Kalau di Malaysia kita ada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja umumkan pasal raya dan puasa.
Di sini diumumkan oleh Pengerusi Ruet-e-Hilal Committe – Mufti Munibur Rahman.
Depa baru sahaja umumkan pukul 9 malam tadi. Kami dah sempat Solat Isya’ pun tadi.
Baru nak terawih juga.
Tengoklah pengumuman yang dilakukan malam tadi di TV Pakistan berkenaan tarikh Hari Raya Aidilfitri di sini.
Lambat sangat depa ni umumkan tadi kan. hehe. Takpelah kalau raya esok pun dah selesai terawih semua bagai.
Kadang-kadang bila dah berada di luar negara ni mula la rindu macam-macam kan.
Termasuk lah rindu nak dengar dan lihat pengumuman puasa dan raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Nasiblah sekarang ni dah ada youtube bagai. Jadi dalam sekelip mata je dah masuk dalam internet.
Senang sedikit saya nak tengok pasal Malaysia. Kalau ada apa-apa berlaku di sini, kseejap je malaysia dah tahu.
Hebat kan !
– – – – – – – – –
Petang semalam masa saya tengok berita depa pi tengok anak bulan ni.
Lahore ngan Karachi telah mengumumkan tak nampak. Yang saya agak pelik dah tak nampak anak bulan apsal la tak umumkan tak jadi raya sahaja kan.