Balik Kampung – Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 responses to “Balik Kampung – Sudirman

  1. Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran …..kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia…. semoga persaudaraan kita kekal dan sentiasa dalam redha Allah…..

    Ketupat diletak di atas para
    Rendang diletak di bawah titi
    Andai ada tersilap bahasa
    Maaf dipinta menyusun jari

    Adat jauh kata mengata
    Adat dekat puji memuji
    Andai ada tersilap kata
    Maaf dipinta sepuluh jari

    Sungai disusur sepanjang sehari
    Dalam gelap menangkap ikan
    Kami menyusun sepuluh jari
    Salah dan silap harap maafkan

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf zahir dan batin dari Abang Bear

    wassalam

    Beruang Madu’s last blog post..SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

    Reply

  2. sementara tgh boring nie, layan jer ar sudirman nie..huhu

    aman’s last blog post..Google Chrome 0.3.154.0 Boleh Di Muat Turun.

    Reply

  3. beruang madu : selamat hari raya aidilfitri 1429H. maaf zahir batin. 🙂

    Reply

  4. aman : hehe bestkan lagu neh selamat hari raya aidilfitri 1429H. maaf zahir batin. 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge