Dari Jasin ke Islamabad – Sayonara Kuala Lumpur, Moga Ketemu Lagi & Penerbangan Thai Airways KUL-BKK-ISB !

hari tu ada siapa ntah meminta aku untuk mencoretkan pengalaman aku setibanya di bumi islamabad, pakistan. ya benar. aku terlupa barangkali untuk mencatatkan pengalaman setibanya aku di islamabad ini. sibuk agaknya masa sampai dahulu. tapi jangan risau, kerana kesemuanya masih di benak fikiranku lagi. harap-harap catatan dan coretan pengalaman ini boleh dijadikan sandaran dan pengajaran buat semua pembaca blog ini.

21 Oktober 2009 | 10.00 pagi | Ruang Berlepas, KLIA

Pagi itu kami sekeluarga sampai awal ke KLIA. Setelah memberikan kunci kereta kepada bapaku, kami semua bergegas ke Food Court KLIA untuk bersarapan dahulu sebelum check-in. Roti canai dan kuah dal bersama sambal ikan bilis menjadi hidangan. Entah kenapa aku rasa macam tasteless sahaja sarapan pada pagi tersebut. Mungkin kerana aku akan berpisah dengan tanahair tercinta agaknya. Ayah leka membaca suratkhabar sambil menghirup kopi panas. Aku sibuk memeriksa butiran pada tiket, passport dan juga surat menyurat di dalam beg sandangku. Air teh tarik dihirup dengan pantas, panas pula teh tarik ni.

Kaki melangkah berat ke ruang berlepas di tingkat 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA. Bukan kali pertama aku singgah di sini, dah banyak kali, namun kedatanganku kali ini lebih kepada duka daripada gembira. Aku membawa sendiri kenderaan adikku, ditemani dengan ayah, mama dan adik bongsuku ke KLIA. Tidak pernah terlintas di hatiku yang ini adalah kali terakhir aku akan memandu dengan aman di tanahair sendiri.

Ruang berlepas di KLIA nampak lebih suram pada pagi tersebut. Suasana hening, kadangkala senyap sunyi di dalam ruang yang besar dan indah senibinanya. Memang lawa rupanya KLIA ni. Tahukah anda bahawa bumbung KLIA dibina dan diinspirasikan daripada corak bukaan kelopak bunga raya? Rekaan sepenuhnya anak tempatan. Mungkin KLIA lebih lawa daripada biasa pada pagi tersebut. Aku melangkah ke ruang daftar masuk (check-in) di Barisan J. Kaunter kelas bisnes Thai Airways tiada orang pada ketika itu. Inilah kali pertama aku akan menaiki pesawat Thai Airways. Jika diberi pilihan nak sahaja aku menaiki Penerbangan Malaysia (MAS), namun MAS tidak menyediakan penerbangan terus ke Islamabad pula.

Tiket penerbangan dan passport Malaysia berwarna merah dihulurkan kepada penjaga kaunter, seorang wanita yang manis, berpakaian batik seperti pramugari Penerbangan Malaysia, mungkin umur di lingkungan 30-an. Beg Karrimor warna hijau ku diarahkan untuk ditimbang olehnya. Aku meletakkan beg tersebut di atas mesin penimbang

Wanita penjaga kaunter berkata lembut “Encik, tiket ini hanya tiket sehala, perjalanan ke Islamabad dan Negara Pakistan memerlukan kami menyemak tiket pergi dan balik encik ya.”

Saya akan melaporkan diri ke Islamabad sahaja, tiada tiket balik ke Kuala Lumpur. Saya hanya ada tiket pergi ke Islamabad sahaja. Ini surat-menyurat perlantikan rasmi oleh syarikat saya. Ada apa-apa masalah ke Puan ?” aku menjawab ringkas.

OK saya terima, tapi biasanya memang kami kena periksa tiket pergi dan balik, tapi dalam kes Encik mungkin dikecualikan. Encik bakal bekerja di Islamabad? Tak takut ke Encik? Keadaan agak tidak aman di sana kan.”

Aku hanya membalas pertanyaan tadi dengan senyuman sahaja. Dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Aku sudah buat keputusan untuk bekerja di Islamabad Pakistan. Tiada apa yang boleh menghalang keputusan ini. Perasaan takut dan gementar memang ada di mana-mana sahaja di tempat yang ajnabi seperti di bumi Islamabad. Perasan gusar dan gundah gulana sudah ku buang jauh-jauh. Aku ingin menjejakkan kaki sendiri di bumi Islamabad sebelum aku memberikan sebarang komen-komen negatif terhadapnya.

OK ini boarding pass Encik. Sila ke bangunan terminal dah Encik boleh berehat di Thai Silk Lounge sebelum berlepas. Ada dua boarding pass, satu untuk perjalanan Kuala Lumpur ke Bangkok dan satu lagi untuk perjalanan dari Bangkok ke Islamabad ya. Terima kasih kerana menggunakan Thai Airways.” ujar wanita penjaga kaunter mengejutkan lamunanku.

Dia juga memulangkan passport merahku kembali. Berat begku hanya 15kg. Macam tidak percaya yang aku akan pergi ke bumi Islamabad membawa beg seringan itu. Penerbangan kelas bisnes Thai Airways memungkinkan aku untuk membawa muatan seberat kira-kira 30-40kg. Aku kembali kepada keluargaku dan menunggu bossku di ruangan menunggu.

Boarding pass dan passport merah aku selitkan dengan rapi di dalam kocek kemeja hadapan. Itulah yang selalu dilakukan jika aku merantau ke mana-mana, senang nak capai jika diperlukan. Tidak perlu terhegeh-hegeh nak mencari-cari di dalam beg galas bila diperlukan nanti. Aku membawa satu beg galas Deuter kelabu berisi komputer riba HP Pavilion dv2310t dan pemain mp3 Creative , tidak ketinggalan kamera digital Sony DSC-W1 yang dibeli pada tahun 2004.

21 Oktober 2009 | 9.00 pagi | Escalator / Pintu Terakhir, Ruang Berlepas KLIA

Setelah mengucapkan selamat tinggal, peluk cium dengan ayah, mama dan adik bongsu, aku melangkah kaki menuruni escalator ke ruangan imigresen di KLIA. Tangan melambai-lambai untuk kali terakhir kepada mereka. Rasa sebak sebenarnya. Tapi aku tahankan sahaja. Mana mungkin aku menangis di hadapan mereka. Aku pesan kepada keluargaku yang aku akan memaklumkan kepada mereka sesampainya aku di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok nanti.

Aku berjalan ke kaunter imigresen di KLIA. Seperti biasa pegawai imigresen berbaju segak warna biru menyapaku dengan mesra. Mereka bertanyakan hasratku untuk ke Pakistan. Aku semacam sudah lali dengan pertanyaan sebegitu. Selepas memeriksa Boarding Pass dan passport rasmiku, mereka mengucapkan selamat jalan dan selamat maju jaya untuk aku. Terasa bangga sekejap.

Aku berjalan pula ke dalam kawasan Bebas Cukai. Banyak kedai yang dibuka di sini. Semuanya menarik belaka. Namun hatiku seakan mahu cepat sampai ke Bangunan Terminal KLIA. Tidak ku hirau akan kewujudan kesemua kedai bebas cukai tersebut. Nantilah kalau ada masa bila kembali ke Malaysia, barulah aku akan menjengah ke kedai-kedai itu semua. Aku melangkah ke Aero-Train yang disediakan di hujung bangunan. Menunggu Aero-Train yang seterusnya.

Terasa kosong sahaja hidup ini tatkala aku melangkah masuk ke dalam Aero-Train untuk ke bangunan Satellite. Tiada orang ketika itu di dalam koc ku. Mana pergi semua orang di dunia yang fana? Termengelamun seketika tadi. Aero-Train memecut laju meninggalkan bangunan KLIA ke arah bangunan Satellite.

21 Oktober 2009 | 11.30 pagi | Thai Silk Lounge, Bangunan Terminal KLIA

Aku kini telah berada di bangunan Satellite KLIA. Suasana sekali lagi terasa sunyi dan hening. Mataku ligat mencari tangga atau escalator ke tingkat dua. Ah itu dia! Sesampai ke tingkat dua aku bergegas mencari papan tanda Thai Silk Lounge. Ah! Di sana rupanya, tiadalah sesusah mana nak mencarinya. “Cantik juga bahagian pintu masuk Thai Silk Lounge ini ya,” getusku di dalam hati.

Aku memasuki ruang Thai Silk Lounge untuk penumpang kelas bisnes dengan bossku. Aku disapa oleh wanita penjaga kaunter dengan ungkapa Thai pekat “Kapkunkhapp” dan senyuman melirik ke telinga olehnya. Aku membalas dengan senyuman juga. Terus aku singgah ke ruangan menunggu. Kulabuhkan badanku ke sofa warna ungu di ruang menunggu itu. Segalanya berwarna ungu di sini. Warna rasmi Thai Airways agaknya. Kuletakkan beg galas Deuter ku di sebelah sofa. Aku berjalan ke ruangan makanan dan mengambil sedikit sandwich tuna. Segelas air oren buat penghilang dahaga.

Persis geek yang alpa, aku segera membuka komputer ribaku untuk memeriksa capaian wireless di sini. Hebat! laju sungguh kelajuan internet tanpa wayar di Thai Silk Lounge ini. Biasanya aku akan menggunakan perkhidmatan percuma wireless KLIA yang lembap. Tapi kali ini lebih laju rupanya di lounge ini. Oh lupa. Capaian anda perlu mendaftar untuk menggunakan capaian internet tanpa wayar di KLIA. Klik sahaja di paparan website KLIA. Capaian akan dihentikan secara automatik selepas dua jam dan anda dikehendaki untuk menyambungkannya semula selepas itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 responses to “Dari Jasin ke Islamabad – Sayonara Kuala Lumpur, Moga Ketemu Lagi & Penerbangan Thai Airways KUL-BKK-ISB !

  1. dah macam novel lah hehe

    Reply

    KNizam Reply:

    zamz : hehe biasala. banyak la plak blogpost belum buat ni. berlambak2 dowh haha ๐Ÿ™‚

    Reply

  2. wah panjang nyer..novel perjalanan knizam..tak abis lagi ni..

    Reply

    KNizam Reply:

    bb : ni baru part one tau. banyak lagi blog post lain ni hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  3. oppss lupa nak cakap…ayat-ayatnya indah sekali ๐Ÿ˜‰

    Reply

    KNizam Reply:

    bb : hehe thanks ya hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  4. ku pun rasa cam baca novel! ๐Ÿ™‚

    Reply

    KNizam Reply:

    liz : giler banyak siot blog post tertunda sekarang ni. mcm xde masa plak dowh. haha ๐Ÿ™‚

    Reply

  5. Dah lama juga Knizam tak tulis panjang2 mcm nie ye, ok juga ceritakan pengalaman nak balik ke islamabad . . . good, good….
    ๐Ÿ˜‰

    Reply

    KNizam Reply:

    noni : hehe ni baru part 1 tau. banyak lagi sebenarnya. malas plak hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  6. lama nak tunggu kisah ini..sangat menarik
    jangan lupa…. selitkan juga tweet2 kita waktu transit..hehe

    Reply

    KNizam Reply:

    k jie : hehe susah gak la nak buat style flashback blog post ni. berlambak2 delayed blog ni sebenarnya tau hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  7. vah vah vah menariknya kisah perjalanan ko nih bro.. silap2 masuk tv3 lagikk.. ihiks, atau tv pakistan disana disana.. kebaboom..

    Reply

    KNizam Reply:

    en_me : ni baru part 1 ya. banyak parts lagi ni hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  8. hehehe… itu lah kan kak jie.
    sekali keluar macam novel kau.. hambik.
    puas hati bace…

    Reply

    KNizam Reply:

    man : ni baru sket ni. intro je ni. nanti kalau dah habis, boleh buat buku woooo hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge