Cuti2 Malaysia at Bukit Merah Laketown Resort – Welcome Banner & The Hotel Room
aku pergi bukit merah laketown resort ni dah lama dah. cuma tak sempat nak blog je kat sini. hehe
aku pun dah tak hengat bila actually aku pegi bukit merah neh. cuma yang aku hengat masa tuh lepas training mighty ducks kat kuala weekend tuh. so malas sangat nak drive balik kl, singgah la kejap kat bukit merah. ni lah 1st time aku datang sini. dok 1 malam je bukannya lama sangat pun. hehe
check in ahad and then check out isnin

banner bukan nak sambut aku ok. aku takde kaitan ngan banner tuh pun. tu jabatan ketua menteri melaka. datang satu bas agaknyer. sure kecoh la resort neh nanti kan. hehee

masa aku singgah resort tuh tak peak so rate murah la sket, bukan rate weekend tapi week days
tak sangka plak yang banyak gak aktiviti boleh buat masa aku kat bukit merah laketown resort. aku cuba nak blog sebanyak mungkin pasal bukit merah laketown resort neh.
so expect series of blog pasal bukit merah la kan. hehe

actually aku nak pegi cuti2 ke taiping resort, tapi last minutes cancel la kan. hehe so pegi bukit merah laketown resort je lah. cam best je kan. saja je nak kayakan MK Land company neh.
kat bukit merah laketown resort sempat gak aku berblog drpd bilik hotel dia.
aku suka gak ngan bilik dia yang luas giler. hehe memang besar dowh !




sapa2 nak pegi bukit merah laketown resortneh senang je. korang drive along plus highway ke utara. sampai kat area taiping korang slow down sket coz nanti terlepas ke exit bukit merah. memang dia ada exit bukit merah sendiri. so surelah tak sesat kan.
lepas tuh korang akan drive naik bukit sket. dah nama dia bukit merah, surelah ada bukit kan. haha
pastu ada a few types of penginapan kat sini. ada apartment hotel. ada style hotel (macam kat atas). ada bungalow gak rasanya. hehe. so korang pilih je la mana yang sesuai. aku pilih style hotel sebab dekat giler ngan water theme park dia. plus ada dedicated pool kat sini. hehe pool kecik je. nantilah aku paste gambar pool dia kat sini ok.
korang pernah sampai ke bukit merah laketown resort ni ek ?
entry seterusnya pasal aktiviti kat bukit merah…. heheh tungggguuuuu
am
alamak… tak pernah sampai lagi lah… dorang cakap ok gak bukit merah ni… nak trylah sekali nanti…
am’s last blog post..Blog Pedoman
Reply
KNizam
am : hehe kena bercuti ko ni. hehe
Reply
Tech blog
banner tu untuk sambut aku sebenarnya..kitaorang pergi dengan 23 buah bas..gila babas punya banyak..ahahaha
Tech blog’s last blog post..DemamKu Sudah Pun Kebah
Reply
KNizam
tech blog : la ko ke rupanya. perghhh ramai tuh beb! haha
Reply
dILLA
Try la visit Pulau Orang Utan, Bukit Merah. Pst Konservasi ….tgk spesis t’ancm…best…
Coz dulu i keje kt sana, 7 thn
Reply