Bunga Epal Hijau Bertaburan Di Halaman
Live Update: 15 Mar ’10, 5.53pm PKT PST
From: Nokia E71
Author: KNizam
Baru perasan pokok epal ni kalau berbunga akan bertaburan sekali di bawah perdunya
So memutih je la bawah pokok ni hehe
X sabar2 siot nak tengok camner la pokok ni nak berbuah lebat nanti kan
Mesti lawa giler, main petik2 epal je depan rumah kan
8 responses so far
Assalamualaikum,
Bulan apa agaknya epal di sana berbuah? Wah, seronoknya…lepas makan strawberi, makan epal pulak. Lepas ni makan buah apa pulak?heh..heh
Reply
KNizam Reply:
March 15th, 2010 at 6:17 pm
zainal : insyaAllah lagi 2 bulan dah boleh petik la epal ni. di sini semua buahnya adalah bermusim. hehe
Reply
HIKMAH EPAL
Seorang Newton
duduk bersantai diperdu epal
sebiji epal jatuh
mencetus ilham
membuka gerbang ilmu graviti
dihurai hingga sampai tahap universiti
Maha Bijaksana Sang Pencipta epal
betapa dalam sebiji epal
menjadi kunci
khazanah ilmuNya
yang maha luas.
Seeorang aku
berdiri di laman
merenung putih halus bunga-bunga epal
bertaburan di perdunya
menghadam segala hikmah
“andai aku menjadi putik bunga epal
yang gugur dan hancur di permukaan bumi
tanpa perlu dihisab, alangkah bagusnya”
tapi aku bukannya putik bunga epal
kerana aku punya akal dan hati
sebagai hambaNya
aku terlalu amat bersyukur.
Newton dan aku
sebiji epal dan ratusan putik bunga epal
adalah sama – tetap jatuh dan gugur
apabila tiba masanya.
Reply
KNizam Reply:
March 17th, 2010 at 8:20 am
zainal : wahhh panjang giler ni. senang je nak buat blog di wordpress.com mmg cool! hehe
Reply
kalau dah buah hantar lah sikit kat Malaysia . .
Reply
KNizam Reply:
March 17th, 2010 at 8:21 am
noni : kat msia kan berlambak hehe
Reply
ya lah memang lambak kat malaysia, saja2 je mintak . . ;)
Reply
KNizam Reply:
March 17th, 2010 at 10:46 pm
noni : cisssss hehe
Reply