hujan atau panas, atau DDOS attack sekalipun, blog ini pasti akan diteruskan :)Posts RSS Comments RSS

Archive for the 'jalan2x + melancong' Category

Sakura Blossom @ Apricot Flowers | Spring Is In The Air | Bhurban, Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Tetiba terasa macam mahu ke PC Hotel Bhurban untuk menikmati keindahan bunga-bunga pokok aprikot yang sedang berkembang mekar berwarna putih. Setelah dua tahun penulis di sini, barulah penulis ketahui akan kewujudan pokok aprikot, ceri dan epal di hotel di Bhurban ini. Memang berlambak-lambak pokok epal di perkarangan tempat letak kereta di PC Bhurban.

Pokok ceri memang betul-betul di tengah-tengah perkarangan tempat letak kereta mereka. Tidak perlu ke Lembah Hunza, Skardu mahupun di Utara Pakistan kerana hanya kurang dua jam perjalanan, anda boleh menikmati keindahan bunga-bunga bak “sakura” di Bhurban. :)

No responses yet

Bunga-Bunga Biji Sawi @ Rapeseed @ Mustard Telah Mula Menguning, Melakar Pemandangan Lanskap Indah Di Pakistan

Pertama kali penulis bersua dengan pokok bunga kuning ini di Pakistan ialah ketika penulis memandu ke Lahore. Bunga-bunga kuning ini ditanam dengan banyaknya di sepanjang jalan dari Islamabad ke Lahore melalui Lebuhraya M2. Penulis sempat berhenti dan bertanyakan kepada petani tempatan akan nama tanaman mereka. Barulah penulis tahu akan perihal tanaman bunga kuning yang dikenali sebagai biji sesawi atau rapeseed atau mustard.

Ladang bebiji sawi yang besar pernah penulis singgah bersama isteri pada 2011 di Ladang Chak Shahzad, kira-kira setengah jam perjalanan dari Islamabad. Di sana tanaman bebiji sawinya tidaklah kecil macam gambar di atas. Di sana, bebiji sawinya lebih tinggi daripada penulis. Banyak lebah berkeliaran bekerja mencari madu di bunga kuning tanaman ini.

4 responses so far

Sambutan Ulangtahun Kelahiran di Bumi Ajnabi 4,500km Dari Kuala Lumpur | Mirpur Mathelo, Daerah Ghotki | Wilayah Sindh, Pakistan

Penulis akan menyambut hari kelahiran pada 27 Februari 2012. Jam menunjukkan pukul 11.07 malam waktu Pakistan dan pukul 2.07 pagi waktu Malaysia. Penulis tidak pernah mencoretkan akan sambutan ulangtahun kelahiran di blog ini. Kebiasaannya hari tersebut akan berlalu begitu sahaja tanpa ada sebarang coretan di sini. Namun pada kali ini penulis terpanggil untuk mencoretkan sesuatu.

Penulis sempat memasak sendiri lauk sambal sardin di bawah. Agak pedas sebenarnya dengan ramuan cili padi Malaysia dan cili hijau Pakistan. Sambal sardin yang sedap dimakan panas-panas bersama dengan nasi putih beras basmathi Pakistan. Sungguh enak! ini bukanlah pujian untuk diri sendiri, sekadar menyatakan luahan hati. Hehe :)

10 responses so far

The Darjeeling Himalayan Train Journey Daripada BBC – Satu Lagi Impian Saya Untuk Menjelajah Himalaya Melalui Keretapi

Ni ada lagi satu pengembaraan melalui keretapi yang menjadi impian saya. Keretapi Darjeeling di India, juga dikenali sebagai Toy Train. Warna biru keretapi ni memang cantik. Perjalanan membelah Banjaran Himalaya di India memang sungguh mengasyikkan bukan? Memang menjadi impian nak naik keretapi ni. Lepas tuh sampai di Darjeeling bolehlah pekena teh darjeeling yang terkenal. Sambil mengadap ladang teh yang luas, menghirup teh panas. Ah! Syurga dunia lagaknya!

Keretapi Kalka ke Shimla ni pun menarik juga ni. Memang menarik naik keretapi jarak jauh ni kan. Boleh menatapi pemandangan keindahan alam yang tidak ternilai di depan mata. Menatap di dalam youtube memang tidak sama dengan pergi sendiri ke sana. Insya Allah nak singgah la naik keretapi ni suatu hari nanti :)

8 responses so far

Terasa Teringin Nak Naik Keretapi Dari Shanghai ke Lhasa (Tibet), Lepas Tu Ke Nepal!

Seronok kalau dapat naik keretapi dari Shanghai ke Lhasa, lepas tu ke Nepal mcm ni kan, jauh perjalanan luas pemandangan. Tak tahu plak yang area Lhasa tak boleh nak snap pictures atau record video. Banyak juga askar China di Tibet. Tahun lepas masa planning nak naik train Transsiberia perasan jugak pasal train express Shanghai-Tibet ni. Apa-apa pun train ni nampak simple, walaupun dua hari perjalanan ke Lhasa tu beb! Masak la nak dok dalam train 2-3 macam tuh kan :)

4 responses so far

Puncak Bukit Margalla Diselaputi Salji Setelah Enam Tahun! – Pir Sohawa Bermandi Salji Putih di Pagi Sabtu 7 Januari 2012

Siapa sangka siapa menduga, setelah enam tahun berlalu akhirnya salji turun juga di bumi Islamabad. Sungguhpun tidak turun di atas jalan-jalan raya di Islamabad, namun sekurang-kurangnya salji meliputi Pir Sohawa, puncak Bukit Margalla. Bukit Margalla yang diselaputi salji berdiri betul-betul di hadapan saya pada pagi 7 Januari 2012 lepas. Pada pagi itu, saya dan beberapa rakan dari Malaysia sedang bersiap-siap untuk bermain salji di Pergunungan Murree, Galiyat.

2 responses so far

Time Lapse Yang Paling Menarik ! – 17 Countries. 343 Days. 6237 Photographs. One Incredible Journey

wow! tak pernah lagi aku tengok time lapse yang sungguh cool macam ni kan

boleh around the world in 5 minutes je. macam-macam tempat ada dalam time lapse ni

ni yang terasa nak menjelajah ke dunia luar ni. dok terperap dalam negara pun x guna juga kan :)

jauh perjalanan luas pemandangan, betullah kata orang tua-tua tu.

let’s pack! let’s get lost! NatGeo Adv!

2 responses so far

Percutian Singkat Ke Mall Rd (New Murree) di Kala Musim Dingin Yang Mencengkam | View From Hotel in Mall Rd, New Murree | Punjab Province, Pakistan

saya bagi 2 gambar sebagai teaser pictures dulu ya.

x larat la nak upload banyak2 gambar, flickR pun mcm dah slow je lately ni :)

so sila enjoy dengan melihat gambar super duper besar di bawah ya. hehe :)

10 responses so far

« Newer Entries - Older Entries »