hujan atau panas, atau DDOS attack sekalipun, blog ini pasti akan diteruskan :)Posts RSS Comments RSS

Ahmad Mula Tugas MB

Ahmad mula tugas MB

Oleh Anwar Hussin, Hanneeyzah Bariah Baharin dan Rosli Ilham

Adun Kijal ingkar amaran kemungkinan dipecat daripada Umno

KEMAMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, yang menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kelmarin, akan memulakan tugas rasminya hari ini � bercanggah dengan kehendak pucuk pimpinan parti.

Ahmad dalam ucapan sulung di hadapan lebih 1,000 penyokongnya setiba di rumahnya di Kampung Teluk Kalong, Kijal di sini selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu, Kuala Lumpur, berkata beliau akan memasuki pejabat Menteri Besar di Tingkat 16, Wisma Darul Iman pada jam 10 pagi ini.

“Saya diberi mandat untuk menjadi Menteri Besar semalam (kelmarin). Jawatan ini amanah yang perlu saya pikul sebaiknya. Terima kasih seluruh rakyat Terengganu. Saya tetap akan menghormati pucuk pimpinan Umno negeri,” katanya.

Pagi semalam, Ahmad, 51, menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selama sejam di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.Ahmad dikatakan memasuki perkarangan istana, kira-kira jam 10.30 pagi, diikuti Tuanku Mizan sejam selepas itu. Beliau dikatakan meninggalkan istana menerusi pintu lain, kira-kira jam 12.40 tengah hari tanpa disedari wartawan yang menunggunya di pintu utama.

Pelantikan Ahmad yang diumumkan Pejabat Sultan Terengganu, Sabtu lalu, mencetuskan kontroversi apabila 22 Adun Barisan Nasional (BN) negeri ini sebulat suara mahukan Datuk Seri Idris Jusoh dilantik semula.

4 responses so far

4 Responses to “Ahmad Mula Tugas MB”

  1. noni says:

    apa nie! nak lantik BN pun masalah, mcm mana melayu nak hidup isy…isy…isy.

    Reply

  2. noni says:

    Alamak bukan BN lah, MB sorry!

    Reply

  3. kawaii_desu says:

    tu sajalah tu nak kata kat BN kn uhhuhu

    kawaii_desu’s last blog post..was away for treatment but came back wounded…

    Reply

  4. KNizam says:

    noni : tu la pasal. a pot calling kettle black la camni kan. haha :)

    kawaii : hahaha :)

    Reply

Leave a Reply