Adakah Kita Kekurangan Rancangan / Blog Berkenaan Tempat2 Pelancongan Menarik & Tempat Makan di Malaysia ?
fuh tajuk yang berat untuk christmas’e eve kan
apa2 pun aku nak tulis something pasal benda ni lah
aku plan nak pergi ke taman negara dan tasik kenyir
yes ! back 2 back backpacking adventure

p/s – ini gambar kat redang. x de kaitan dengan taman negara ok ! haha
so aku pun buat2 lah semua persiapan (initial works)
ye lah takkan nak main redah adjer.
karang terpaksa plak dok bawah pokok je karang kat taman negara
anyway apa yang aku nak blog kali neh mungkin topik yang agak berat la sket kan
bukkannya apa. korang sure boring je dengan topik2 yang santai je kan. haha
- – - – -
ok berbalik pada cerita planning aku nak bercuti ke taman negara dengan tasik kenyir back2back
aku rasa dalam internet x berapa banyak la resources pasal malaysia neh
dalam tv apatah lagi
kita dah merdeka lebih 50 tahun dan aku masih lagi terkial2 nak travel dalam negara sendiri
kadang2 bila aku nak pergi cuti2 malaysia rasa cam susah sangat
tapi kalau nak pergi overseas cam senang je kan. hehe
kenapa eh ?
kenapa x banyak rancangan pasal tempat2 menarik kat malaysia neh ?
kenapa x banyak rancangan yang mengengahkan pasal tempat2 makan kat malaysia ?
aku setiap hari tengok travel and living
hanya ada satu je rancangan pasal malaysia
tuh pun rancangan masak memasak chef wan – apakenamanyer ntah lupe teman !
kalau bukak je tv atau print media mesti pasal politik/hiburan
pasal artis tuh la. artis neh la.
pasal pilihanraya lah. pasal parti tuh parti neh.
bosan giler ok
hampeh je kan. haha
aku rasalah kan bukan ker banyak tempat2 menarik kat malaysia neh
kalau aku tak pergi ke redang/perhentian/sipadan surelah aku tak tahu yang malaysia neh ada pantai yang sungguh jernih.
dengan corals yang cun.
air laut dah macam kat mauritius ok !

so please lah sapa2 yang ada connection dengan production house ke
apa2 ke. haha
tolong lah banyakkan sket rancangan tv pasal cuti2 malaysia
so far rancangan tv yang boleh aku recall pasal cuti2 malaysia ialah
- 3 hari 2 malam – pernah keluar kat tv9
- destinasi bajet – kat 8tv. superb ! bajet ciput tapi melancong best giler. banyak tempat menarik dan tempat makan yang aku belajar via rancangan neh.
- majalah 3 – ni pun kat tv3. rancangan yang kadang2 ada pasal local attractions
- sarapan di mana – ni pun best. tempat dia pergi memang cool. bfast pun best
- the hoppers & ahli muzik – kat 8tv jugak. jangan terpengaruh sangat dengan muzik independent tuh ! cuba tengok tempat2 yang diaorang pergi dan tempat yang diaorang makan. mesti ada yg menarik !
- young travellers – kalo x silap kat tv2. bagus sebab banyak dok kat homestay rasanya.
- jalan2 carik makan – famous giler kat tv3 neh. dulu2 rancangan neh best sebab menonjolkan makanan tempatan kat satu2 tempat. tapi lately neh asyik tunjuk kat shopping malls je. hehe
- …..
sikit je kan.
sikit lah compared dengan rancangan yang ntah hapa2 ntah kan
apsal la sikit sangat eh ?
tu la pasal kadang2 korang akan nampak aku buat full coverage dalam blog pasal tempat2 yang aku pergi
dan tempat2 yang aku pergi makan
saja je nak promote tempat2 tuh sebab sedap dan menarik
hehe ke aku perlu join production house plak ?
hhaha
44 responses so far
yey! 1st comentator!
Reply
Sebab xbanyak tempat lagi aku pergi. stakat nie pulau perhentian is the best
Reply
Awesome la gambar2 tu bro.. Ko ambik guna kamera ape arr?? Kazen aku baru jer daftar blogspot.. http://sharmcaptured.blogspot.com
Blog dia pasal pelancongan.. Ko tgk laa..
Reply
betol tu.
aku sokong ko join production house!
byk sgt tempat perlancongan yang menarik kat malaysia ni yang belok diketengahkan.
Reply
moxs : haha ko mmg tunggu je kan. hehe
Reply
kampungboy : ko belum pergi sipadan ngan langkayan lagi tuh. hehe
Reply
onggon : pakai digicam je. hehe
Reply
pcuserz : hehe banyak kan local attractions yang belum ada coverage lagi. hehe
Reply
satu sbb production house tak buat, modal tinggi dan tak menjadi kegemaran majoriti untuk tontot.. bukan begitu?
ape pon khai dah pernah gi taman negara… hampeh.. indah khabar dari rupa….. tak tahu la sekarang ape cite……
leh usya entri lama ni..
http://justkhai.com/blog/trip-to-taman-negara-malaysia/
Reply
makan malaya dah ada treasure hunt malaya dah ada
jalan2 malaya plak lah lepas nih..cari la sponsor mcm redmummy tuh hehe
Reply
byk lagi tempat yang kite tak pi kat malaysia ni kan…
Reply
tak membantu sungguh aku ni kan?
Reply
pakcik plak memang akan review sesuatu tempat yang pakcik lawati.. memang pakcik akan tangkap gambo… nie lepas nie pakcik nak review pasal bercuti kat genting dalam blog pakcik
Reply
Betul tu. Kalau tunjuk macam JJCM kat TV3 tu, bru ni tunjuk tmpt2 kt Spore. Bukan sume org mampu gi sana!
Reply
ye! kita kekurangan rancangan tentang destinasi menarik kat malaysia nie, agaknya org malaysia gemar gosip2 kot.
one question is tiara beach resort ok tak?
Reply
aku setuju. memang kurang rancangan yang mempromosikan pelancongan di negara kita berbanding overseas.
yeah, ko patut join house production la bro
Reply
stesen TV kita sket jer kot…sbb tuh la tak banyak rancangan melancong..lgpon orang kita lg suka tgk artis dari pegi melancong..
Reply
khai : aku rasa market dia besar jugak sebab ramai yang minat pergi melancong neh kan. hehe
eh x best ke taman negara eh ?
boleh share sket tak ….
Reply
zamz : hehe banyak sangat la plak….. ko jadik guest writer lah. hehe
Reply
sawanila : tu la pasal kan. banyak giler tempat yang aku belum sampai. hehe:)
Reply
diyana : hehe ko memang. patutnyer ko record semua untuk rujukan orang lain. hehe
Reply
uncleg : hehe that’s the way lah. bagus ! hehe
Reply
myza : tuh yg sengal sket kan. patutnya tunjukkan la masak lemak cili padi terbest in town . hehe
Reply
noni : tiara beach resort saya tak pernah sampai lagi. so no comment. hehe
Reply
alone : hehe tu la kan sket sangat la info. aku nak melancong pun susah. haha
Reply
life4hire : hehe tapi aku tengok ramai yang suka melancong. hehe
Reply
Kalau aku ada duit aku nak buat cerita..
Berjalan bersama Blogger..
Huhuhuhuhu.. Ko jadi pengacaranya.. ha ha ha
Reply
wah blog dah hapgred laa.
giler… lame sungguh aku tak menghirup
udara dalam dunia blogger ni.. ekekek
sampai bersalji pon aku tak taw… miahaha
lame tak dengo citer bro… sihat ker?
sorry la.. lately ni, sebok skit.
nanti kalau ade mase, aku pon nak plan jejalan
carik pasal gak ar~ miahaha.. tengok gambar tuh cun!
Kreuger®
Reply
zool : ok gak idea tuh. boleh santai2 je kan. hehe
Reply
kreuger : hehe sihat saja ya
ko nak jalan2 katner plak lepas neh. …. hehe
Reply
aku cuti nie duk umah jer. Jeles lak baca artikel nie. Huaa..
BTW, memang kita kekurangan blog mengenai tempat pelancongan yang ditulis dalam bahasa tempatan. Hoho. Boleh gak aku join tulis, tapi aku bukan selalu gi berjalan. Haha.
Reply
ye anda betul.
kami sekeluarga biasanya terpaksa ambik masa yang lama untuk pikir nak ke mana bila ada cuti. Sebab macam tak tahu nak ke mana-mana. Macam malaysia ni takde tempat menarek padahal macam ada. Mungkin betul. Kurang informasi. terlalu kurang.
Reply
aman : tu la kan, kekadang aku nak buat planning pun tak cukup info. hehe
Reply
chika : tu la kan. seringkali kita ended up pegi tempat yang sama untuk melancong. hehe
Reply
Memang betul tu.Susah nk jumpa website pasal tempat2 pelancongan yg menarik kat Malaysia ni. Sama gak dgn rancangan2 kt TV. Jadi, camana nak galakkan rakyat Malaysia utk pegi Cuti-Cuti Malaysia kalau tak ada cukup info? Kalau program Jalan – Jalan Cari Makan tu tunjuklah tempat makan yang berpatutan, sesuai dgn citarasa rakyat Malaysia. Kt Seremban ada satu tmpt makan yg menghidangkan masak lemak cili api, memang best tempat tu. Nak makan masak lemak cili api otak lembu, rusa, ayam hutan, semua ada!Sodap pun sodap!
Reply
myza : tu la pasal. benci betul la bila nak bercuti nak kena planning. susah plak nak dapat info. hehe
Reply
aku suka berjalan…tapi aku tade geng nak berjalan…kalo ko pompuan bro…dah lama aku join ko jln2…aahhahaha…
Reply
amoi : ala selamba la buat solo travelling. hehe cool apa…
Reply
Aku sebenarnya tgh cari travelling buddies/couple, bosan seh asik berjalan 2 org jer (husband and I), tu yg terjumpa posting kau.
Ye, aku setuju, tak byk rancangan TV yg focus on cuti-cuti Malaysia. Mungkin takder budget kot? Yg aku paling suka Destinasi Budget la sebab host nya sempoi DAN sebab dia bagitau kita berapa budget yg kita perlu spent.
Pasal blog… hmm… ko dah bagi aku satu idea, utk kumpul all my ‘travel’ blog posting jadik sebuah ‘travel blog’.. maybe letak budget sekali.. :D ..
Reply
arni : wahhhhh nanti bagitau url blog tuh. boleh aku buat review kat sini ok. hehe
Reply
Homestay,bilik sewa kawasan taiping kamunting
Reply
KNizam Reply:
April 17th, 2010 at 4:54 pm
tampadu : wahhhhh homestay baru ke tuh. ada link ke eh ?
Reply
Salam. Artikel yang anda tulis ini memang ada benarnya. Pernah satu ketika kawan saya dari Melaka hendak melancong ke bandar Ipoh (kampung saya). Kawan saya tanya tentang tempat menarik di Ipoh. Walaupun dari kecil saya hidup di Ipoh, susah juga saya nak menjawabnya. Saya saya tengah buat blog kecil-kecilan tentang bandar Ipoh. Kalau ada orang tanya senang…
Reply
Salam. Sudilah tengok blok saya kalau buleh membantu…
[http://wira2u.blogspot.com]
Reply