hujan atau panas, atau DDOS attack sekalipun, blog ini pasti akan diteruskan :)Posts RSS Comments RSS

Archive for the 'blog + bloggers' Category

Pepperoni Pizza Yang Besar & Lazat Di Atas Awan | The Monal Restaurant, Pir Sohawa, Margalla Hill | Islamabad, Pakistan

Live Update: 28 Mar ’12, 10.56pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Dah lama sebenarnya tak naik ke puncak Bukit Margalla dan menikmati hidangan enam di Restoran Monal ni. Kali terakhir masa last winter rasanya kot. Kali ni nak cuba pizza pepperoni ni pula. Duduk di atas katil yang berbentuk sofa, sambil layan angin sejuk, dipanah mentari tengah hari. Dapat pula pizza yang hebat ni, memang priceless!

No responses yet

Kambing Pun Nak Tumpang Naik Van Suzuki Sekali | Saidpur Village, Islamabad, Pakistan

Live Update: 28 Mar ’12, 9.01am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Di sini jangan tak tahu ya, kambing pun akan naik pengangkutan awam. Kalau anda membeli kambing, pastikan anda bayar sekali kos pengangkutan untuk kambing yang dibeli ke rumah anda. Ya. Kambing akan menaiki pengangkutan awam dan duduk sebelah manusia di sini. Apa perlu lori? hehe :) Lihatlah kedua kambing yang sungguh malu-malu untuk menaiki van suzuki tuh. Malu-malu kucing lagaknya!

No responses yet

Kedai Gunting Rambut Bawah Pokok Paper Mulberry | Saidpur Village, Islamabad, Pakistan

Live Update: 28 Mar ’12, 12.04am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Seperti yang dijanjikan, inilah dia rumah Pokok Paper Mulberry di Perkampungan Saidpur. Pokok ini kini tiada daun kerana masih musim dingin lagi. Pokok ini sudah semestinya berjasa kerana meneduhi tukang gunting rambut bawah pokok ini. Klasik kan kedai gunting rambut bawah pokok macam ni? Agak-agak retro gitu!

2 responses so far

Inilah Dia Pokok Paper Mulberry Jantan Yang Mengganggu Warga Islamabad Yang Alah Kepada Allergy Pollen | Saidpur Village, Islamabad, Pakistan

Live Update: 27 Mar ’12, 11.55pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Ketika musim bunga ramai juga warga Islamabad yang terpaksa memakai topeng, ini kerana rata-rata mereka alah kepada debunga halus Pokok Paper Mulberry ini. Pelik juga saya, CDA (Majlis Perbandaran) sebenarnya telah menanam dengan banyaknya pokok-pokok Mulberry ini di sekitar Islamabad. Mungkin juga suatu masa dahulu mereka kurang arif dengan akibat penanaman pokok ini. Pokok Mulberry ni besar sebenarnya. Senang ditanam dan rendang pokoknya. Nanti saya buat blog post berkenaan kedai gunting rambut di bawah Pokok Mulberry. Barulah anda akan dapat mengagak saiz Pokok Paper Mulberry ini.

No responses yet

Pesta Musim Bunga Telah Bermula, Tidak Ketinggalan Pokok Pear Depan Rumah Ni | Islamabad, Pakistan

Live Update: 27 Mar ’12, 11.46pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Pokok buah pear di depan rumah ni tengan rancak berbunga. Bunganya yang berwarna putih seakan-akan sama dengan bunga pokok epal. Musim bunga pokok pear ini sekejap sahaja sebenarnya. Pada mulanya kita akan nampak penuh satu pokok dengan bunga putih ini. Namun bila kelihatqn dedaunan musim bunga, bunga-bunga putih ini akan gugur dengan sendirinya, petanda musim berbunganya telah tamat. Saya rasa dalam 2-3 minggu sahaja bunga-bunga putih ini akan mekar sebelum gugur ke bumi.

No responses yet

Gulab Jamun Yang Sungguh Manis, Umpama Badak Berendam Disulami Gula | Rana Market, Islamabad, Pakistan

Live Update: 27 Mar ’12, 11.34pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Ini adapah salah satu daripada hidangan manisan yang popular di Pakistan. Namanya Gulab Jamun. Jangan tanya saya apa maksudnya kerana saya tidak tahu. Yang saya tahu bebola tepung diuli bersama dengan susu kerbau dan di bentuk seperti bebola kecil. Biasanya Gulab Ini dimakan semasa sejuk dan disajikan pada hari istimewa seperti hari perkahwinan dan sebagainya. Rasanya? Cukuplah saya katakan yang ianya terlampau manis dan kurang memenuhi selera tekak melayu seperti saya.

No responses yet

Maher Zain – Sepanjang Hidup | Vocals Only (No Music) Version

Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Ddan padamu ingin ku sampaikan
Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hhingga kau hadir membasuh segalanya
Oh, inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Kau anugerah Sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku
Berdoa kau dan aku di Jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh, inilah janjiku kepadamu

No responses yet

Signs Of New Life, Spring Is In The Air | Islamabad, Pakistan

Live Update: 25 Mar ’12, 10.45pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

Nampaknya pokok anggur penulis telah mula bertunas dan mengeluarkan buah anggur yang kecil. Diperhatikan pokok anggur ini tidak akan berbunga tapi akan terus mengeluarkan buah seperti di dalam gambar. Buahnya akan masak ranum pada Mei nanti. Buah yang berwarna ungu dan masam sekali rasanya, sesuai dibuat jam disapu roti sahaja :)

No responses yet

« Newer Entries - Older Entries »