Category Archives: Karakoram Highway

[21 Photos] Perjalanan Dari Besham ke Dasu, Melintasi Jambatan Soomro & Menuju Sungai Dua Warna | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 15

Perut dah kenyang. Tenaga dah kembali. Semua suka hati. Kita jalan lagi. Pemandu kami memberikan isyarat untuk bertolak meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Karakoram menuju ke Chilas. Jauh lagi perjalanan kami. Rasa perit kali ini. Panas membahang, macam banyak sahaja penghalang. Perjalanan perlu diteruskan. Nak sampai awal kan?

[ 1 ] Bertolak Dari Hotel Midwest Besham ke Dasu | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography via iPhone5 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Selepas melewati Pekan Besham, kami kembali memandu melalui jalan-jalan yang agak tidak rata. Menuju ke pekan yang seterusnya, Pekan Dasu. Pemandu kami memberitahu yang kita mungkin tidak akan sampai ke Chilas sebelum Maghrib. Terpaksa juga melalui Lebuhraya Karakoram dalam kegelapan. Bukan Lebuhraya Karakoram yang saya risaukan. Tapi keadaan di Indus Kohistan yang agak mengerikan. Pelbagai cerita dan kisah yang telah saya baca di internet berkenaan lebuhraya ini. Negatif sahaja kesemuanya. Ramai yang menasihatkan saya untuk tidak berada di Wilayah Indus Kohistan lama-lama. Apatah lagi ketika matahari telah terbenam. Takut juga.

[16 Photos] Mentekedarah Beef Chilies Fried Rice & Chicken Karahi di Besham Midway Hotel | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 14

Sesampai di Pekan Besham ini, kami tercari-cari di mana boleh kami menikmati makan tengahari. Perut memang dah maha lapar. Rasa nak mengamuk pun ada bila lapar-lapar sebegini. Kita isi minyak diesel dahulu, kemudian kita cari hotel atau mana-mana kedai makanan ya. Cuaca dah la panas membahang. Berdebu pula di Besham ni. Mujur jumpa Hotel Midway. Bolehlah mentekedarah dulu sebelum terus ke Chillas nanti. Asyik makan je kita ni. Eh sempat ke nak sampai Chillas sebelum malam ni ha ?

[ 1 ] Kemain Lagi Letak Hotel Four Seasons Katanya | Lunch at Besham Midway Hotel | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | iPhoneography via iPhone5 |Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Di Pakistan ni, kalau anda berkelana perkara yang paling ditakuti adalah makanan. Bukannya berkenaan makanan halal. Makanan di sini kesemuanya halal. Namun kebersihan yang paling dirisaukan. Untuk mengelak daripada terkena diarrhea atau sakit perut cirit birit, anda dinasihatkan supaya sentiasa memakan makanan yang panas. Kalau minuman, pastikan air minuman mineral yang bertutup. Elakkan minum sesuka hati anda. Kelak ciritlah anda seadanya. Kalau cirit berjemaah bersama-sama rakan sepengembaraan, lagilah haru-biru jawabnya.

[12 Photos] Poskad Dari Pakistan, Gambar #6 Adalah Tinggalan Sejarah Yang Dibina Oleh Raja Demetrius Graeco-Bactrian Pada 180 BC

Susulan daripada sambutan hangat akan posting Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”, saya bawakan sambungan daripada posting tersebut dengan 12 lagi gambar-gambar menarik di Pakistan di sepanjang empat tahun kembara saya di sana.

[ 1 ] Rohtas Fort | Winter 2013 | Jhelum | Punjab Province | Pakistan | 09 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di atas adalah Rohtas Fort atau Kubu Rohtas. Dibina oleh Sultan Sher Shah Suri pada Abad ke-16. Nak pergi ke Rohtas Fort ini anda perlu memandu selama kira-kira 2 jam dari Islamabad ke Bandar Dina di Daerah Jhelum. Setiap tahun memang saya akan singgah di sini untuk lepak-lepak sambil mengasah skil fotografi. Kubu-Kubu sebesar sebegini eloknya dilawati ketika musim luruh atau musim sejuk. Takdelah berpeluh-peluh masa memanjat tangga-tangga yang banyak di sini nanti.

Besar juga kubu tinggalan sejarah Sultan Shah Suri ini. Memang banyak tempat untuk diabadikan di dalam gambar. Di sini ada dalam 12 pintu gate utama. Setiap satunya memang besar dan boleh dilalui dengan gajah, yelah kan, gajah kan pengangkutan yang utama suatu masa dahulu. Jika anda ada tentera bergajah, memang sesuatu yang menggerunkan musuh-musuh anda.

[1 Video] HD Video by James Hudson – Inside the Real Pakistan : The Mountains of Gilgit-Baltistan

Seronok bila dapat melihat video di bawah.

Pengalaman merentasi Karakoram Highway sehingga ke Khunjerab Pass pada 2013 tidak akan dapat dilupakan.

Inside the real Pakistan : The mountains of Gilgit-Baltistan from James Hodson on Vimeo.

In April 2014, three friends embarked on a journey to Gilgit-Baltistan, the northernmost territory of Pakistan, where Karakoram range and western Himalayas converge. Home to five of the world’s ‘eight-thousanders’, the region is one of raw beauty with snow-capped peaks rising from the valley floor. Our journey takes us from Gilgit to Passu, via the Hunza Valley, passing through Karimabad, Nagar, Gulmit, and across Attabad Lake.

[18 Photos] Mencari Lunch di Besham, Kanak-Kanak Pakistan Bermata Hijau & Suasana Bandar Besham | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 13

Besham juga dikenali sebagai Besham Qala. Kami tiba di Bandar Besham dalam jam 3 petang. Memang tengah lapar. Kami mengisi minyak Prado dan kembali menelusuri Karakoram Highway mencari kedai makan untuk santapan makan tengahari. Besham agak popular juga di Pakistan. Suatu bandar yang paling besar di dalam Daerah Shangla. Anda boleh juga ke Lembat Swat yang terkenal melalui Besham. Ikut kiri dan anda akan melalui Shangla Pass dan akan singgah ke Khawazakhela sebelum ke Madyan, Mingora dan Lembah Swat yang terkenal.

[ 1 ] Kanak-Kanak Pakistan di Stesen Minyak PSO Besham, Warna Matanya Hijau ! | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

Ketika kami berada di Besham, terdapat beberapa rakyat Malaysia dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sedang dalam perjalanan ke Lembah Swat untuk lawatan rasmi. Dengarnya ramai juga warga Pakistan yang boleh berbahasa Melayu di Swat Valley. Menyesal juga tidak dapat ikut trip mereka. Apakan daya saya harus memilih di antara trip ke Lembah Swat atau ke Khunjerab Pass. Dah saya memilih untuk ke Khunjerab Pass di sempadan Pakistan-China. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, sampai ke Khunjerab Pass lah jawabnya.

[9 Photos] Pekerja PTDC Motel Besham Mogok, Sadness Van & Kat Mana Nak Lunch Ni Haaaaaa ? | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 12

Setelah berjam-jam menelusuri Karakoram Highway, kami tiba juga akhirnya ke Besham. Kami singgah ke PTDC Motel Besham dengan satu tujuan. Nak makan tengahari. Dah lapar yang amat sangat. Pagi tadi last breakfast kat Abbottabad. Sekarang dah lapar. Boleh habiskan sepinggan Beef Chillies Fried Rice ni tau!

[ 1 ] Syazwan Othman Posing Depan Map KKH Yang Detail kat PTDC Motel Besham | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

“Eh apsal ramai plak yang lepak-lepak bawah pokok kat PTDC Besham ni ha? tanya saya.

“Depan tengah mogok tuh. Cuba ko tengok black arm band tu. Macam familiar kan? haha” jawab Syazwan Othman.

“Muhahahahahahahaa” saya tergelak.

Mustahil saya boleh terlupa akan black arm band tersebut.

Selalu jumpa kes-kes black arm band ni di Mirpur Mathelo.

Opsssssss 🙂