Category Archives: Kohsar Market

[10 Photos] Breakfast Session With Zamir | Spring 2014 | iPhoneography | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Islamabad, Pakistan

Saya sering berkunjung ke Mocca Cafe yang terletak di Kohsar Market F-6/3 ini. Selalunya hujung minggu. Memang dah tak tahu nak buat apa di hujung minggu, terpaksalah singgah ke Kohsar Market. Mocca Cafe terletak di hujung Kohsar Market. Kedai nombor satu dari kiri. Di bawahnya ada kedai gunting rambut.

[ 1 ] Eh! Mana Pergi Meja Dia ? Ke Duduk Ala-Ala Style Macam Ni Je | Breakfast With Zamir | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 01 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kalau dah namanya kafe, memang tak sahlah kalau tak order ice-blended coffee di sini. Di sini juga ada pelbagai jenis kek dan roti. Ada juga menu agak berat seperti spaghetti dan sebagainya. Saya jarang makan yang berat-berat di sini, hanya yang ringan-ringan sahaja. Minum kopi dengan macaron pun dah cukup bagi saya di sini. Wifi di sini agak laju. Apalagi tunggu. Update Facebook dan Twitter lah kerjanya di sini!

[ 2 ] Tempat melayan perasaan sambil mata memandang ke luar tingkap | Breakfast With Zamir | Mocca Cafe, Kohsar Market F-6/3 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 01 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)