Dengan Hanya Rs.250 (RM10) @ 1kg, Anda Boleh Mengutip Sendiri Strawberi Yang Kemerahan & Masak Ranum di Ladang Strawberi Shahzad Town, Islamabad Pakistan!
siapa kata di islamabad tiada strawberi?
bukan di cameron highlands sahaja yang ada strawberi ya. malah di sini juga ada
banyak sekali, manis sungguh, murah pula harganya untuk 1kg di sini


minggu ini setiap kali ke pasar sayur dan buah di rana market, pasti ternampak strawberi yang masak ranum
selepas bertanya beberapa kali, saya dapati sekarang adalah musim strawberi di pakistan
pelik juga kerana bukankah strawberi sepatutnya masak ranum ketika musim sejuk?



namun itulah yang berlaku di sini, di bumi pakistan yang penuh dengan buah2an bermusim ini
selepas musim oren yang sungguh enak dan manis rasanya, tiba pula musim strawberi di pakistan
saya pantas bertanya di mana boleh saya dapatkan strawberi yang segar dari ladang melalui pemandu saya
pemandu saya yang sudah lali dengan kehendak saya yang sukakan sesuatu yang adventure, pantas menjawab
“at shahzad town, sir! very fresh strawberry, very cheap!”
bagus! inilah yang saya idam2kan memetik sendiri strawberi untuk dibasuh dan dimasukkan ke dalam mulut sendiri


sesampai sahaja saya ke shahzad town saya merasa agak pelik kerana tidak nampak pun kelibat strawberi yang saya inginkan
rupanya ladang strawberi ini tersorok di celah2 ladang gandum yang sedang menghijau kini
kebanyakkan ladang strawberi di sini diusahakan secara kecil2an dan tidak besar ladangnya
saya difahamkan yang ladang strawberi ini akan bertahan selama 6 bulan sahaja
selepas ini, keseluruhan ladang akan ditanam pula dengan tanaman jagung
nikmatnya berbudi kepada tanah kan?
penat lelah petani pasti terubat dengan kemunculan strawberi yang kemerahan dicelah2 tanaman strawberi di ladang ini


satu lagi perkara yang saya rasa agak pelik di sini ialah bagaimana strawberi boleh tumbuh subur pada musim bunga?
saya mati2 ingatkan strawberi adalah tanaman pada musim sejuk
ini semua gara2 selalu berkunjung ke cameron highlands lah ni kan
di sini strawberi di war-warkan tumbuh subur selepas musim sejuk dan semasa musim bunga
tanaman strawberi di sini diusahakan di atas tanah sahaja, dengan batas2 khas
batas2 ini dibajak secara manual oleh tangan2 manusia dan juga kerbau di sini


sekarang baru saya tahu kenapa strawberi yang saya selalu beli di pasar agak berpasir
rupanya dek kerana strawberi di sini di tanam di atas batas2 betul2 di atas tanah
berbeza dengan petani kita di cameron highlands yang menggunakan pepara jauh di atas tanah
rasa strawberi di sini juga tidak kalah dengan strawberi di cameron highlands
rasanya manis dan sedap. rasa satu pasti nak lagi
manakan tidak, dengan rasa segarnya. dimakan pula di ladang strawberi, dipetik sendiri lagi


girang betul kanak2 di shahzad town ini menyambut kedatangan saya ke sini
merekalah yang mula2 sekali menyapa saya dan bertanyakan tujuan saya ke sini
namun semua pertanyaan dijawab dengan senyuman sahaja
manalah saya tahu berhasa urdu pekat ya!
sedikit2 tu boleh la. hehe


diperhatikan strawberi di sini warnanya amat merah juga
tidak banyak beza dengan teksturnya dengan di malaysia
malah saya rasa lagi merah juga dibandingkan di tanahair
lagi satu di sini memang sah2 lah organik sebab menggunakan baja tahi lembu dan kerbau sahaja
mereka tidak mampu untuk menggunakan baja kimia yang bisa kita gunakan di malaysia ya


tu dia, hati siapalah yang tidak berbunga2 melihat strawberi yang penuh satu raga kan
bukan semua yang saya petik ya, saya petik semangkuk kecil sahaja
kesemuanya telah dipetik awal tadi dan diletakkan di atas charpoi (katil kayu) di tepi ladang
petani di sini sudah memetik kesemuanya sedari selepas solat fajar (solat subuh) di sini
mana mungkin saya mampu mengutip sebanyak itu di dalam masa yang singkat di bawah terik mentari jam 10 pagi


lihatlah kepada alat penimbang yang digunakan
sungguh klasik, hanya berlandaskan pada tangan sahaja. sungguh mudah juga kan
saya rasa kesemua timbangan macam terlebih 1kg. sebab ditimbang secara agak2 di sini
satu hari petani di sini boleh menuai sejumlah 20-30kg strawberi di waktu pagi
kesemua dijual secara borong di pasar2 di islamabad dan ada juga dihantar ke bandar lain
harga di sini ialah rs250 satu kg. dalam rm10 sahaja. sungguh murah dan segar!
saya sempat memberikan sedikit wang kepada petani disebabkan keramahan dan sifat bersungguh2 beliau menerangkan berkenaan ladang nya, walaupun tahu yang saya langsung tidak tahu berbahasa urdu dengannya. hehe



sekian sahaja laporan ringkas percutian pantas di ladang strawberi shahzad town islamabad
kalau ada rezeki lepas ini kita akan menuai gandum juga
oh lupa! di sebelah ladang strawberi ini juga ada ladang pokok plum
pokok plum sedang berbunga dengan lebat sekali
dan saya terlupa untuk mengambil gambar pokoknya!
24 responses so far
aku tengok gambar je bro..tak baca entri..dah cukup memukau dan mengiurkan..tak macam kat Cameron..hahaha, segar dan ranum…adoi..
Reply
KNizam Reply:
March 14th, 2010 at 11:25 pm
izzat : sedap wooooo fresh plak tuh baru lepas petik sendiri kan hehe
Reply
wow! mengggggggggg-air-liur-kan!
Reply
KNizam Reply:
March 14th, 2010 at 11:25 pm
tmu : haha kalau ko ada kat sini lagi lah terliuqqqq woooo hehe
Reply
pergh……….
Reply
KNizam Reply:
March 14th, 2010 at 11:26 pm
topo : haha cukop cisdel tak kemerahannya hehe
Reply
bilalah saya nak merantau… sedapnya!
Reply
KNizam Reply:
March 14th, 2010 at 11:26 pm
zul : ada rezeki nanti merantaulah ok hehe
Reply
warna merah tu menyebabkan rasa terliur sesangat… :D
Reply
KNizam Reply:
March 14th, 2010 at 11:26 pm
beliamuda : tu la kan. mmg tak boleh tahan wooooo hehe
Reply
kalau bawak balik, xpe la jugak. ni yg dengki ni. hahaha.
Reply
KNizam Reply:
March 14th, 2010 at 11:26 pm
abdus : hehe x sempat la. dah makan pun tadi hehe
Reply
memang nampak segar n sedap…
Reply
KNizam Reply:
March 14th, 2010 at 11:27 pm
meria : manis wooooooo mmg rangup hehe
Reply
Memang geram tengok merah strawberi tu! perghhh… Kalu 4 season country memang harvest strawberry masa summmer.
Reply
KNizam Reply:
March 15th, 2010 at 5:32 pm
sam : hehe puas giler ah makan stoberi pakistan ni hehe
Reply
Assalamualaikum,
Wah, merah dan ranum…Selain dimakan begitu sahaja, apa lagi cara warga di sana makan buah tu. Kalau durian kita boleh buat lempuk dan tempoyak. Ada tempoyak strawberi ke? Heh,..heh..
MERAH STRAWBERI: CINTA DAN AIR MATA
merah strabery menggamit jiwa
ranum cinta tak terpetik lagi
terhampar pada ladang kasih
dalam senyum mesra
anak-anak gadis memetik cinta mereka
lembut jemari mengusap kasih strawberi
aku menjadi keliru
antara merah strabery
dan merah darah
mengalir bersama air mata
lewat bom jangka
membunuh cinta
meragut kasih
aku terpana!
Reply
KNizam Reply:
March 15th, 2010 at 5:33 pm
zainal : merah merah sungguh. manis pula hehe
Reply
hang memang saja nak bagi aku jeles la ni.
series memang jeles sesangat… memang berjaya
la buat aku jeles… insyaallah.. panjang umur
duit banyak.. aku nak pergi mekah.. amin~
Reply
KNizam Reply:
March 15th, 2010 at 5:33 pm
man : ala ada rezeki nanti jadi expat la hang. by that time hang dah x pandang kitaorang dah hehe
Reply
merahnyerrr nampak macam sodapp jerrr.. ehehe
Reply
KNizam Reply:
March 17th, 2010 at 8:23 am
en_me : mmg sedap en_me hehe
Reply
mak oiii…stroberiii… masak ranumm…
nnti balik Mesia jangan lupa bawak balik sebakul dua yer!!
Reply
KNizam Reply:
March 17th, 2010 at 10:47 pm
needa : hehe sedap woooooo segar giler hehe
Reply