Category Archives: Altit Fort

[12 Photos] Poskad Dari Pakistan, Gambar #6 Adalah Tinggalan Sejarah Yang Dibina Oleh Raja Demetrius Graeco-Bactrian Pada 180 BC

Susulan daripada sambutan hangat akan posting Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”, saya bawakan sambungan daripada posting tersebut dengan 12 lagi gambar-gambar menarik di Pakistan di sepanjang empat tahun kembara saya di sana.

[ 1 ] Rohtas Fort | Winter 2013 | Jhelum | Punjab Province | Pakistan | 09 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di atas adalah Rohtas Fort atau Kubu Rohtas. Dibina oleh Sultan Sher Shah Suri pada Abad ke-16. Nak pergi ke Rohtas Fort ini anda perlu memandu selama kira-kira 2 jam dari Islamabad ke Bandar Dina di Daerah Jhelum. Setiap tahun memang saya akan singgah di sini untuk lepak-lepak sambil mengasah skil fotografi. Kubu-Kubu sebesar sebegini eloknya dilawati ketika musim luruh atau musim sejuk. Takdelah berpeluh-peluh masa memanjat tangga-tangga yang banyak di sini nanti.

Besar juga kubu tinggalan sejarah Sultan Shah Suri ini. Memang banyak tempat untuk diabadikan di dalam gambar. Di sini ada dalam 12 pintu gate utama. Setiap satunya memang besar dan boleh dilalui dengan gajah, yelah kan, gajah kan pengangkutan yang utama suatu masa dahulu. Jika anda ada tentera bergajah, memang sesuatu yang menggerunkan musuh-musuh anda.

[1 Photo] Pemandangan Sungai Hunza Dari Kota Altit (Altit Fort) di Lembah Hunza | Summer 2011 | Lembah Hunza, Wilayah Gilgit-Baltistan | Pakistan

Pemandangan yang menakjubkan di Lembah Hunza, Utara Pakistan. Tak sabar-sabar rasanya nak buat e-book berkenaan Travelog Pakistan. E-book akan release pada penghujung 2016 ketika musim luruh 2016 ya 🙂 Ketika ini Sungai Hunza ini masih lagi jernih airnya, tiada pencemaran asphalt. Tahun lepas pada 2013, airnya telah bertukar ke warna kelabu. Mungkin disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan jalan yang sedang giat dijalankan ketika ini.

Gambar ini diambil dari sudut pandang di Kubu Altit (Altit Fort). Kubu yang telah berusia ratusan tahun ini masih lagi kukuh dan telah dijadikan sebagai warisan negara (National Heritage) oleh kerajaan Pakistan. Cantik pemandangan di kubu ini. Dengan gunung-ganang yang masih bersalji dan pemandangan sungai yang saujana mata memandang. Syurga dunia lagaknya!

[ 1 ] The Old Altit Fort & View of Hunza River | Summer 2011 | Gilgit Baltistan Region, Northern Pakistan | Naran Babusar Gilgit Hunza 2011 | 02-07 09 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)