cubaan menjawab tohmahan proton

terjumpa dengan satu blog nih. dia cuba menjawab segala tohmana terhadap proton. memang panjang tapi best baca. baca pelan2 tau. jangan ikut emosi. baca je ikut suka hati. 🙂

sumber dari blog continuum ya 🙂

Cubaan menjawap segala tomahan keatas Proton

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangatmisinformation. Biasanya information yang berpindahdari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubahmenjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukanmendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yangtelah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalamyang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

“………..ada kenalan dari kastam boleh confirmkanperkara ni.. member atuk kerja kastam kat kelang danbeliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas diaadalah buat checking penerimaan barangan proton untukdi pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..manakala kontena lain adalah pintu, body dansebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akanternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tandatu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kitajengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yangdituang kedalam acuan untuk membuat enjin block.Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanyakereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintudari Mitsubishi. For your information, Untuk membuatpintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. Sountuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar.Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100%body dibuat di Malaysia.

“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yangsebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yangberkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injinkenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yangdiubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkinidan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masihbelum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukarhendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysiayang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalahberdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianyakenderaan negara sebenarnya.

“Disini lagi ada misinformation. Memang untuk keretaPerdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kitagunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Wajakita buat enjin di Malaysia walaupun design originaldia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjinterkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina diMalaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologiterkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkansedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjindari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjinni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap.Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankankeuntungan jangka pendek. Selagi kita tidakmengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidaktahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjinsendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalahorang kita… memandang rendah kebolehan anak negarasendiri.

“Selama ini proton bergantung kepada Mitshubishisebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencarirakan teknikal yang baru dan bermulalah masalahmelanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidakmahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishilagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang adasekarang ni untuk masa akan datang.

“Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Merekaadalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasamadengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang merekaturunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orangJepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemutilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajinhabis. Atuk jangan terkejut bila saya cakap yang ideakita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mulamenuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nakcaj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nakmintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pundia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandangteknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itukita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita designsesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantarbalik information ke Mitsubishi. Last-last kita punmula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lamadiaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orangdah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik keMalaysia.

Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latestdia orang…. Sebab Perodua tu 100% milikToyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orangkepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia.

“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yangproton yang digunakan pakai sekarang adalah baranganMitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukarlambang je..

“Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar ceritasensasi yang banyak ditaruk banyak rempahratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar…selepas itu kita buat sendiri. Saya adalah seorangyang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan danbelakang sikit.

Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk designkereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapasetuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakankhidmat penasihat dari UK.

Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineerProton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design keretabaru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depandan belakang share sebab nak kurang kan cost. HasilnyaProton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buatkerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford danMazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bilaorang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysiasendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksabekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.Bayang kanlah semasa kami design dashboard untukWira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft toolingmould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengokdashboard Proton, Mereka sanggup letak designer diadepan design kita untuk mengubahsuai kembali rupabentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengokdashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itumereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kitabukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiranmacam itu.

Perdana – untuk membuat satu satu design bukannyamurah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yangdijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana….Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memangkita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang diMalaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, danbahagian dalaman.

Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalahkeluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dariatas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkankita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesignorang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kitamemerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropahdan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita takcukup kakitangan. Nak design kereta bukan sepertimenjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dariluar memang membuka mata kita… kita adalah setarafdengan kebolehan mereka. Nak design kereta nimemerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dariluar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakinramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesignsendiri.o

Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahajakita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjinbersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudahterbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak beritapalsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakanchasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena denganTiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahubahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile HighStrength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang adaterpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well…kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident.Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yangaccident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bilakita design kereta ni.. yang paling penting adalahkeselamatan penumpang. Memang kereta didesign untukcrumple bila ada impact. Itu untuk menyerap dayahentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakankuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untukProton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kataSavvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yangbercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy.Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh ceritasebab ada secrecy act. Proton pun ada design keretauntuk company lain dan ada membuat part untuk companylain. Proton ada juga buat reverse engineering untukmotosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kitatidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita.Mungkin sesetengah orang yang memakai certain keretamewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat diproton. Kalau Proton tak elok… masakan merekamengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi olehproton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini.Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat olehproton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaannasional sendiri. Memang ada R&D proton cubamendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuatinjin tapi gagal mendapatkan resepinya.

“Tok….. Proton memang dah ada enjin sendiri. Yangterpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untukmembuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluarkereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besidalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagispecifikasi je. Nak design enjin tu yang susah.Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kamimasih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmitionsendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidakmencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya?Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton inisebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukanbagi membolehkan impian ini tercapai.

“Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdanamenteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M barupersetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishibersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat.(syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianyaadalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Padamulanya Proton hanya di rancang untuk membuat keretabukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D,Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kitapandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramaijurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&DPerodua…bekas Proton, Head of Styling…bekasProton, Head of Planning…bekas Proton, Head ofProduction…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebasdekat Naza), Head of Engineering Services…bekasProton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dariproton. We trained them… orang lain ambil carasenang je.

Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head ofProduction…bekas Proton. Honda pun ramai bekasProton, DRB Pekan… Head dia pun bekas proton,Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira headje…bukan lagi kira engineer dan designer. So itmeets its objectif untuk memajukan orang-orang kita.Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkalkereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitanganProton. So… orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambiloleh consultant luar negara… dari America, Eropahsampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telahmemenangi pertangdingan mereka design kereta anjuranFord. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertandingdiperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa.Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikatkereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabikbila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknakanak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?

“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintahyang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinyasekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata..berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahunnak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkaklagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalansendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata..kalau dah tak boleh tutup aja…

“Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak adatanggung jawab kepada negara. Senang aja… buangsahaja pengeluar-pengeluar yang bermasaalah. Tapi apaakan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Protonuntuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi protonuntuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton…8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secaralansung untuk membuat part Proton…100,000 orang.Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyaksyarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami bolehmembantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyakwakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan,honda? 0… Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkarabaru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton jugamendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton takserendah sekarang ini. Tak percaya boleh check dutiimport yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nakcheck duti import tak susah sgt.. cuma bandingkanharga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buatkereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kitatak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyakAP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kenatipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masukke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000.Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Palingmurah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia niadalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahandia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenagakerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaanrugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Nagara di perlukan bagi meneruskanperjuangan yang belum tercapai disamping menjaga sertamelindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauhmana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akanbertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagisparepart proton (asalnya milik Mitshubishi) dan akantimbullah barangan made in Jinjang atau sewaktudengannya.

Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluarkereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotectindustry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lahyang paling tidak patriotic dalam hal-hal kereta ni.Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajarbarangan lain lebih elok dan tidak membantu barangansendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintumereka untuk industri automotif… tapi ada syarat.Kereta yang dibina di Thailand harus lah di exportkeluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana.Nak cari kereta yang bukan dari Korea…susah.Sebabnya…

1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai merekaakan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata merekatentu banyak duit.

Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (bacasejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dantetap membeli. Cuba kat Malaysia…. Kutuk lagi ada.

Saudara semua… kejayaan sesuatu project negarabergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. Themore people buy, the cheaper things can be. Economicof scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah costpembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijikkereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balikmodal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagimahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalaukita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kitanak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Koreamengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahapini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Iniindustri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buatplastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Inikereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kitajual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit,lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiaptest dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukanwang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau bolehdijadikan rakan teknikal. Walau pun Wak Segan nak joinngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..atuk kata macam tu..sebab Wak Segan ni gunaeuro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masaakan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu APkeluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadirakan teknikal memang agak sukar.

Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangatdah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tukita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akantimbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negarakita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telahmelaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negarakita telah membayar ganti rugi RM billion sebabmenangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negaraAsean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab adaperjanjianAFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tuaja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lainboleh ada polisi dia orang yang membantu industrikereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana APChina boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia(kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masihlagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencubapun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200Million. Belum lagi nak set up kilang daninfrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea… Kita nakjual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beliwalau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotikdiaorang. Kita… apa yang nama lain selain daribarang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan keretaGerman…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggupke bayar harga kereta German untuk kereta buatanMalaysia.

Tok…. Naza yang rata rata import kereta Cuma tukarbumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Peroduayang tak pernah design kereta sendiri (cuma designbumper depan belakang) pun dapat taraf keretanasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidikramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramaihasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambiluntuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satukumpulan Advance Engine Research Proton terus diambiloleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerjadengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper.1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua,Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasalproton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yangkami beri untuk memajukan negara dalam bidangteknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalambidang industri yang betul-betul menggunakan kepakarananak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidakbelajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dansampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri puntak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena….Orang curi part semasa delivery kerata tukar denganpart tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton.Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelahsebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Thenbaru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakapje… test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual….Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malasnak tukar gear… swith to auto. Nak mainciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa katakita guna tecnology 70an?

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 responses to “cubaan menjawab tohmahan proton

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.