Damai Homestay kat Kuala Kangsar – Satu Lagi Penginapan Best Terbaru di Kuala Kangsar !

perghhhh aku perasan dah banyak la homestay kat kuala kangsar neh kan

dulu2 masa aku belajar kat kuala kangsar, memang limited giler penginapan kat kuala kangsar

yang ada cuma rumah rehat kuala kangsar ngan hotel double lion adjer

kadang2 kalau famili aku turun kuala terpaksa tido kat ipoh ok

kadang2 singgah taiping nak tido then turun balik ke kuala kangsar

hehe sekarang dah ada safari resort, dah ada homestay dan banyak penginapan budget kat kuala kangsar

so senang la kalau siapa2 nak melawat kuala kangsar kan

aku mmg suka turun kuala kangsar neh, memang aman damai adjer bile singgah kualer neh ok

mmg dunia terasa akan berhenti seketika kalau korang pergi melancong ke kuala kangsar

serius gua tak tipu punya. banyak benda yang boleh dibuat kat kuala neh ok

ada macam2 tempat bersejarah yang boleh dilawati dan banyak makanan dan minuman yang nak dicuba

aku mmg akan selalu la turun kuale sebab aku coach hockey team mckk (mighty duck project 2010)

tapi serius la mmg mendamaikan kalau dapat bercuti ke kuala kangsar ok.

– – – – –

Assalamualaikum..nizam..

akak tahu nizam sibuk…tapi akak nak minta tolong nizam kalau nizam free le..

akak ada email gambar homestay akak ni..nizam tenguk le..

apa komen nizam. Homestay akak ni tak lah lawa sangat.

sebab tu akak ambil RM180-RM200. aje semalam.

Tapi kalau lebihdaripada 2 malam akak bolehlah runding..

No.untuk dihubungi ialah  012 5614627..nanti akak nak sangat berjumpa nizam ni….

kalau boleh tolong tq le..kalau tak boleh tak apa le…salam dari msia…bye..

email daripada Pn Noremah Rashid

– – – – –

aku dapat email daripada pemilik homestay neh minta promote homestay dia kat kuala kangsar

gua tarak hal punya, blog neh pun mmg diwujudkan untuk membantu industri pelancongan dan jjcm tempatan

walaupun aku kini berada di negara south asia, tapi malaysia tetaplah di hati kan. hehe

korang tatap adjerlah gambar2 homestay damai di kuala kangsar neh ok

kad number dan contacts semua ada kat dalam gambar tuh

apa lagi! contact la owner kalau korang nak bercuti ke kuala kangsar dan perlukan penginapan yang besar dan berpatutan ok

aku rasa kalau korang datang secara berjemaah or ramai2 better dok kat homestay daripada dok kat hotel kan

mmg jimat la. kereta pun banyak tempat parking. pastu boleh bebas dapat satu bijik rumah tuh dowh!

memang selesalah kan. aku tengok gambar pun dah tahu yang homestay neh mmg bersih dan mendamaikan. hehe 🙂

tak rugi punyalah. dekat adjer ngan town. kalau x silap dekat jugak dengan air terjun ulu kenas yang sejuk tuh. hehe 🙂

aku pun kalau berkesempatan ke kuala kangsar akan turun ke homestay neh nak cuba sekali

selamat mencuba homestay terbaru di kuala kangsar – homestay damai ya !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

120 responses to “Damai Homestay kat Kuala Kangsar – Satu Lagi Penginapan Best Terbaru di Kuala Kangsar !

  1. OK…DATANG MENGINAP DI SINI…CUBA,JANGAN TAK CUBA….CALL JE PEMILIK…BOOKING SEGERA…

    Reply

  2. akak nak tanya sikit kalo dari padang rengas nak ke homestay akak ni berapa lama perjalanannya??

    Reply

  3. lebih kurang 10-15 minit je..

    Reply

  4. oop!..pengumuman penting.

    Promosi untuk bulan 4…diskaun besar untuk yang ingin menginap berhari-hari atau berminggu-minggu di Damai Homestay..cepat…siapa cepat dia dapat.ok..

    Reply

  5. TERIMA KASIH…
    Kepada semua tetamu kehormat k.imah yang menginap di homestay Damai,k.imah ucap berbanyak terima kasih…kepada Puan Seri,Prof dan doktor yang pernah menginap di sini juga k.imah merendah diri mengucap berbanyak terima kasih kerana sudi bermalam berhari-hari di teratak yang tidak seberapa ini…tetapi Alhamdulilah semua tetamu kehormat berpuas hati..Insyaallah kita berjumpa lagi dan semoga Allah melapangkan rezeki semua.Amin.

    Reply

  6. assalamualaikum..
    sy cikgu mahani dari SK Kem Terendak 2 Melaka..sy bercadang untuk ke perak bawa anak-anak istimewa..nmpak mcm menarik je homestay ni..agak2 dalam 9-11 Mei tu kosong x?

    Reply

  7. Waalaikumussalam..w.b.t
    Insyaallah masih kosong lagi..untuk senang lebih baik cikgu telipon je kat saya..ok..lagi senang kita cerita..

    Reply

  8. ade x rumah untuk disewa untuk tempoh yg lme? byar untuk bulan2…

    Reply

  9. Minta maaf la..kami buat sewa harian..tak buat sewa harian…kalau sebulan pun dikira hari juga..

    Reply

  10. Ya Allah..minta maaf lagi…silap taip di atas tadi tu…akak buat sewa harian..tak buat sewa bulanan.

    Reply

  11. sufian hamli

    ada tak kosong untuk 30/4/11 ni?

    Reply

  12. salam..adik..maaf la utk 30/4/11 penuh sesangat..apa-apa call lebih senang..tanya terus..k.

    Reply

  13. Assalamualaikum, nak tanya ada kosong tak pada 4/6 – 5/6 2011

    Reply

  14. wowwweeyhhh.. macam best je stay dkat homestay.. tk pernah try lagi.. asik guna hotel je.. hoho.. mcm ni bleh bawak mmber ramai2 ye dok :p

    lu main hoki ka brooo.. coach lagii!

    Reply

  15. maaf la faiza…untuk tarikh tu dah penuh…

    Reply

  16. Terima Kasih banyak2 kepada En Rodzi,Tn.Hj Meor dan En.Tamta kerana sudi tinggal di Homestay ni Setiap kali ke Kuala Kangsar..Insyaallah keselesaan akan dipelihara..

    Reply

  17. ALHAMDULLILAH…Setakat ni semua oarang yang menginap di Damai Homestay amat berpuas hati…Insyaallah yg terbaik di Kuala Kangsar..kata mereka..Alhambulilah..

    Reply

  18. Alhamdulilah..

    Reply

  19. Saya in gin booking untuk 2 mlm pada hari raya ini mash Ada kosong ke…30/8/11 harp dapat japan dari tuan email saya Jimbaranbaba@yahoo.com terima kaseh

    Reply

  20. Alhamdulilah…berlalu lah sudah Ramadhan..dan kini Syawal Menjelma…Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG NI….

    Reply

  21. Assalamualaikum.. 29/10/11 dah ada boking ke??

    Reply

  22. Alhamdulillah..selesai sudah majlis di Kuala Kangsar. Kami sekeluarga amat berpuashati dengan Homestay Kak Emah( rasa2nya saya lagi tua tp takpelah kan). Bersih, besar, lengkap, sejuk lak tu. Pagi2 dengar burung berkicauan sungguh menyenangkan. Yang penting ahli keluarga termasuk emak mertua berasa sungguh selesa sehinggakan beliau asyik membersihkan dapur..cantik katanya. Maaflah kerana ada mengambil sekuntum dua bunga kantan kat belakang. Bukan apa geram tengok bunga kantan yang tengah cantik naik. Apa-apa pun terima kasih banyak.

    Reply

  23. Alhamdulilah..kalau homestay kak imah menyenangkan azlina sekeluarga..Tak apa..bunga kantan tu memang selalu menjadi cenderahati dari homestay damai,,insyaallah dia akan berbunga lagi,,hehehe..

    Untuk makluman ina..pada 29/9/11 dah penuh..ada pesta basikal kuala kangsar ….kata orang yang sewa tu..maaf ye ina..insyaallah kita berjumpa di lain masa ye..

    Reply

  24. tv tkr bsar sket x ley ke?

    Reply

  25. Hafiy…TV tu dah cukup besar utk dua ruang, kalau duduk di atas kerusi dua di ruang tamu ke dua pun masih nampak..21 inci tu..tp dalam gambir di dalam website ni nampak kecil sebab ambil gambar jauh…setakat hari..beratu sudah orang duduk tak pernah pun orang komen pasal tv..semua puas hati..mereka cakap..bersih,besar,puas hati sangat..kalau boleh pasti nak duduk lagi..tapi bergantung kepada rezeki..siapa cepat dia dapat..

    Reply

  26. Homestay memang best lah kalau egi mana2. lebih selesa especially kalau rombongan ramai. hehe

    Reply

  27. Alhamdulillah…homestay mendapat tempat di hati tetamu…Terima kasih En.Rosli dari Gombak..dari 2 malam di tambah menjadi 3 malam..terima kasih Ckg Hafizah dari Clifford..dari 2 malam ditambah lagi jadi 3 malam…terima kasih juga kepada En.Rodzi dari Kulim…yang tinggal utk kali ketiga pada 27/11/11 dan pada 28/11/11.terus booking untuk kali keempatnya pada 9-11/3/2012…terima kasih sesangat kerana amat berpuas hati dengan damai Homestay…jazakallah hu khairun kasi roooo………semoga Allah melimpahkan rezki kepada kita semua..Amin.

    Reply

  28. As salam puan .
    saya ingin tanya homestay puan ni ada berapa bilik?sewa semalam RM170/= ada kah untuk satu bilik?…setiap kali ada penginap ..ada kah khas untuk satu2 keluarga atau bercampur dengan keluarga lain..jika nak sewa untuk seluruh rumah berapa pulak harga nya..

    harap mendapat penerangan yang lebih jelas.

    terima kasih

    sharfah

    Reply

  29. Waalaikummusalam sharifah..

    Sewa untuk satu malam RM190.untuk satu rumah..Selalunya,bila orang sewa ,pasti lah untuk keluarganya sahaja..tak mungkin dia akan selesa nak kongsi dengan orang lain..pemilik hanya akan menerima satu tempahan sahaja,untuk satu masa..sebab tu kena bagi deposit..sebab dia akan menolak tempahan orang lain,jika sudah di tempah..kalau di batalkan ,selalunya pemilik akan kerugian,kerana telah menolak ,tembahan orang sebelum itu..harap maklum dan jelas.

    Reply

  30. Assalamualaikum…terima kasih kepada penginap yang di kasihi…terima kasih Pn.Norliza dari Cheras,kerana amat berpuas hati tinggal di homestay akak..bahagiakan …bawa keluarga semua,termasuk ibu bapa ,adik-adik semua …( tiga kereta) semuanya..katanya,bersih,besar dan murah..berbaloi sangat…Alhamdulilah..kerana akak dapat memberi yang terbaik..

    Reply

  31. ok..lah bila bila masa kita orang nak pegi situ…

    Reply

    KNizam Reply:

    dedawang : pastu buat review tau hehe 🙂

    Reply

  32. tq…dedawang dan nizam..datang la homestay akak..hehehe..

    Reply

  33. minta maaf prof..untuk raya nanti dah penuh…dan terima kasih kepada semua yang amat setia kepada damai homestay…pn Norizan,En Rodzi.En.Kadir dan prof sendiri..semoga Allah memberi kebaikan kepada kita semua..amin.

    Reply

  34. salam k.imah,

    Saya nk tanye utk raye ni, 18 n 19hb may ade kosong x?

    tq

    Reply

  35. sori..silap…kak imah,

    18 – 20 aug 12…ade kosong lg x??

    Reply

  36. Maaf..untuk Hari Raya..bermula dari 18 sehingga 21 ogos 2012..dah penuh..

    Reply

  37. Rozahi Bin Abdul Wahab

    Kami telah menginap sini pada bulan Jun 2012 untuk pernikahan anak kami di sana. ALHAMDULILLAH, rumah ini amat selesa. Terima kasih kepada Puan Imah.

    Reply

    k.imah Reply:

    Alhamdulilah…sama-sama la kita…kerana Allah…untuk kebaikan kita bersama.DARI MUSLIM UNTUK MUSLIM..

    Reply

  38. Assalam kak…

    – klu saya nak menginap 2 mlm, brp boleh dpt harga. Berapa jauh dari pusat bandar kuala kangsar

    Reply

  39. Rozita..kalau nak senang hubungi la akak…untuk dua malam..semalam RM190 je..kalau lebih 3 malam boleh la runding lagi..rumah akak besar…kalau orang yang datang,semua kata harga akak murah..sebab kalau sekitar kuala kangsar..rumah kecil lagi pun harga rm250 semalam..akak lebih kepada untung sikit..menolong orang yang perlu sikit..sama=sama untung la…dengan bandar kuala tak jauh..lebih kurang 5-8 minit je…

    Reply

  40. As-salam, nak tanya kalau kami duduk tiga hari dua mlm, berapa bayaran nya?

    Reply

  41. Askum….kak sy nk tanya,ada kekosongan x pd bulan Dec 2012.tarikhnye 21 & 22 jumaat sabtu.klu ada akak bg tau sy.sy nk booking.tp pengantin saya kt kg keroh hulu.dekat x kak?
    no.tel:0196431559

    Reply

  42. Damia…untuk homestay akak..harga semalam Rm190 tu..sangat2 murah dah…rumah akak besar,bilik empat,dua tingkat,ruang tamu 3,bilik air 3, ada aircond 2…kelengkapan dapur lengkap..jadi,rasa amat la berpatutan dah harga tu…dan untuk Sharyzz..21 Dis tu masih kosong..tapi 22 Dis tu dah ada orang booking…dengan kg keroh hulu tu,tidak la jauh sangat..padang Rengas je..lebih kurang 30 minit sampai la…

    Reply

  43. Alhamdullilah….pelanggan yang masuk homestay damai amat berpuas hati…en Fauzi dari cheras..kata,kalau datang lagi daerah ini..akan menginab lagi di sini…terima kasih.

    Reply

  44. Alhamdullilah..Damai Homestay di naik taraf lagi dengan penambahan sofa dan katil di tukar baru…semua untuk meningkatkan keselesaan tetamu sekalian…untuk pertanyaan dan tempahan call..k.imah..0125614627..terima kasih atas sokongan yang berterusan dari pelanggan semua. DARI MUSLIM UNTUK MUSLIM…KESUCIAN YANG DI UTAMAKAN.

    Reply

  45. Alhamdullilah…sepanjang cuti,penginapan Damai boleh di katakan mendapat sambutan yang menggalakkan…terima kasih kepada semua tetamu..ada yang membuat sambutan family day, Pn Dayangku Hamsiah dari Johor menginap 3 H 2M. melancong sekitar Batu Gajah, Ipoh,Taiping…..beliau amat berpuas hati dengan keselesaan Damai Homestay.Jazakallah…

    Reply

  46. Alhamdullilah..tadi pergi kemas homestay luar dan dalam…jiran depan,cikgu Maznah,datang dan bersembang,dia kata..pn.Aisyah dari Singapura yang menyewa pada akhir Disember 2012 lalu,memuji,homestay bersih dan selesa..alhamdullilah,kerana dapat memuaskan hati pelanggan…rumah k.imah besar dan harga amat2 patut.

    Reply

  47. Terima kasih Rizal (krew Letourdilangkawi)..kerana memilih Damai Homestay sebagai penginapan…kemudian terima kasih Ar Izham..kerana sudi menginap di homestay akak.

    Reply

  48. Terima kasih Puan Besar…yang PA beliau dan budak dia mengghubungi saya untuk memastikan Boss mereka dapat menginap dengan selesa di homestay saya..saya rasa kecil sangat bila Boss besar macam ni sanggup menginap di homestay saya..Terima kasih PN.Norzila bt Sidek.Dia berpuas hati dengan Homestay damai.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.