Bencana Alam Mula Menimpa Malaysia – Banjir Di Kedah, Banjir Kilat di Penang & Tanah Runtuh di Penang

semalam aku tengok dalam berita

dah mula ada bencana alam kat negara kita

bencana sebegini berlaku tanpa diduga. berlaku dalam bulan ramadhan pula kan

aku turut simpati dengan mereka2 yang terlibat ie mangsa banjir di kedah dan penang

di penang siap ada tanah runtuh lagi.

dan tatkala bencana menimpa negara kita, ada pula wakil rakyat yang berada di luar negara ya !

ramai pula yang pergi tuh kan. huhu

walau apa pun alasan mereka untuk ke luar negara (mungkin nak mengelak 16 sep 2008), memang tidak boleh diterima di saat rakyat di utara semenanjung menanggung duka dek kerana bencana alam yang menimpa. what more dalam bulan puasa lagi !

tapi bencana yang menimpa mungkin tidaklah seteruk taufan ike yang bakal melanda haiti di cuba. taufan yang mengganas bakal merosakkan banyak harta benda kan. hehe

Waspada banjir besar

TABAH… Mariam Abdullah termenung mungkin memikirkan nasibnya yang perlu berkerusi roda kerana sakit tua, terpaksa pula meredah air banjir yang melanda rumahnya ketika waktu berbuka puasa di Kampung Batu 20, Jalan Yan, Guar Cempedak, Kedah. Bagaimanapun, warga emas berusia 90 tahun itu tetap tabah menunaikan ibadah puasa.– Gambar Ismail Kamadin


KUALA LUMPUR 7 Sept. – Penduduk di seluruh negara terutama negeri di utara Semenanjung diminta berjaga-jaga kemungkinan berlaku banjir besar ekoran hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Jabatan-jabatan kerajaan berkaitan kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dari segi anggota dan logistik bagi menghadapi banjir yang dijangka melanda negeri-negeri terbabit dalam tempoh terdekat setelah beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang mula dilanda banjir semalam dan hari ini.

Sehingga kini 1,573 penduduk di tiga daerah di Kedah iaitu Yan, Kuala Muda dan Pendang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak dua hari lalu.

Malah, seorang warga emas, Aishah Lebai Salleh, 75, dari Kampung Dulang Kechil Tengah, Yan menjadi korban pertama banjir di negeri itu selepas terjatuh ke dalam Sungai Dulang Kecil, pagi ini.

Di Pulau Pinang pula, banjir yang melanda beberapa kawasan rendah berikutan hujan lebat selama 10 jam menyebabkan kira-kira 177 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir semalam.

Bagaimanapun, mereka sudah dibenarkan pulang pagi ini setelah air mulai surut.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Jalan P. Ramlee, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang di bahagian pulau dan di tanah besar pula ialah Kampung Tok Suboh, Kampung Suluk, Sungai Batu dan Kampung Paya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ekoran amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi bahawa hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang sedang berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak dijangka berterusan.

Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Hamzah Abu Bakar berkata, pihaknya telah bersiap sedia dengan anggota dan keperluan logistik termasuk unit udara.

Katanya, selain Perak, Pulau Pinang dan Kedah, tiga lagi negeri yang berisiko tinggi dilanda banjir ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Bagi menghadapi sebarang kemungkinan, bomba mempunyai 60 unit udara yang diletakkan dalam keadaan bersiap sedia selain 300 anggota lagi sebagai kumpulan sokongan jika keadaan memerlukan.

“Ini tidak termasuk 60 bot penyelamat bagi operasi banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kemudahan logistik tersebut, jelasnya, membolehkan pasukan bomba melakukan kerja-kerja menyelamat sama ada melalui darat, air atau udara mengikut keperluan kawasan yang dilanda banjir.

Beliau berkata, bagi memastikan Jabatan Bomba dan Penyelamat merupakan pasukan penyelamat yang awal tiba, pihaknya akan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dengan Jabatan Meteorologi selain maklumat yang disalurkan oleh orang ramai ke bilik gerakan banjir.

Hamzah memberitahu, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat yang beroperasi 24 jam di talian 03-88880964 bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung banjir di seluruh negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah JPA3, Selamat Dahlan memberitahu, jabatan tersebut bersiap sedia dari segi tenaga dan keperluan logistik termasuk anggota sukarelawan bagi menghadapi kemungkinan banjir tidak lama lagi.

Katanya, selain itu semua bilik gerakan di negeri-negeri juga diarahkan supaya diaktifkan bagi membantu melancarkan kerja-kerja menyelamat mangsa di kawasan yang dinaiki air.

“Pada masa ini, kita memberi tumpuan terhadap Kedah yang dilanda banjir dengan menghantar seramai 50 anggota JPA3 yang berpangkalan di Yan.

“Kita jangka hujan akan beralih ke Pulau Pinang selepas ini, kemudian selatan tanah air dan pantai timur. Oleh itu tiada negeri yang terkecuali,” jelasnya.

Sementara itu di Kedah, kawasan lain yang turut dinaiki air ialah berdekatan kaki Gunung Jerai termasuk di Kampung Kaki Bukit, Kampung Teroi, Kampung Titi Laha, Kampung Kepala Bukit, Kampung Sungai Pasir dan Kampung Kepala Bukit Gurun. Penduduk kawasan itu mula dipindahkan mulai tengah malam tadi.

Jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan dijangka terus meningkat berdasarkan hujan yang berterusan dan hanya diramal kembali seperti biasa beberapa hari lagi.

Menurut Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Zulkifli Ramli, sebanyak lima pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Yan yang sehingga kini menempatkan seramai 1,115 mangsa daripada 255 buah keluarga.

Pusat-pusat berkenaan ialah Dewan Serbaguna Guar Chempedak seramai 138 mangsa, Surau Kepala Bukit (283 mangsa), Masjid Titi Teras (330 mangsa), Surau Teroi Bukit (206 mangsa) dan Masjid Pekan Teroi (158 mangsa).

Di Daerah Kuala Muda pula, sebanyak tiga pusat dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Bidong (331 mangsa), Surau Permatang Gedung (52 mangsa) dan Dewan Kampung Baru Bidong sejumlah 67 mangsa.

“Sebanyak dua keluarga melibatkan lapan mangsa di Pendang turut dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Paya Mengkuang,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, seramai 41 pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai Selasa depan di Sekolah Kebangsaan Teroi akan ditempatkan di sekolah itu dengan pengawasan guru.

Di Perlis, bilik gerakan banjir dibuka 24 jam bagi memantau sebarang kemungkinan.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, walaupun hujan turun setiap hari, kadar taburan hujan di Perlis ketika ini kurang 30 milimeter (mm) padu dan tidak membimbangkan.

“Apa sekali pun, semua agensi berkaitan sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini,” kata jurucakapnya.

Pada Disember 2005, 85 peratus daripada Perlis ditenggelami air yang dianggap kejadian banjir terburuk di negeri itu dalam tempoh 30 tahun.

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 responses to “Bencana Alam Mula Menimpa Malaysia – Banjir Di Kedah, Banjir Kilat di Penang & Tanah Runtuh di Penang

  1. Pingback: negaraku.net

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.