Category Archives: Faisal Masjid

[11 Photos] Masjid Faisal Ketika Musim Bunga, Awan Memutih Bak Kapas, Langit Biru Membayangi Bukit Margalla Yang Hijau | Spring 2012 | Islamabad, Pakistan

Jarang sebenarnya saya bercerita atau menghasilkan satu catatan khas untuk Masjid Faisal ini. Masjid Faisal, didermakan oleh Raja Faisal daripada Arab Saudi suatu ketika dahulu. Masjid berwarna putih yang berbentuk khemah arab ini agak unik. Sila google atau singgah ke lamanweb Pakcik Wikipedia untuk membaca sejarah masjid ini. Masjid ini telah didermakan oleh Raja Faisal atau King Faisal daripada Arab Saudi. Rekaannya agak unik dengan bentuk tent ala-ala khemah arab di gurun sana. Tiada tiang seri di tengah-tengah masjid. Masjid ini agak luas dan boleh menempatkan jemaah dalam jumlah 100,000 lebih di dalam dan luar kawasan masjid (courtyard).

[ 1 ] Langit biru dengan awan gemawan, latarbelakang penuh anggun untuk Masjid Faisal yang berwarna putih | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di sinilah saya solat Jumaat setiap kali hari Jumaat. Walaupun kadang-kadang saya bertukar angin ke masjid lain di Islamabad, namun hal tersebut boleh dibilang dengan jari sebenarnya. Masjid ini agak besar. Masjid paling besar di Islamabad. Masjid ini pernah dinobatkan masjid terbesar di dunia suatu ketika dahulu. Boleh menampung sehingga ribuan jemaah pada satu-satu masa.

Roses Are Blooming this Spring Season | Shah Faisal Masjid, Islamabad | Punjab Province, Pakistan

sekarang ni kemuncak musim bunga

di mana-mana sahaja anda akan nampak bunga-bunga berkembang

tahun ni memang hebat dan meriah. lihatlah sahaja bunga mawar di masjid faisal ini

Tahun ni memang lebih banyak bunga daripada tahun lepas. Tahun lepas sempat juga aku jalan-jalan keliling Islamabad tapi takdelah banyak bunga macam tahun ni. Mungkin sebab musim hujan yang melanda bermula dua minggu lepas agaknya.

Apa-apapun memang seronok bila bumi dipenuhi dengan bunga yang berwarna-warni macam ni kan. Memang hebat ciptaan Ilahi. Aku perhatikan semua pokok-pokok, yang kecil yang besar, sudah mula berbunga dengan lebat. Masing-masing ada peranan masing-masing di muka bumi ini.

Hatta pokok daun kari di laman sari pun dah mula berbunga yo!

[1 Photo] Malam-Malam Terakhir Ramadhan di Islamabad | Masjid Al-Faisal | Islamabad, Pakistan

Tadi selepas mengerjakan solat terawih di rumah Malaysia di Jalan F-8/2, saya bergegas balik ke rumah. Tukar kain pelikat kepada seluar jeans. Dengan crocs merah saya segera ke Masjid Faisal. Semalam saya cuba singgah ke masjid ni tapi tak boleh masuk sebab polis buat sekatan jalanraya betul-betul ke jalan masuk Masjid Faisal. Kalau nak pergi juga terpaksa pula parking kereta jauh dan kemudian naik bas.

Tak berani saya beb! Bas-bas tu pula nampak macam uzur semacam sahaja. Ramai pula yang bersesak-sesak menaiki bas. Di Islamabad, kalau boleh sila elakkan kawasan yang sesak. Malang tidak berbau. Lebih baik mencegah daripada merawat kan.

Jadi malam ini selepas terawih terus saya singgah ke E7. Letak kereta kat hujung sekali selepas itu berjalan kaki sahaja ke Masjid Faisal. Menuju ke Masjid Faisal yang besar ini. Dilimpahi cahaya neon dan lampu sinar begermalapan. Memang cantik. Tak pernah saya lihat Masjid Faisal secantik ini sebelum ini.

Indah bro! Terus saya snap sana snap sini. Malam-malam terakhir ini ramai betul manusia dalam kawasan masjid ini. Saya perhatikan hanya beberapa saf sahaja yang dipenuhi, ramai yang datang ke masjid untuk berehat. Jumlah manusia di luar masjid lebih ramai daripada dalam masjid mengerjakan terawih malam ini. Agaknya inilah masalah depa menikmati dan berehat melihat keindahan Masjid Faisal yang besar ini. Di luar masjid siap ada bazaar menjual makanan dan minuman.

[2 Gambar] Pengalaman Berterawih Bersama Jemaah Pakistan | Masjid Faisal | Islamabad, Pakistan

Pada kali ini saya nak coretkan sesuatu tanpa gambar yang banyak. Seperti yang kalian sedia maklum saya baru sahaja pulang ke Islamabad hari Jumaat malam yang lepas. Justeru saya sempat untuk berterawih bersama rakan-rakan warga Malaysia di rumah Malaysia pada Sabtu dan Ahad malam. Entah kenapa hari ini saya rasa seperti mahu berterawih di Masjid Faisal pula. Masjid yang menjadi tempat saya solat Jumaat setiap minggu.

Masjid Faisal adalah masjid terbesar di Islamabad. Rekabentuknya umpama kubah atau khemah arab berwarna putih. Masjid ini didermakan oleh Raja Faisal (King Faisal) dari Arab Saudi kepada kerajaan Pakistan, sebab itulah namanya Masjid Faisal. Rekebentuk masjid ini memang tak pernah saya lihat sebelum ini. Sungguh indah, lebih indah disirami lampu limpah di waktu malam. Jika anda bernasib baik anda dapat bergambar dengan Masjid Faisal yang dilatari pokok-pokok bunga mawar merah dan putih pada musim bunga. Setakat ini saya masih tidak bernasib baik lagi. Terlupa gamaknya untuk bergambar di Masjid Faisal semasa musim bunga yang lepas.