hujan atau panas, atau DDOS attack sekalipun, blog ini pasti akan diteruskan :)Posts RSS Comments RSS

Archive for the 'jalan2x + melancong' Category

Masjid Faisal Ketika Musim Bunga, Awan Memutih Bak Kapas, Langit Biru Membayangi Bukit Margalla Yang Hijau | Islamabad, Pakistan – Spring Is In The Air 2012

Jarang sebenarnya penulis bercerita atau menghasilkan satu blogpost untuk Masjid Faisal ini. Masjid Faisal, didermakan oleh King Faisal daripada Arab Saudi suatu ketika dahulu. Masjid berwarna putih yang berbentuk khemah arab ini agak unik. Sila google atau singgah ke lamanweb Pakcik Wikipedia untuk membaca sejarah masjid ini.

Di sinilah penulis solat Jumaat setiap kali hari Jumaat. Walaupun kadang-kadang penulis bertukar angin ke masjid lain di Islamabad, namun hal tersebut boleh dibilang dengan jari sebenarnya. Masjid ini agak besar. Masjid paling besar di Islamabad. Masjid ini pernah dinobatkan masjid terbesar di dunia suatu ketika dahulu. Boleh menampung sehingga ribuan jemaah pada satu-satu masa.

6 responses so far

Musim Bunga Ros Sudah Kembali | Rose & Jasmine Garden, Islamabad, Pakistan

Perghhhhhhh sekali pandang memang penuh dengan bunga ros kat Rose & Jasmine Garden ni. Dua kali pandang lagilah banyak yang nampak kan. hehe :) Musim bunga kali ni macam tak berapa nak jadi. Tahun lepas lagi best rasanya. Apa-apa pun masih ada banyak bunga ros untuk jadi santapan lensa kamera kali ini. Letak satu gambar dulu ya!

5 responses so far

Bunga “Flames of the Forest” Atau “Shoroli” Sedang Berkembang Mekar Di Musim Bunga Kali Ini | Faiz-ul Haq, Pusat Commercial Blue Area | Islamabad, Pakistan

Dah lama sebenarnya penulis memerhatikan bunga-bunga berwarna merah darah ini. Pokoknya yang besar akan menggugurkan kesemua daun-daunnya pada musim luruh. Ketika musim bunga tiba, pokok ini akan mengeluarkan bunga-bunga yang sungguh garang warnanya, warna merah darah. Habis musim bunga, terus berdaun macam biasa.

Beginilah keadaan musim bunga di Islamabad. Di mana-mana sahaja pokok-pokok besar sebegini akan mengeluarkan bunga-bunga yang sungguh banyak. Satu pokok penuh dengan bunganya sahaja, kadang-kala tanpa daun sama sekali. Apabila bunga-bunganya gugur, akan muncullah dedaunan hijau pula. Jika anda terlepas menikmati keindahan musim bunga pada kali ini, sila tunggu pada masa yang sama yakni pada Mac/April tahun hadapan.

No responses yet

Pokok Bunga Gerbera Kuning Sedang Mekar & Kumbang Merayap Di Pagi Hari, Di Laman Seri | Islamabad, Pakistan

Pagi tadi masa tengah sibuk-sibuk nak bersiap nak bersarapan, terperasan yang pokok-pokok gerbera kuning dan oren di laman dah mula berkembang mekar. Tak banyak lagi, ada la dalam 6-7 kuntum yang sedang mekar. Bila nak snap pic dengan iPhone terperasan juga dah banyak ladybirds berkeliaran merayap-rayap di taman kali ni. Memang musim bunga dah kembali. Sekejap je musim bunga ni, lepas ni masuk plak musim panas 48′c. hehe :)

8 responses so far

Tukang Gunting Rambut Bawah Pokok Paper Mulberry, Ala-Ala OldSkool Gitew! | Saidpur Village, Islamabad, Pakistan

Anda pernah gunting rambut bawah pokok? Mungkin suasana sebegini agak janggal di Malaysia, namun di Pakistan ianya adalah suasana yang begitu klise di mana-mana jua. Di mana sahaja ada pokok yang rendang dan redup, pasti akan ada tukang gunting rambut di bawahnya. Jom gunting rambut! Kos dalam Rs.30-50 rupees sahaja (RM1=Rs.30). Murah kan!

Pagi ini secara tetiba penulis ingin merakamkan suasana persekitaran tukang gunting rambut bawah pokok di perkampungan Saidpur yang popular di Islamabad ini. Bersama beberapa orang rakan, penulis singgah ke salah satu daripada “kedai” gunting rambut di bawah teduhan pokok mulberri yang ketiadaan daun dek kerana musim dingin. Tidak ramai pelanggan pada pagi ini. Hanya ada seorang pelanggan. Baru sahaj sebentar tadi seorang budak berlalu pergi meninggalkan kedai ini. Penulis gagal merakamkan aksi budak tadi digunting rambutnya. Mungkin lain kali :)

12 responses so far

Bunga-Bunga Peach & Pear Hijau Berkembang Mekar Bak Sakura di Musim Bunga Jepun | Perkampungan Bhurban, Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan

Saya letakkan dua gambar besar dahulu ya. Ceriteranya akan menyusul kemudian.

Ala2 teaser la ni :) Tak perlu pergi ke Jepun untuk menikmati bunga-bunga Sakura!

4 responses so far

Peach Flowers In Full Bloom | Bhurban Village, Bhurban | Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan

Perghhhhhh tak pernah rasanya dapat tengok bunga yang ala-ala Sakura ni kan. Ni bukan di Jepun, bukan juga di Korea. Tapi di Pakistan! Inilah dia pokok buah peach yang tengah rancak berbunga warna merah jambu. Memang seperti sakura lagaknya kan. Kat Utara Pakistan lagilah berlambak pokok bunga macam ni. Sekarang tengah kemuncak musim bunga. Bunga pokok apricot pun dah gugur ke bumi. Sekarang giliran bunga peach dan ceri. Lagi 2 minggu giliran pokok epal pula untuk berbunga!

4 responses so far

Pengalaman Memberikan Gambar-Gambar Pada Kanak-Kanak Afghanistan di Kawasan Setinggan di Islamabad, Pakistan

Pada pertengahan tahun lepas penulis telah singgah ke kawasan setinggan penduduk Afghanistan untuk bertemu dengan kanak-kanak Afghanistan (Afghan) dan merakamkan aksi-aksi mereka di hadapan rumah-rumah setinggan mereka. Mereka memang amat miskin, lihatlah sahaja akan rumah-rumah mereka yang diperbuat daripada tanah. Bekalan air dan elektrik sememangnya tidak cukup di sini.

Penulis sempat merakam beberapa gambar dan kanak-kanak ini memberikan kerjasama yang baik dengan penulis. Keluarga mereka juga ada bersama ketika itu. Bukan main berposing lagi mereka di hadapan lensa kamera tengah hari itu.

6 responses so far

Older Entries »