Bunga “Flames of the Forest” Atau “Shoroli” Sedang Berkembang Mekar Di Musim Bunga Kali Ini | Faiz-ul Haq, Pusat Commercial Blue Area | Islamabad, Pakistan

Dah lama sebenarnya penulis memerhatikan bunga-bunga berwarna merah darah ini. Pokoknya yang besar akan menggugurkan kesemua daun-daunnya pada musim luruh. Ketika musim bunga tiba, pokok ini akan mengeluarkan bunga-bunga yang sungguh garang warnanya, warna merah darah. Habis musim bunga, terus berdaun macam biasa.

Beginilah keadaan musim bunga di Islamabad. Di mana-mana sahaja pokok-pokok besar sebegini akan mengeluarkan bunga-bunga yang sungguh banyak. Satu pokok penuh dengan bunganya sahaja, kadang-kala tanpa daun sama sekali. Apabila bunga-bunganya gugur, akan muncullah dedaunan hijau pula. Jika anda terlepas menikmati keindahan musim bunga pada kali ini, sila tunggu pada masa yang sama yakni pada Mac/April tahun hadapan.

Bunga-bunga Flames of the Forest yang ditanam dan tumbuh secara selari dengan jalan Faiz-ul Haq ini memang cantik. Bunganya akan sedikit termasuk ke bahu jalan. Para pemandu pasti akan menoleh untuk melihat-lihat akan kemerahan dan keindahan bunganya yang sedang rancak berkembang tatkala musim bunga pada 2012 ini. Penulis juga tidak terkecuali. Setelah sekian lama melihat bunganya yang kemerahan, inilah baru pertama kali penulis dapat berhenti dan mengambil gambar pokok Flames of the Forest ini.

Bunganya tidak berbau walaupun warnanya sungguh garang kemerahan. Namun begitu diperhatikan terdapat juga beberapa ladybirds yang hinggap di sekeliling kelopak-kelopak bunganya. Gambar close-up ladybird ada juga penulis rakamkan dengan kamera iPhone sahaja. Malas nak shoot macro tengah hari yang panas sebegini :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge