Category Archives: Malaysia

[17 Photos] Karipap Kambing Paling Sedap & Roti Buku Oven Tradisional di Salahuddin Bakery | 1937 | Jalan Dhoby | Johor Bahru | Johor Darul Takzim | Malaysia

Dalam banyak-banyak kedai roti, ini adalah di antara kedai roti paling best di dunia!

Salahuddin Bakery atau Kedai Roti Encik Salahuddin.

Kalau anda singgah sini, pastikan jangan terlepas membeli Karipap Kambing yang sungguh sedap.

Tapau sekali roti buku (biasa) dan roti buku jagung. Sesuai sangat dibuat roti bakar.

Rotinya dibakar dengan dapur oven tradisional. Hipster sangat!

[ 1 ] Karipap Kambing Memang Sungguh Sedap! | Kedai Roti Salahuddin, Terbaik di JB! | Salahuddin Bakery | Established 1937 @ 79 Years Old | Vintage Bakery Shop | iPhonegraphy via iPhone6+ | Jalan Dhoby | Johor Bahru | Johor Darul Takzim | 14 02 2016 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Dah lama dah sebenarnya Salahuddin Bakery ni. Mula dibuka pada tahun 1937, sebelum merdeka.

Bau dan aroma kedai roti memang sungguh mengasyikkan. Bau roti yang baru sahaja dibakar, oh keterujaan!

Ada pelbagai jenis roti untuk dipilih. Nak yang ada inti. Nak yang manis. Nak yang biasa-biasa, semuanya ada.

Kedai ini dah pun dimasukkan ke dalam senarai Jejak Warisan Iskandar Puteri di Johor.

Ni dah macam ala-ala World Heritage Trail versi tempatan. Tak sempat lagi saya nak semak jejak warisan yang lain.

[5 Photos] Mee Ketam KL | Besaaaaaqnyaaaaa Ketam Ni! | Belakang UNISEL | Shah Alam | Selangor Darul Ehsan | Malaysia

Dah lama sebenarnya tahu pasal Mee Ketam KL ni. Tak berkesempatan nak singgah. Duduk Shah Alam dah dekat setahun. Sekarang barulah terfikir nak cari kat manalah Mee Ketam KL ni. Sekali scan, terus keluar dalam Google Search. Senang je sebenarnya nak cari kedai ni. Belakang UNISEL Seksyen 7 Shah Alam.

[ 1 ] Besaqnya Ketam Nipah Ni Ceq Ooooooi | Mee Ketam KL | Belakang UNISEL | iPhoneography | Seksyen 7 | Shah Alam | Selangor Darul Ehsan | Malaysia | 27 02 2015 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kali ini punyalah lapar sampai terlupa nak ambil gambar kedai ni. Suasana agak panas. Kena datang awal. nanti tiada kerusi nak duduk. Kami pesan Mee Ketam Kari. Pastinya ketam nipah. Ketamnya memang ketam segar. Besar saiz ketamnya. Penuh mangkuk. Kena selak ketam cari mee. Sungguh sedap tak terkata. Siapa-siapa lalu pasti tak perasan punya.

Lepas ni nak cuba pula nasi goreng ketam. Eh ada ke? Atau mee goreng ketam. Mestilah lagi sedap nanti. Disulam pula dengan ABC special. Perghhhhhhhhhhh terus pengsan la jawabnya nanti. Lama juga nak meratah ketam-ketam yang besar ni. Warna merah menawan. Hati tertawan.

[11 Photos] Menikmati Mentarang Bakar, Kupang Bakar, Sup Belut & Kangkung Belacan | Faridah Mentarang Bakar | Sekinchan | Selangor Darul Ehsan | Malaysia

Dah lama rasanya tak buat impromtu jalan-jalan cari makan. Lepas singgah Pasar Seksyen 6, tetiba terasa nak singgah ke James Cendol yang terkenal di Teluk Intan (cerita lain). Terus balik rumah, tinggalkan bahan-bahan basah, kemudian terus menuju ke Teluk Intan. Di dalam perjalanan “tersinggah” ke “Faridah Mentarang Bakar” yang terkenal di Sekinchan ini. Memang senang nak jumpa. Nama kedai sungguh jelas di bahu jalan.

[ 1 ] Menikmati Mentarang Bakar, Kupang Bakar, Sup Belut dan Kangkung Belacan di Faridah Mentarang Bakar | Sekinchan, Selangor Darul Ehsan | Malaysia | 07 03 2015 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sekarang ini memang tengah musim mentarang. Sedap mentarang ni bila dah dibakar. Juicy dah gooey! Memang lagi sedap daripada tiram ya. Best makan dengan nasi putih. Disulami pula dengan sup belut. Belut agak kecil tapi sedap. Sempat berborak dengan Puan Faridah, empunya kedai Faridah Menterang Bakar ni. Mentarang boleh didapati di Pantar Remis. Mentarang memang sensitif. Kupang pun sedap. Tapi kupang agak kering bila dah dibakar.

Mentarang cecah dengan cili memang sedap! Kedai ni senang nak jumpa. Tanya penduduk di sekitar Sekinchan ini. Mesti jumpa punya. Memang terasa nak singgah lagi. Mungkin nak cuba pula Nasi Goreng Mentarang. Sambil hirup sup belut kali kedua! Hehehe 🙂

[12 Photos] Nasi Kandar Kuah Lebih + Bandung Soda Selasih = Syurga Dunia | Nasi Kandar Kudu bin Abdul | Penang Nasi Kandar | Kuala Lumpur, Malaysia

Nasi kandar, satu juadah yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Dikhabarkan berasal dari Pulau Pinang. Patutlah banyak kedai nasi kandar di Pulau Pinang. Daripada Nasi Kandar yang kena beratur panjang sehinggalah ke Nasi Kandar di celah-celah lorong di tengah kota mutiara. Kalau di Kuala Lumpur, di mana pula nak jamah nasi kandar ini?

[ 1 ] Perghhhhh Memang Menawan Kalbu | Restoran Nasi Kandar Kudu Bin Abdul | Penang Nasi Kandar | Jalan Tuanku Abdul Rahman | iPhoneography | Kuala Lumpur | Malaysia | 09 06 2012 (PHOTOS BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

Kalau nak datang sini masa lunch, kena datang awal. Tengok tu beratur punya la panjang sampai ke luar kedai. Berduyun-duyun manusia. Sudah beratur kena pula cari tempat duduk. Kalau datang dua orang bolehlah minta seorang lagi tempah tempat duduk dulu. Kalau tidak, dah selesai memilih lauk-pauk, ambil nasi kandar, tempat duduk pula tiada nanti. Berdiri dululah jawabnya.

Keseluruhannya memang sedap la nasi kandar kat sini. Kuah campur pun best. Harga standard ala-ala Nasi Kandar Pelita. Kalau ambil udang dan ketam memang agak mahal. Saya suka dengan daging masak hitam. Kena pula dengan sayur kobis dan bendi celur bersama telur rebus. Kena pula dengan bandung soda selasih. Perghhhhhh memang sedap tak terkata. Syurga dunia tercipta seketika.

[8 Photos] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun! Inilah Cendol Klang (Since 1972) | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia

Cendol Klang. Dulunya hanya di tepi jalan di Jalan Nanas Klang. Kini telah ada kedai sendiri di Jalan Nanas. Kedainya simple tapi bersih. Cendol diniagakan di bahagian hadapan kedai. Mangkuk aluminium yang sejuk. Kena pula ketika cahaya terik matahari. Dapat pula cendol pulut istimewa ni. Tiada kata secantik bahasa. Nak ku ungkapkan akan kesedapannya.

[ 1 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Malas nak cakap banyak.

Kita layankan sahaja gambar-gambar di bawah ya.

[ 2 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Kedai Cendol Berusia Lebih 40 Tahun | Cendol Klang | iPhoneography via iPhone5 | Jalan Nanas, Klang | Selangor, Malaysia | 01 09 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Wedding Reception Highlights – Nizam & Erlena – Shah Alam, Selangor (12 Feb 2011) & Jasin, Melaka (19 Feb 2011)

azrul from pencerita.net just uploaded this wedding highlights

thanks azrul & team of pencerita.net. lawa la video hang buat, i loike!

video ni akan ditayang kepada hadirin semasa wedding reception di islamabad pada 12 march 2011 nanti

Suasana Ketika Memasak Rendang Sempena Aidilfitri | Kg Terentang, Jasin, Melaka Bandaraya Bersejarah | 30 Ramadhan 1431H

whoa selamba la adik aku email gambar2 memasak rendang kat jasin tadi

hehe best wooooo suasana di jasin sebelum raya neh kan, semua sanak saudara balik kampung

sehari sebelum raya mesti busy giler, hehe masa ni lah sahur terakhir

pepagi lagi akan singgah ke pasar beli itu ini sebagai persiapan terakhir nak sambut raya

kaum ibulah yang paling busy sebab nak sediakan juadah hari raya sekali

adesssss miss my mon rendang ayamlah ! kalau aku ada surelah aku yang akan masak rendang ni hehe

adesss sedap la plak menengokkan rendang ayam ni kan, penat woooo nak mengacaunyer ok

maunyer 2-3 jam baru nak masak, pastu tambah santan balik, kena kacau balik hehe

panas tak payah cakap la kan, tapi rendang ni la paling sedap in the world

dah pakai ayam kampung yang ala2 liat2 sket, perghhhhh rindu la nak balik jasin wooooo

ni adik aku tengah memasak rendang ayam. lepas ni surelah kena rebus nasi impit plak kan

kalau arwah nenek ada dulu memang wajiblah menganyam ketupat

pastu kitaorang lah yang kena memasukkan beras dalam tuh

then semuanya akan sama2 merebus ketupat, lagilah lama wokey. hehe 🙂

Damai Homestay kat Kuala Kangsar – Satu Lagi Penginapan Best Terbaru di Kuala Kangsar !

perghhhh aku perasan dah banyak la homestay kat kuala kangsar neh kan

dulu2 masa aku belajar kat kuala kangsar, memang limited giler penginapan kat kuala kangsar

yang ada cuma rumah rehat kuala kangsar ngan hotel double lion adjer

kadang2 kalau famili aku turun kuala terpaksa tido kat ipoh ok

kadang2 singgah taiping nak tido then turun balik ke kuala kangsar

hehe sekarang dah ada safari resort, dah ada homestay dan banyak penginapan budget kat kuala kangsar

so senang la kalau siapa2 nak melawat kuala kangsar kan

aku mmg suka turun kuala kangsar neh, memang aman damai adjer bile singgah kualer neh ok

mmg dunia terasa akan berhenti seketika kalau korang pergi melancong ke kuala kangsar

serius gua tak tipu punya. banyak benda yang boleh dibuat kat kuala neh ok

ada macam2 tempat bersejarah yang boleh dilawati dan banyak makanan dan minuman yang nak dicuba

aku mmg akan selalu la turun kuale sebab aku coach hockey team mckk (mighty duck project 2010)

tapi serius la mmg mendamaikan kalau dapat bercuti ke kuala kangsar ok.

– – – – –

Assalamualaikum..nizam..

Summer Holiday (2000) Lakonan Sammy Cheng & Richie Jen – Filem Hong Kong Yang Difilemkan di More More Tea Inn, Pulau Redang !

perghhhh lama siot rasanya aku tak menjejakkan kaki ke redang

last sekali aku pergi tahun 2005 ngan 2006

dua2 tahun aku pergi stay kat laguna redang island resort

hehe bila tengok movie summer holiday (2000) neh teringat kat pulau redang

best wooooooo redang island. memang majestic la pulau dia

cun giler. air jernih ya amat. pasir puteh sesangat. sejuk je pantai ngan pasir dia

kalau tak percaya korang boleh singgah ke pulau redang

depan resort mmg lawa giler wa cakap lu

apa2 pun korang layan kan je lah movie summer holiday (2000) neh ok

tempat dia shoot tuh nama dia more more tea inn

memang betul2 ada tempat tuh depan laguna redang island resort. hehe 🙂

dan lagu kat bawah neh best giler ok

mmg layan lah kalau dok kat pulau2 yang cun mcm redang tau

– – – – –

From Hong Kong comes this light romantic comedy about a romance that unexpectedly blossoms at a Malaysian resort.

After losing her job, Summer (Sammi Cheng) is looking to make some quick cash, so she heads to Malaysia to sell off her share of a beach resort she co-owns with her cousin.

Perghhh Kan Ke Best Kalau Boleh Cuti2 Malaysia kat Villa Rayhan, Al-Sakinah River Lodge, Janda Baik !

perghhhhh teruja la plak aku nak bercuti ke janda baik mcm neh

korang tengok jelah al-sakinah river lodge neh

dah la ada kolam ikan

memang la best kalau dapat lunch or dinner kat gazebo sebelah lodge tuh kan

ngadap plak kolam ikan yang tenang adjer

malaysia, truly asia lah camni !

ada plak sungai yg mengalirkan air sejuk giler

perghhhhh neh mmg betul2 cuti2 malaysia lah

siap la lodge neh akan termasuk dalam senarai lodge aku kalau aku singgah ke janda baik nanti

p/s – aku x pernah sampai lagi la ke sana. hehe 🙂

ada sapa2 dah sampai nak recommend accommodation or jjcm kat sana ke ?