamat tu amik ikan pari. suruh dia bakar. makan dengan nasi putih ngan air sekali. aku memang suka ngan ikan bakar. tapi aku tak suka la dengan cara masak ikan bakar yang pakai cili or sambal banyak giler tuh. aku kalau boleh lagi prefer nak makan or masak ikan bakar yang fresh and simple. tak payah la letak2 sambal2 tu semua kan. heheheh then pekena plak dengan kuah asam letak budu ngan limau nipis sket. perghhhhhhhhh tetiba rasa nak makan ikan bakar la sekarang nih. siap la aku singgah kat ikan bakar jalan bellamy week ni jugak tau. heheheheeheheh best beb!

hari ke-2

sarapan pagi

nasi lemak bungkus dengan milo ais. fuhhhh memang nampak terangkat la beb! breakfast yang simple je kan. tu la nama dia destinasi bajet. takkan la nak melantak giler babi macam kat resort buffet tu kan. heheheh masa breakfast yang simple tu plak, kalau boleh baca newspaper pepagi pun best giler kan. dapat sipping coffee sekali dengan pekena roti chanai dengan kuah dal campur sikit sambal. fuhhhhhhhh heaven la beb!

pd ostrich farm

tempat yang mesti dilawati. rm8 untuk orang dewasa, cam best je kan. heheheh aku pun belum sampai ke sana lagi thougha aku selalu datang kat pd tu dulu. kena amik gambar la dengan ostrich tuh. telur burung unta memang kuat, aku tengok mamat tu siap berdiri atas cangkerang telur burung unta lagi tuh. kat sini boleh cuba naik ostrich lagi beb! amacam sempoi tak? hehheheh amende la mamat tu merepek meraban kan. siap dapat sijil lepas naik ostrich tu lagi beb! boleh gak tengok lumba burung unta. bukan senang nak tunggang ostrich sambil berlumba kan. hehehehe. memang best la nampaknya. kena pergi ni la. kat sana nak makan satay ostrich pun boleh rm1.70 satu cucuk. okeylah kan. dapat makan panas2 lagi tu beb! banyak gak cenderamata yang dijual berdasarkan ostrich kat sini. so jomlah melawat pd ostrich farm ni kan. hehehehehe

muzium seri menanti

dari pd terus mamat tu drive ke kuala pilah nak gi muzium. kena daftar je kalau nak masuk muzium nih. tak yah bayar pun takpe. heheheh. this is real istana. so kena convert ke muzium la. hehehhe. boleh tengok tempat raja2 dulu2 bersantai. huh! boleh tengok tempat meja makan diraja. heheheh mamat tu terkamjat ngan harimau. tengkolok tak sudah pun ader siot! siap tanya lagi, asyik tak sudah, bila la plak tengkolok tu nak sudah kan? hehehehe lawak la plak mamat tu kali ni la.

rojak mee kuala pilah

mamat tu makan tengah hari kat food court sebelah pasar kuala pilah. rojak ngan cendol memang famous. mamat tu order cendol kosong ngan rojak mee. semua dalam rm5 je beb! mana nak dapat kat kl kan. heheheh inilah cendol kuala pilah. kat gerai hajah fatimah. best siot tengok mamat ni makan la. ni memang kena pergi ni satu hari nanti. huh! dulu masa singgah kat kuala pilah tak terfikir plak nak makan2 camnih. hehehehee. nak pergi kuala pilah punya la jauh kan. sampai je dah penat, so tak sempat la nak pi jalan2 cari makan camnih. hehehehee. takpe, sementara aku bujangan nih, kena la pergi jalan2 cari makan kan. kalau dah kahwin nanti, sure busy giler kan. hehehehe

ladang dragon fruit

kat sini mmg banyak giler ladang dragon fruit. heheheh buah yang dah dikopek pun ader beb! mamat tu siap tanya lagi kalau2 kulit tu boleh naikkan seri muka. heheheh. siap minum just pitabery lagi kat sana. masam la plak rasanya. kat melaka pun memang banyak buah nih. kat kluang pun best giler. hehehehe. memang best la. kalau dapat pekena jus air buah naga pun best giler la. merah menyala la gelas jus dia kan. hehehehehehe

hutan lipur ulu bendol

kat sini ada macam2 aktiviti yang boleh dibuat. boleh bersantai petang2 kat sini. siap ada kolam besar lagi kat sini. dulu masa nak pergi kuala pilah dengan kuala kelawang memang lalu kat area air terjun nih, tapi dulu tak pernahlah singgah coz kesuntukan masa la. heheheheh. ni memang kena singgah la satu hari nanti kan. sambil2 tu boleh pekena ayam goreng or buat ayam bbq kat tepi air terjun sambil melantak nasi goreng. fuhhhhhhhh sedap la. memang best la. camner eh! kena singgah mandi-manda kat air terjun ni weiiiiii

benteng kat seremban

mamat ni makan malam kat seremban. dia minta sup ayam special rm2 je. murah beb! ni namanya benteng seremban. sure jumpa la punya kan. satay daging 10 cucuk dengan milo ais. so far mamat ni belanja rm240 je. nampak sempoi je la food court kat sini kan. hehehehe. kena singgah jugak la. tnb seremban pun dah ada wisma tnb yang besar giler. dulu masa stay kat seri malaysia, selalu gak makan kat a&w kat tepi tasek seremban tu okey. hehehehehe

hari ke-3

memancing kat tepi pantai pd

mamat tu nak tangkap ikan bolos plak. hehehehe. memang best la kalau aku pun hantu memancing kan. heheheh. ikan polos ke bulus. aku pun tak sure la. ikan kecik giler beb! mamat ni memang giler memancing la. kat mana2 dia akan bawak joran dia tuh. paling best masa minggu lepas masa dia pergi pangkor and then dia dapat ikan besar giler. siap bawak kat kedai nak dibakar lagi tuh…..pergghhhh seb baik la aku bukan hantu memancing ni kan. kalau tak sure aku pun akan bawak joran kat mana2 aku pergi la. heheheheheh syukur!

restoran md sheriff

makan roti chanai ngan teh tarik. aku rasa cam pernah makan la kat sini. siap ada kedai jual suratkhabar ngan majalah la kat sini. kalau tak silap kedai kat tepi simpang ni kan. hehehehhe. tapi mee goreng mamak dia memang sedap la kan. heheheheeh

pasar borong nilai 3

memang best area ni beb! hehehe berlambak2 kedai jual borong je kat sini. kalau jalan kaki, seminggu pun tak habes, daripada kain ela, karpet, barangan pengantin. semuanya ader la. murah2 je la. nak menghias rumah, fountain pun banyak beb! kalau pecah sendiri mau ingatla kan. heheheheeh. karpet pun ader. ukiran kepala tengkorak pun ader beb! siap main congkak kayu pun ader kat sana. beg pelbagai jenis dan ala2 nusantara pun ader kat sana. mamat tu belo angklung angin rm18. murah je beb! mamat tu beli kat toys boys nilai 3. murah siot

habes rancangan destinasi bajet!

tu dia dengan rm300 giler banyak tempat mamat tu pergi kan. tapi satu je la. aku kalau pergi mana2 pun mesti nak kena beli fridge magnet, tak tahu la kenapa. kalau tak beli fridge magnet, tu rasa cam tak lengkap. tu la pasal masa singgah perhentian tak beli mende alah tuh, aku rasa cam menyesal sesangat beb! heheheheh

memang murah beb! dengan rm300 boleh ronda2 negeri sembilan lagi tu! aku pun nak buat jalan2 bajet style la kalau camni kan. hehehehe sure bestnyer. biler aku tengok rancangan ni terus aku teruja nak buat edisi jalan2 cari makan or destinasi bajet aku sendiri. kalau la aku ada astro max kan ker senang nak tape rancangan ni kan. hehehe

tengok la nanti kalau aku dah terbeli astro max ke kan. hehehe

jumpa lagi dalam destinasi bajet minggu depan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 responses to “destinasi bajet 8tv @ season 1 episode 7 – NEGERI SEMBILAN!

  1. Qushairi Razali

    Ha ha ha…Thank you brader… nak cuti kat Malaysia nie, murah je…tapi saya rasa terharu bila baca blog kau ni…tak sangka la pulak orang nak blog pasal show ni…tengok destinasi Terengganu…lagi best…:)
    next week, kita ke Ipoh!!!!

    Reply

  2. hehehehe thanks Qi.

    memang dah selalu tengok destinasi bajet tu tapi baru malam tadi dok depan komputer sekali. tu yg boleh blog secara live tuh. hehehehehe.

    best ar rancangan tu

    nanti kalau aku ada astro max nak record and burn dalam dvd

    Reply

  3. Pingback: Qi singgah di KNizam Artwerk blog « knizam artwerk

  4. destinasi budget mmg best la tok org2 yg sengkek cam aku ni.nk jalan oversea x mampu so ader guide tok jln2 kat msia ni mmg sgt berguna.thanks 8tv!

    Reply

  5. …knizam..qi ni mmg best kan???????????

    Reply

  6. Hi bro…nice slot !
    Keep updating ya pasal destina bajet tue..
    kadang2 ter”miss” jugak …at least tahu jugak yg kt melesia still ada tmpt2 yg perlu dilawati nie..

    Qi, takder blog/fotopages/myspace?
    Pls share if possible..

    Reply

  7. aku pun sama gak mmg xpernah miss tgk show nie…mmg minat kat qi dr dulu lagi…masa dia ngan OAG..tp dlm destinasi budget nama qushairi..aku jenuh recall balik mcm familiar jer muke host dia nie…but someday tue masa kat pangkor kott..time gie memancing yg dapat bnyk ikan tue..dia ada sebut “ha..ha..ikan pertama yg berjaya ditangkap oleh qi”…then masa tue baru aku teringat balik?alamak..patut mcm pernah tgk..qi..OAG…then aku mula search pasal dia…ari tue qi ada menang apa ek.loreal branstorm yg dapat gie paris tue kan..aku trus simpan gambo tue…haha…cute n’ sempoi tahap gaban mamat nie..tp dah 2 mggu xde pun..tertunggu2 dpn tv…hurm..naper ek..

    Reply

  8. Boleh tau contact no De Pantai Resort tak. Cadang nak pegi cuti sekolah nie. Satu lagi ikan bakar kat Pasir Panjang tu kat kawasan mane? Jalan nak pegi Kem Bina semangat tu ke…

    Reply

  9. yang : actually kalau travel ala2 bajet ni lagi best la sebab boleh tengok lagi banyak culture n places. kalau normal bajet tu, room je yang best kot. heheheh

    den : qi ni best sebab dia style selambe je. mcm ada chemistry plak dia ngan destinasi bajet kan

    krengtina : thanks. x sure la plak kalau qi ada own blog. nanti saya tanya dia eh

    zue : yep destinasi bajet dah habes season agaknya. mungkin akan sambung lagi la kot.

    bad : saya pun takde contact no tu semua la bro. sorry ar.

    Reply

  10. adoi bestnye destinasi bajet…
    kalau terlepas tgk skali jek rasa cam nk nangis pon ade…heh
    kita ske Qi…
    ayat paling best die…”Biar Btol??”
    skrg ni dh jd ayat kegemaran kita plak..

    Reply

  11. pic Qi takde ke???
    pliss…hehe

    Reply

  12. vanylla : tunngu destinasi bajet season 2 nanti ya. heheheheeheh. xde lar pic dia 🙂

    Reply

  13. Please sapa sapa yang tau email address Qi destinasi budget leh pas kat saya tak…

    thanks

    Reply

  14. azreen : dah tak ingat la email dia. 🙂

    Reply

  15. syok rancangan besame qi

    Reply

  16. amirul : hope ada la season 3 kan. hehe 🙂

    Reply

  17. hope juge season 4

    Reply

  18. amirul : season 4 dulu ok. hehe 🙂

    Reply

  19. tk banyak2 tentang ns yg menarik. di sini saya ingin kongi anda semua tentang nilai 3 informasi. nilai 3 memang sesuai utk sekeluarga pergi shopping. banyak kedai di sana .. dan murah.
    All Shops at Nilai 3
    Textile walk shops at Nilai 3
    Map to Nilai 3 from Nilai toll gate
    Map to Nilai 3 from Mahkota toll gate
    Enjoy~

    Reply

  20. nilai3 : kena singgah neh nanti. hehe nak shopping 🙂

    Reply

  21. salam , bro . bole tanya tak fee 1 mlm kat hotel tu . feedback pls 🙂

    Reply

    KNizam Reply:

    fitri : x sure lagi. kena call direct ni hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge