Bom Blasts di Lahore & Karachi Sebelum Iftar, Kehidupan di Bumi Asing Islamabad Ini Memang Menuntut Kita Untuk Menurut Gerak Hati, Jangan Berada Di Tempat & Masa Yang Salah, Selebihnya Hanyalah Tawakkal & Doa Sahaja

kehidupan di pakistan semakin hari semakin menarik. menarik bukan sebab apa. sebab kehidupan di sini penuh dengan warna-warni. banyak yang buruk daripada yang balik sebenarnya. namun saya kadang-kadang cuba juga untuk bersangka baik. acapkali saya berpesan kepada diri ini, takkan tiada perkara baik atau sesuatu yang saya minta di bumi asing pakistan ini?

semalam sesuatu yang penting berlaku pada diri saya. anda pasti tidak percaya jika saya katakan yang kehidupan di islamabad sebenarnya banyak diatur dengan gerak hati dan selebihnya adalah tawakkal dan doa sahaja. nanti saya ceritakan kenapa

malam tadi sebelum iftar bumi karachi bergolak lagi. beberapa tembakan kedengaran di empress market di karachi. terdapat beberapa siri letupan di sana. macam biasa media di sini akan cepat melabelkan ini sebagai low intensity explosion. sehinggalah terdapat kematian barulah media akan membalas dengan berita sebenar.

selang sejam daripada kejadian di karachi, timbul pula episod pengebom berani mati di lahore. pengikut syiah yang sedang berarak untuk upacara yaoum-e-ali di sana telah dikejutkan dengan 3 siri letupan pengebom berani mati. peristiwa sedih sebelum berbuka puasa ini berlaku di karbala gamay shah & bhati chowk lahore. saya belum pernah mendengar tempat ini lagi sebelumnya. lebih 20 orang telah mati malam tadi. suasana agak hingar bingat di kawasan perarakan tersebut. saya yakin akan ramai lagi mangsa cedera yang akan meninggal dunia. 3 siri letupan melibat IED iaitu improvised explosive device. kepala dua pengebom berani mati telah ditemui di tempat kejadian.

saya menikmati iftar berseorangan di rumah di islamabad sambil mata tidak pejam memerhatikan skrin tv yang acapkali membawakan siaran secara langsung dari karachi dan lahore. sudah banyak kali saya ke lahore dan sudah banyak kali juga saya mengalami situasi yang melibatkan gerak hati di sana. acapkali saya terselemat daripada siri pengeboman di sana, kuasa Allah menentukan segalanya kan.

selepas selesai solat maghrib saya bergegas ke masjid faisal, masjid terbesar di pakistan. masjid ini boleh memuatkan jemaah seramai 100,000 orang pada satu-satu masa. memang ramai bukan?

sayay masuk ke ruang solat utama. terdapat kain rentang yang dibina di dalam ruang solat utama. semuanya berwarna putih. terdapat begitu ramai manusia di masjid kali ini. mungkin inilah impak pada malam-malam terakhir di sini. ramai yang ingin bermalam di dalam ruang solat utama. saya perhatikan ramai yang memakai tag nama. saya cuma menjengah untuk mengetahui apa yang ditulis di tag nama mereka. namun gagal.

suasana pada malam itu sungguh kelam. ramai yang berbual-bual di luar masjid. tetiba azan berkumandang tanda sudah masuk waktu isya’ di islamabad. saya bangun untuk menunaikan solat sunat. keadaaan hawa yang agak panas memungkinkan saya untuk bersolat sunat betul-betul di sebelah kipas angin besar. di dalam ruang solat utama memang banyak kipas angin besar yang terpasang. saya kurang pasti mengapa pihak masjid tidak memasang aircond malam tadi. hawa yang panas menyebab saya berlengas semasa solat sunat

selesai solat sunat iqamah dilaungkan. kesemua jemaah telah siap sedia untuk solat isya’. saya rasa begitu tidak selesa. mungkin juga kerana hawa yang panas. mungkin juga kerana bau yang kurang menyenangkan di dalam masjid ini. mengapakah badan-badan mereka berbau sebegini? bukankah kebersihan itu separuh daripada iman, dan kita digalakkan untuk berwangi-wangian, agar tidak mengganggu jemaah yang lain dengan bau kita?

selesai sahaja sola isya, saya berdoa sebentar bersama-sama imam dan sementara menunggu solat terawih saya sempat solat sunat seketika. ramai sungguh manusia pada malam ini. biasanya kalau solat terawih hanya dalam 4-5 saf sahaja. namun pada malam ini lebih separuh masjid penuh dengan jemaah. saya mula rasa bimbang. bimbang sekiranya apa-apa berlaku di dalam keadaan jemaah yang ramai. saya berkira-kira untuk angkat kaki sahaja. namun saya perhatikan keadaaan sekeliling dahulu.

sebelum terawih akan diadakan sedikit bayan atau tazkirah dalam 15 minit begitu. saya tunggu tazkirah tersebut berakhir. namun hati saya masih lagi tidak tenteram. mana mungkin saya boleh fokus kepada solat saya jika hati saya meronta-ronta sebegitu. saya perhatikan tidak terdapat seorang pun bukan warga pakistan kali ni. ini lebih merungsingkan saya. menyesal pula datang ke masjid faisal malam ini. tiba-tiba imej pengeboman di lahore dan karachi menerjah ke dalam kotak fikiran saya

bagaimana jika ada pengebom berani mati di dalam ruang solat utama ini?

setiap seorang jemaah yang ingin memasuki ruang solat utama memang diperiksa oleh anggota keselamatan di pintu masuk solat utama. namun ini tidak semestinya berkesan. acapkali saya tengok dan lihat pengebom berani mati lolos jua ke dalam masjid, terutamanya di lahore dan karachi. aduh! susah sebenarnya kehidupan di bumi asing islamabad ini. hendak sembahyang pun masih perlu berkira-kira akan faktor keselamatan dan kesiagaan.

imej pengeboman yang masih segar sebelum iftar tadi sungguh tertanam di dalam benak fikiran saya. saya perlu lakukan sesuatu. mungkin inilah masanya untuk saya beredar keluar masjid menurut gerak hati saya. akhirnya saya sms kepada pemandu yang saya ingin pulang ketika itu juga. saya bergegas keluar dari ruang solat utama. dan segera mengambil crocs kelabu di rak kasut. saya terus ke kawasan tempat letak kereta. saya ingin pulang ke rumah. hati saya agak gusar malam tadi sebenarnya.

begitulah kehidupan di sini. kadang-kadang kita kena berani. dan kadang-kadang kita kena ikut gerak hati

bagi saya biarlah saya keluar dari masjid tadi.saya menunaikan solat terawih di rumah sahaja

jika ada bom pasti saya akan selamat, jika tiada bom sekalipun saya akan selamat juga, insyaAllah

kehidupan harus diteruskan, walau apa jua rintangan yang dihadapi sekali pun.

selamat berpuasa buat semua warga malaysia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 responses to “Bom Blasts di Lahore & Karachi Sebelum Iftar, Kehidupan di Bumi Asing Islamabad Ini Memang Menuntut Kita Untuk Menurut Gerak Hati, Jangan Berada Di Tempat & Masa Yang Salah, Selebihnya Hanyalah Tawakkal & Doa Sahaja

  1. nasib baik klik…ingat ke tajuk je panjang dan cukup
    rupanya ada kisah lagi…..

    pengalaman yang berharga tak semua orang akan rasa yang sama
    moga dilindungiNya selalu
    dimana pun bumi kita pihak, di sini, di sana, di situ….kita semua berserah pada Allah yang sama.

    Reply

    KNizam Reply:

    k jie ; hehe biasa la luahan perasaan melalui blog ni hehe 🙂

    Reply

  2. pulanglah.. pulanglah heheh

    Reply

    KNizam Reply:

    joe : muhahahhhaahha byk la ko hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge