Category Archives: Skardu

Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai + Northern Pakistan Travel Series | Part 1 | Islamabad ke Abbotabad, Dinner Chicken Tikka & Ayam Togel Bergantungan

dah genap seminggu aku balik dari utara pakistan. aku bernasib baik sebab dapat balik awal.

kalau tidak boleh tersangkut di dalam banjir monsoon yang tengah melanda pakistan sekarang ini.

memang best travel ke sana. betullah apa yang mereka selalu cakap (terutamanya di internet), travelling ke utara pakistan menjanjikan suatu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.

bercakap pasal karakoram highway sahaja, maunyer tak habis blog post aku dibuatnya.

aku akan cuba catatkan seberapa detail berkenaan perjalanan kali ini. aku akan cuba cover sebanyak mungkin tempat, masa dan manusia dalam coretan perjalanan kali ini.

susah rupanya nak buat travel series yang serius. bukan calang-calang orang yang boleh buat travel series yang boleh bermanfaat kepada orang lain kan. hehe 🙂

perjalanan kali ni memang cukup mencabara sebab ia akan melalui perjalanan sejauh lebih kurang 2,000 km merentasi jalan merbahaya seperti karakoram highway.

serius aku cakap, sebelum aku singgah ke karakoram highway ni aku ingat karakoram highway ni macam jalan ke naran/kaghan valley dulu (masa nak ke saiful-muluk jheel).

sekali lagi teruk rupanya jalannya tau !

– – – – – – – – – –

Islamabad – Rawalpindi – Taxila – Hassan Abdal – Haripur – Havelian – Abbottabad – Mansehra – Battagram – Thakot Bridge – Besham – Pattan – Komila/Dasu – Shatial – Chilas – Raikot Bridge – Jaglot – Thalichi – Gilgit – Naltar Valley – Danyore Valley – Minapin – Karimabad – Hunza Valley

ini adalah project jalan2 terbaru. bakal menjelma dalam sedikit masa lagi

bukannya dekat tuh dowh ! dalam 1,200 km jugak la. dengan glaciers/tanah runtuh segala bagai

siapa la nak drive jauh2 tuh kan. semua flight ticket dah habis ditempah sampai ke puasa

so nak tak nak, kena la jugak drive nak sampai ke area gilgit / hunza neh kan. hehe 🙂

“Pakistan-The Road to Shangri-La” – Sebuah Dokumentari Oleh David Adam Films Yang Hebat!

masa aku check pasal cuti2 pakistan terjumpa vclip neh

hebat siot short film neh ok

memang hebat sebab memaparkan tempat paling lawa kat pakistan neh

memang lawa giler sampai aku rasa mcm nak pergi esok adjer. haha

siap ada shangri-la lagi ok. neh yang aku rasa cam best dok kat sini dowh

haha siap la kalau dah aman sket nanti aku singgah la kat sana nanti

memang lawa sebab diaorang ada salji, sungai semua kaler biru adjer ok.

kalau korang tak percaya silalah click kat gambar sini atau gambar sini

memang best giler dowh. memang ternanga aku tengok keindahan alam yang mcm neh ok

– – – – –

kat bawah version full ok. mesti wajib layan

tunggu la aku sampai sana nanti, haha