Category Archives: Khyber Pakhtoonkhwa Province

[10 Photos] Terasa Takut Nak Masuk Thakot, Jambatan Baru Thakot Bridge @ Friendship Bridge & Selamat Datang ke Indus Kohistan ! | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 10

Selepas melewati Battagram kami akan melalui pula kawasan kecil yang di namakan Thakot. Mendengarkan namanya akan berasa gerun dan takut. Kita akan memasuki ke kawasan yang dikenali juga sebagai Indus Kohistan atau Kohistan District. Kawasan ini memang merbahaya. Ada banyak check point polis tempatan di sini. Di sinilah juga bermulanya pelbagai kerenah di sepanjang perjalanan menuju ke Khunjerab Pass.

[ 1 ] Dari Battagram Ke Thakot Bridget di Indus Kohistan | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | iPhoneography Adventure TRail | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Anda akan melalui dua jambatan sewaktu nak masuk ke Indus Kohistan ini. Satu jambatan lama dan satu lagi baru. Kedua-duanya diberi nama sebagai Friendship Bridge. Dibina oleh Kerajaan Tanah Besar China untuk Pakistan. Memang besar jambatannya. Anda dilarang keras untuk mengambil gambar di sekitar jambatan ini. Jambatan ini dikawal ketat oleh askar Pakistan. Dalam beberapa minit dari jamnbatan ini akan tertera check point yang pertama. Jika tak silap saya, terdapat lebih kurang 6-7 check point sehinggalah kita sampai ke Lembah Hunza nanti. Setiap kali tiba di check point, kami dikehendaki untuk mengisi butir-butir diri masing-masing di dalam buku besar untuk rekod.

[19 Photos] Platform Bridge Yang Menggerunkan, Budak Sekolah di Battagram & Warga Pashtun di Alai Valley | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 8

Battagram. Mendengarkan namanya sahaja telah membuat saya teruja untuk singgah ke pekannya. Saya sepatutnya telah singgah dan menginap di Battagram pada Travelog Utara Pakistan pada 2010. Namun, segalanya tidak menjadi. Kami hanya melalui Battagram. Ya. Hanya lalu sahaja. Tidak singgah langsung. Mustahil tiada apa-apa yang boleh dipelajari di pekan kecil yang pelik namanya ini. Tetapi pada tahun 2013, saya telah berazam untuk memasukkan Battagram di dalam ititenari perjalanan Travelog Hunza Attabad Khunjerab Babusar 2013.

[ 1 ] Platform Bridge & Warga Pashtn di Battagram | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

Battagram adalah bandar di dalam Wilayah Khyber Pakhtoonkhwa. Ini adalah bandar besar terakhir yang kita akan lalui di dalam wilayah ini. Selepas Battagram kita akan memasuki Wilayah Indus Kohistan. Terdapat satu jambatan yang dinamakan sebagai “Friendship Bridge” yang memisahkan kedua-dua wilayah ini. Entah kenapa saya rasa teruja apabila memikirkan yang kami akan singgah di Battagram. Walaupun saya tidak tahu apa sebenarnya akan saya lalui di sini. Selepas makan pagi di Abbottabad, kami memecut laju merentasi Lebuhraya Karakoram kembali.

[26 Photos] Local QinCqi or Rickshaw, Bandar Kecil Battagram & Uniform Murid Sekolah Berwarna Oren Terang | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 7

Kami tiba di Battagram agak awal juga. setelah menempuh pelbagai halangan dan rintangan saya berjaya juga sampai ke Battagram. Inilah kali pertama sepanjang kira-kira 4 tahun saya menjejakkan kaki ke Battagram. Battagram masih lagi berada di dalam Wilayah Khyber Pakhtoonkhwa. Selepas Battagram kita akan memasuki suatu Wilayah yang lebih asing dan “darker” dikenali sebagai Wilayah Indus Kohistan.

[ 1 ] Cantik dan Bersih Rikshaw En Abdul Azeez Ni. Sambil duduk-Duduk Menantikan Pelanggan. Perasan Tak Bendera Pakistan & Bendera China Di Situ ? | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography via iPhone 5 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Saya akan kisahkan kenapa ianya agak menakutkan di dalam entry seterusnya nanti. Seumpama melangkah ke alam Mordor rasanya. Sebelum ini saya pernah melalui Karakoram Highway, namun inilah pertama kali kami singgah dan mengambil gambar di Bandar Battagram (Battgram). Mendengarkan namanya sahaja sudah mengujakan kan ? Belum lagi tiba dan menjejakkan kaki sendiri di bandarnya. 🙂

[44 Photos] Sesampainya di Qalandarabad, Pemandangan Saujana Mata Memandang di Mansehra & Rumah Ayam Ternak Macam Apartment | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 6

Qalandarabad adalah satu pekan kecil di sepanjang Karakoram Highway. Selepas Qalandarabad kita akan sampai ke Mansehra pula. Tiada apa yang menarik untuk kami berhenti di tengah-tengah pekan kecil yang dipenuhi dengan manusia yang agak sesak. Terdapat beberapa bazaar dan pasar di sini. Gerai-gerai di tepi jalan juga banyak di Qalandarabad ini. Traffic jam seketika sewaktu kami melewati pekan ini. Menarik juga suasana pekan yang kecil tapi penuh sesak dengan watak-watak manusia yang bingit dan sibuk dengan urusan jual-beli seharian. Kemalangan kecil pun boleh jadi kecoh dek kerana ramainya manusia yang ingin melihat dan masuk campur. Kelakar pula bila diingatkan semula.

[ 1 ] Kelibat Seorang Tua Di Gerainya Di Kaki Lima Kedai di Qalandarabad | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography via iPhone5 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Selepas Qalandarabad, kami melewati junction point restaurant di Mansehra. Di sini anda akan dapat lihat pemandangan menarik keseluruhan bandar Mansehra yang besar. Kami tidak berhenti lama di sini kerana kami perlu meneruskan perjalanan seterusnya menelusuri Karakoram Highway yang berliku. Lambat lagi ni nak sampai ke Chilas untuk makan tengah hari. Terasa macam masa berlalu sebegitu pantas. Saya target untuk berhenti di Battagram. Apa ada di Battagram ? Nantikan posting special berkenaan Battagram nanti ya.

[39 Photos] Suasana Di Bandar Abbottabad, Breakfast Tak Sedia Lagi di Restoran Usmania & Bertolak ke Qalandarabad | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 5

Kami tiba di Bandar Abbottabad seawal jam 8 pagi. Masih lagi awal rasanya. Bagi saya ini bukanlah kali pertama saya sampai ke Bandar Abbottabad yang cukup terkenal di dunia ini. Dah berkali-kali rasanya. Dahulu ada seorang student Malaysia, Adrian Zailan yang sedang belajar di dalam bidang perubatan di Ayub Medical College (AMC). Selalu juga saya singgah ke Bandar Abbottabad ini untuk berjumpa dengan beliau. Kini beliau telah kembali ke Malaysia dan bekerja sebagai seorang doktor di Kota Bharu, Kelantan. Apa ada dengan Abbottabad? Jangan tak tau, di sinilah tentera Navy SEAL USA datang untuk membunuh Osama Laden pada bulan Mei 2011 dahulu. Kalau anda bertanya kepada penduduk tempatan di sini akan perihal Osama Laden, pasti semuanya akan menafikannya. Emmm entahlah!

[ 1 ] Regional Tax Office di Abbottabad, Tempat Bayar Cukai. Di Malaysia ada LHDN, Di Sini ada FBR | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

[19 Photos] Dari Haripur Kita Ke Havelian, Semua Dah Kelaparan & Sesampainya di Bandar Abbottabad | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 4

Setelah puas menikmati buah Laici segar di Haripur, kami berempat bersama dengan kedua-dua pemandu warga Pakistan meneruskan perjalanan ke Abbottabad. Perjalanan seterusnya akan melalui pekan Havelian. Haveli adalah rumah atau kediaman yang besar. Havelian adalah pekan yang sederhana besar. Rumah-rumah yang besar di Pakistan dipanggil haveli. Kebiasannya rumah-rumah ini akan diduduki oleh beberapa keluarga besar, menantu ipar duai dan ramai lagi. Ada courtyard di tengah-tengah rumah. Kita biasa akan ternampak pokok oren di tengah-tengah courtyard ini. Namun bandar ini tidaklah sebesar Abbottabad. Di Havelian terdapat beberapa kem tentera dan dikhabarkan terdapat stor-stor persenjataan di sini.

[ 1 ] Pemandangan Biasa Dengan Gunung-Ganang Menghijau Menuju Ke Abbottabad | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography via iPhone 5 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Banyak juga gambar-gambar yang sempat dirakamkan di sini. Perjalanan ke Abbottabad mengambil masa kurang dari 2 jam sahaja, agak dekat sebenarnya dan cepat perjalanan melalui Karakoram Highway kali ini. Mungkin sebab tak banyak kenderaan pagi-pagi ni. Semua dah lapar. Daripada pagi tadi tak makan apa-apa kecuali buah laici yang dibeli di gerai tepi jalan di Haripur. Semua nak sampai cepat ke Restoran Usmania di Abbottabad. Harap-harap dapatlah kami menjamah roti pharata dan telur dadar, disulami dengan beberapa cawan doodthpati chai di sana nanti. Rasa macam dah kelaparan sangat! 🙂

[17 Photos] Short Break at Haripur, Street Fruit Wallah & Delicious Red Laichee | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 3

Selepas melewati Grand Trunk Road atau dikenali juga sebagai GT Road, kami memasuki Karakoram Highway dan akhirnya sampai ke pekan Haripur. Nama asalnya ialah Haripur Singh. Jangan tau tau dulu-dulu memang ada beberapa daerah di sini termasuklah Mansehra yang telah ditadbir dan dijajah oleh golongan berketurunan Singh. Haripur memang terkenal dengan dusun buah-buahan segarnya. Banyak buah-buahan ditanam di sini. Ada buah tempatan seperti buah Lokat. Buah yang berwarna kuning. Digemari oleh warga tempatan. Namun kini bukan musim Lokat. Mungkin ianya ada tapi saya yang tak perasan rasanya. Saya tidak ketemu langsung Lokat di kiri dan kanan jalan.

[ 1 ] Gerai Buah-Buahan Segar di Haripur | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey Starts Here | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

Yang banyak ialah buah Laici. Di sini memang banyak pokok Laici. Lepas 2-3 gerai buah-buahan, kami rasa dah tertahan lagi. Terpaksalah berhenti untuk menengok-nengok dan membeli buah Laici. Banyak juga buah-buahan lain seperti buah Tembikai Susu, Peach, Aprikot, Plum dan lain-lain lagi. Ceri Merah Hitam segar pun ada!

[26 Photos] Menelusuri Grand Trunk Road, Menuju District Haripur/Hazara & Permulaan Perjalanan Melalui Karakoram Highway Yang Terkenal | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 2

Rakan saya Syazwan Othman ada merakamkan begitu banyak gambar-gambar kenangan perjalanan di sepanjang Karakoram Highway pada kali ini. Begitu banyak sehingga mencecah beribu-ribu gambar. Untuk tidak menghampakan beliau, saya postkan juga gambar-gambar koleksi peribadi beliau di sini. Saya juga ada merakamkan gambar di sepanjang perjalanan, namun dek kerana saya telah biasa dan selalu bergambar di sini, jadi kurang sikitlah saya bergambar kali ini. Kasi chance pada Syazwan Othman mengasah bakat untuk streetphoto shoot pula di sepanjang perjalanan dari Islamabad ke Haripur.

[ 1 ] Masih Lagi Berada Di Islamabad, Berdekatan Serena Hotel Ni | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

Perjalanan dari Islamabad ke Haripur mengambil masa dalam 2 jam sahaja. Punya lah laju pemandu saya memandu kali ini. Tiada tempat yang kami berhenti kecuali di Haripur. Kami perlu mengejar masa. Kami perlu tiba sebelum gelap ke Chilas atau pun Gilgit. Kalau lambat dan memandu dalam kegelapan di Karakoram Highway agak bahaya sebenarnya di sini. Setelah memandu begitu jauh, kami berhenti di tepi jalanan di kawasan Haripur untuk membeli buah-buahan buat bekalan di sepanjang perjalanan. Saya akan ceritakan lebih lanjut akan gerai buah-buahan tersebut dalam entry selepas ini ya. Untuk kali ini kita layan dulu gambar-gambar di sepanjang perjalanan dari Islamabad ke Haripur melalui Grand Trunk Road dan juga Karakoram Highway.

[13 Photos] “Pakistan Street Art” @ Trak Pakistan Yang Berwarna-Warni | Autumn 2010 | Haripur, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Selepas kami berhenti rehat untuk sarapan pagi di kedai di tepi Lebuhraya Karakoram, kami meneruskan perjalanan ke Shinkiari dan Balakot. Sejurus selepas bertolak, pemandu kami memberi isyarat mahu mengisi minyak di salah sebuah stesen minyak di kawasan Haripur. Saya perasan ada beberapa Trak Pakistan yang berwarna-warni di stesen minyak tersebut. Apa lagi, kami mengambil kesempatan untuk bergambar sambil membelek-belek Pakistan Street Art ini. Memang detail hiasan-hiasan yang dilakukan kepada trak-trak Pakistan ini. Mula-mula saya menjangkakan yang mereka mengecat dan melukis secara detail. Rupanya apabila saya datang dekat dan saya perhatikan dengan teliti, mereka sebenarnya menggunakan sticker glow in the dark yang digunting kecil-kecil untuk dijadikan hiasan. Dengan cara ini trak-trak ini akan mudah kelihatan di jalanraya pada waktu malam nanti.

[ 1 ] Adli Bergambar Depan Truck | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Pakistan Street Art @ Colourful Pakistan Truck | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[7 Gambar] Makan Tengahari di Rumah Pakcik Kepada Ali Goha di Mansehra | Autumn 2010 | Mansehra, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Setibanya kami di bandar Mansehra, kami menerima satu panggilan telefon daripada salah seorang wargakerja Petronas di Islamabad, Ali Goha. Warganegara Malaysia namun terdapat unsur-unsur Pakistan pada nama beliau. Beliau berkehendakkan kami singgah di rumah pakcik beliau di Mansehra. Mungkin perlu makan tengahari sekali di kampung beliau. Ini bukan kali pertama saya singgah ke kampung beliau. Ini adalah kali kedua sebenarnya. Kali pertama bersama dengan Ali Goha, Faizal & Nazim, kesemuanya adalah wargakerja Petronas Carigali Pakistan Pvt Ltd dan juga Adrian Zailan, pelajar Malaysia di Ayub Medical College Abbottabad.

[ 1 ] Pemandangan Dari Tingkat Atas Bumbung Rumah di Kampung Uncle Ali Goha | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Luncheon at Ali Goha’s Uncle House | Autumn 2010 | Mansehra, Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kali pertama dulu kami singgah untuk makan malam, sehingga lewat malam jam 12 tengah malam. Namun kali ini saya singgah untuk makan tengahari. Pakcik kepada Ali Goha sempat berseloroh dengan saya mengatakan yang saya seperti tidak sudi untuk bermalam di kampungnya. Dia katakan jika kali ketiga saya singgah ke kampungnya, saya wajib untuk tidur bermalam. Pakcik tersebut mempunyai dua orang anak yang tinggal bersamanya. Salah seorang dijadualkan untuk pindah ke England untuk bergelar Akauntan di sana.