Category Archives: Waghah Border

[7 Photos] Jeritan “Pakistan Zindabad!”, Kawad Kaki Naik Ke Kepala 90′ & Pengalaman Unik/Menarik Mengiringi Upacara Menurunkan Bendera Di Sempadan Wagah di Lahore (Pakistan) & Amritsar (India) oleh Rangers Army (Pakistan) & Border Security Force (India) | Spring 2010 | Waghah, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan

Debaran setelah mengalami sendiri (dengar & rasa) letupan bom di Jinnah Super Rabu lepas masih lagi terasa. Namun seperti yang saya ungkapkan sebelum ini, hidup perlu diteruskan. Jika kita fikirkan sangat akan suasana genting di pakistan, kita tidak akan mampu berani ke mana-mana. Takkan nak duduk di rumah sahaja kan. bosan bakal melanda.gundah gulana tidak terkata. Minggu ini saya ke Lahore lagi. Urusan bisnes seperti biasa. Melawat WAPDA House bersebelahan Hotel Avari.

[ 1 ] Lowering of Flag Ceremony at Wagah Border, Pakistan (Wagah) & India (Amritsar) | Spring 2010 | Waghah Border, Near Lahore | Punjab Province, Pakistan | 10 04 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tapi kali ini setelah selesai urusan di WAPDA House, saya bersama dengan seorang lagi Expat Malaysia singgah ke Sempadan Wagah atau Wagah Border di dalam bahasa penjajah kita. Perjalanan ke sempadan Wagah hanya mengambil masa dalam setengah jam sahaja dari Bandar Lahore. Kita akan melalui bandar lama Lahore atau dikenali sebagai Old Lahore. Sepanjang perjalanan dari Hotel Avari ke sana akan dijamu mata dengan pemandangan terusan Lahore (Lahore canal). Menarik sungguh terusan Lahore ini kerasa saya sempat menyaksikan warga Pakistan mandi-manda di sana. Lagi menarik apabila diketemukan juga dengan kerbau2 yang turut mandi-manda bersama manusia di terusan yang sama! Perjalanan ke sempadan Wagah diteruskan dan kami diketemukan dengan suasana jalan yang sungguh berdebu sebelum tiba ke jalan besar dua lorong ke arah sempadan Wagah.