banyak A sebab soalan objektif ?

mungkin ada benarnya pendapat rakan kita ini kan

sumber – berita harian

Soalan objektif mudahkan pelajar dapat A

SAYA boleh dikategorikan sebagai orang veteran. Saya dapati perbezaan di antara pelajar cemerlang dulu dan sekarang cukup jauh.

Pelajar generasi sebelum merdeka hinggalah 1970-an yang mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP atau LCE), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM atau MCE) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM atau HSC) tidak begitu ramai yang cemerlang seperti sekarang.

Dulu, kalau memperoleh 2 atau 3 A sudah dikira cemerlang tetapi sekarang mereka yang mendapat keseluruhan A dalam semua mata pelajaran cukup ramai.

Bilangan 20,000 hingga 40,000 pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran adalah perkara biasa setiap tahun hingga untuk ke sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Matrikulasi atau melanjutkan pengajian lebih tinggi bukan lagi jaminan kepada pelajar cemerlang kerana tempat begitu terhad.

Dulu, seseorang pelajar yang bersekolah di SBP seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang terpilih disediakan tempat belajar di luar negara dan mereka berangkat ke sana sebelum keputusan MCE dikeluarkan.

Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah perbandingan kualiti sistem pembelajaran dulu dan sekarang kerana dulu boleh dikatakan semua peperiksaan dalam bentuk esei, tetapi sekarang kebanyakan soalan dalam bentuk objektif yang saya percaya memudahkan pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah kualiti pelajar generasi dulu lebih terserlah daripada pelajar sekarang. Walaupun generasi dulu tidak mendapat 10 atau 12 A, cara mereka berfikir dan bertutur serta menulis jauh lebih baik daripada pelajar sekarang.

SYED ABDULLAH OSMAN,
Ampangan, Seremban,
Negeri Sembilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 responses to “banyak A sebab soalan objektif ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.