Berpuasa Mengikut Lokasi, Adakah Kita Boleh Berpuasa Selama 31 Hari?

sebelum ni mmg aku x pernah la ambil pot pasal perkara ni kan

sekali terkena kat batang hidung sendiri. amik ko! ko ado? hehe

aku mula berpuasa di malaysia dan sekembalinya aku ke pakistan, aku dapati pakistan puasa sehari lambat

berpuasa mengikut lokasi & boleh ke puasa 31 hari ?

click sini nak tengok image besar

– – – – –  – – – –

bila time nak raya, sekali pakistan sekali lagi lambat 1 hari berbanding malaysia?

justeru perlu ke aku berpuasa pada hari ke-31 eh?

ke perlu berbuka mcm biasa dan makan2 sedangkan pakistan belum beraya lagi? hehe

jawapannya ada di bawah, siap copy paste bagai lagi

sumber di sini

Puasa mengikut lokasi

Rujukan: Abu Bakar Jabi al Jazairy (minhaj al muslim)

Soalan: Ada sedikit kemusykilan: Kita maklum bahawa Arab Saudi memulakan puasa sehari lebih awal dari negara kita. Bagi sesiapa yang mengerjakan umrah ketika itu bermakna telah memulakan puasa sehari lebih awal. Jika mereka kembali ke tanahair, dan menyambut Syawal (berdasarkan hisab) mengikut ketetapan negara kita, bermakna mereka telah berpuasa 31 hari sedangkan tidak pernah rasulullah berpuasa selama itu dan dalam kalender Islam pun sebulan hanya antara 29 dan 30 hari. Persoalannya perlukah mereka berpuasa 31 hari kerana mengikut pemerintah disesuatu tempat itu atau berhari raya mengikut Arab Saudi supaya berpuasa selam 30 hari sahaja.

Jawapan: Jumhur fuqaha’ tidak membolehkan kita berpuasa melebihi 30 hari. Dalam kes saudara, apabila saudara berpindah dari tempat asal bermula puasa, maka hendaklah menghormati tempat anda bermastautin (Malaysia).

Saudara hendaklah berbuka pada hari ke 31 secara sirri dan mengikuti upacara solat idilfitri untuk mengelak fitnah. Inilah pandangan jumhur fuqaha’.

semoga bermanfaat ya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431, MAAF ZAHIR BATIN

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 responses to “Berpuasa Mengikut Lokasi, Adakah Kita Boleh Berpuasa Selama 31 Hari?

  1. Pingback: Boleh Ke Puasa 31 Hari? | Hidup Biar Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.