bloggers pembohong? 80% wanita menganggur?

ni apa cerita la plak ni eh?

source – malaysia today

11/03: Adnan: Bloggers adalah pembohong, 80 peratus dari mereka wanita menganggur

Category: General

Posted by: Raja Petra

Abdul Halim Mohd Rashid
Harakahdaily

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis lalu (8 Mac) menyifatkan kesemua pengendali blog (bloggers) di dalam Internet sebagai pembohong dan 80 peratus dari mereka ialah wanita-wanita yang tidak mempunyai pekerjaan.

“Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita”.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jualan Murah GP Malaysia apabila ditanya mengenai tuduhan di dalam blog seorang penyampai TV. Mereka yang hadir pada mulanya terperanjat tetapi kemudiannya tertawa.

Beliau berkata, beliau mungkin akan kehilangan sebahagian pengundi wanita tetapi beliau tidak menarik balik kenyataannya atau membayangkan beliau hanya bergurau.

Beliau berkata, bloggers menyebarkan khabar angin, menganggu keharmonian sosial dan kebanyakan bloggers suka memfitnah dan menipu orang ramai melalui blog mereka.

“Kesemua bloggers tidak mahukan perpaduan nasional. Negara kita berjaya kerana kita bertolak ansur antara satu sama lain, jika tidak, akan berlaku perang saudara, Melayu membunuh Cina, Cina membalas dendan dan membunuh Melayu, orang-orang India pula akan membunuh setiap orang”.

Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya jangan mudah mempercayai bloggers dan memperjudikan masa hadapan kita kerana pencapaian kita setelah 50 tahun merdeka bukanlah sesuatu yang mudah.

“Kita mesti menunjukkan sikap yang positif, jika dunia belajar bersikap tolak ansur seperti kita, dunia akan aman, tanpa perang atau perang saudara”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge