Category Archives: Khaplu

[12 Photos] Poskad Dari Pakistan, Gambar #6 Adalah Tinggalan Sejarah Yang Dibina Oleh Raja Demetrius Graeco-Bactrian Pada 180 BC

Susulan daripada sambutan hangat akan posting Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”, saya bawakan sambungan daripada posting tersebut dengan 12 lagi gambar-gambar menarik di Pakistan di sepanjang empat tahun kembara saya di sana.

[ 1 ] Rohtas Fort | Winter 2013 | Jhelum | Punjab Province | Pakistan | 09 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di atas adalah Rohtas Fort atau Kubu Rohtas. Dibina oleh Sultan Sher Shah Suri pada Abad ke-16. Nak pergi ke Rohtas Fort ini anda perlu memandu selama kira-kira 2 jam dari Islamabad ke Bandar Dina di Daerah Jhelum. Setiap tahun memang saya akan singgah di sini untuk lepak-lepak sambil mengasah skil fotografi. Kubu-Kubu sebesar sebegini eloknya dilawati ketika musim luruh atau musim sejuk. Takdelah berpeluh-peluh masa memanjat tangga-tangga yang banyak di sini nanti.

Besar juga kubu tinggalan sejarah Sultan Shah Suri ini. Memang banyak tempat untuk diabadikan di dalam gambar. Di sini ada dalam 12 pintu gate utama. Setiap satunya memang besar dan boleh dilalui dengan gajah, yelah kan, gajah kan pengangkutan yang utama suatu masa dahulu. Jika anda ada tentera bergajah, memang sesuatu yang menggerunkan musuh-musuh anda.

[2 Photos] The Old Rajah Palace, Aga Khan Foundation & New Serena Hotel | Summer 2012 | Hotel Khaplu Palace & Residence, Khaplu Valley | Gilgit-Baltistan, Pakistan

Saya kini berada di hotel Khaplu Palace & Residence, Lembah Khaplu, Gilgit-Baltistan, Pakistan.

Perjalanan dari Shangrila Skardu ke Khaplu mengambil masa dalam 3-4 jam, bergantung kepada keadaan jalan dan cuaca.

Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.

Risau juga takut-takut ada halangan seperti tanah runtuh di sepanjang perjalanan.

Hotel ini sebenarnya adalah sebuah kubu lama yang telah dibaikpulih oleh Aga Khan Foundation dan dijadikan hotel.

Kubu yang berusia lebih kurang 200 tahun ini telah berjaya dibaikpulih pada 2010 dan kini telah diuruskan oleh Serena Hotel.

Setiap hasil daripada perkhidmatan hotel akan disalurkan terus kepada usaha-usaha untuk membaik-pulih kubu Khaplu ini.

Usaha Aga Khan Foundation ini haruslah dipuji.

Dengar cerita hasil pembaikan kubu lama ini telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa seperti anugerah UNESCO.

Nantilah kalau ada banyak masa akan saya coretkan sedikit pengalaman saya menginap di lembah Khaplu dah di hotel Khaplu Palace & Residence ini. Jangan tak tau segala pinggan mangkuk di restoran Serfar Khar menggunakan seramik pilihan “custom-made” daripada China Bone (CB)!