Setiap kali saya singgah di Indus Kohistan pasti saya akan berhenti di sini, di Monumen Lebuhraya Karakoram (Monument of the Karakoram Highway) untuk bergambar sakan. Bagi saya inilah satu-satunya monumen bukti saya telah sampai ke Indus Kohistan dan menjelajah ke Karakoram Highway. Tak sah jika anda tidak bergambar di sini jika anda telah menelusuri Karakoram Highway di Indus Kohistan.

[ 1 ] Short Break at Karakoram Highway Monument at Indus Kohistan | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)
Monumen ini dibina untuk memperingati mereka (rakyat Pakistan dan China) yang telah terkorban semasa pembinaan Lebuhraya Karakoram ini. Dikhabarkan 1 orang terkorban setiap 1 km pembinaan lebuhraya agung ini. Memang susah nak buat lebuhraya ini. Lebuhraya ini melengkari lereng-lereng gunung-ganang dan melalui sungai Indus yang merbahaya sekali. Lebuhraya ini juga acapkali ditutup dek kerana tanah runtuh dan memakan masa berhari-hari untuk memperbaikinya.