A New Day for Malaysia : Post Malaysia’s 12th General Election 2008

good morning !

it’s a new day for malaysia indeed 🙂

i am sure you’ll find it difficult to buy any newspapers this morning

all newspapers will be sold like goreng pisang panas today ! haha

for those who win (or win big!), congratulation !

for those who didn’t make it, muhasabah yourself. cuba lagi okay ! hehe

i would like to thanks those people manned these links as they provide me with the latest information and result wrt to the 12th malaysia’s general election last night and early this morning. no thanks to all the mainstream media, you’re not relevant anymore ya ! 🙂

http://www.malaysiakini.com/
http://pru12.24xseven.net/
http://pru12.mcoba.org/
http://malaysiakini.jtwebsystems.com/
http://malaysiakini.aizuikmal.com/
http://malaysiakini.x10hosting.com/
http://malaysiakini1.takizo.com/
http://malaysiakini.exofire.net/
http://malaysiakini.pcriot.com/
http://www.harakahdaily.net/temp/

long live the internet !

long live the broadband !

power to the people ! haha

BN kekalkan kuasa dengan majoriti kurang

KUALA LUMPUR 9 Mac — Barisan Nasional kembali berkuasa dalam pilihan raya umum semalam tetapi kehilangan majoriti dua pertiganya buat pertama kali dalam sejarah dan tewas mengejut di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.

Pengundi memberikan kekalahan terbesar BN yang digabungi 14 parti itu sejak ia memerintah 50 tahun lepas dengan empat negeri jatuh ke tangan pakatan pembangkang — DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS — melalui gelombang umpama tsunami.

Walaupun bertubi-tubi berkempen di Kelantan, BN turut gagal merampas negeri itu daripada PAS yang telah menguasainya sejak 1990.

Pada pukul 5 pagi dan dengan hanya tinggal tiga daripada 222 kerusi Parlimen yang belum diisytiharkan keputusannya, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan bahawa BN memenangi 137 kerusi termasuk lapan yang dimenangi tanpa ditandingi pada hari penamaan calon 24 Feb lepas, sementara pembangkang memperoleh 82 kerusi yang tidak pernah tercatat dalam sejarah sebelum ini.

PKR yang hanya menang satu kerusi pada 2004 melalui Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memperoleh 31 kerusi, DAP 28 dan PAS 23.

Ia merupakan kemenangan terbesar yang pernah dirasai parti pembangkang dalam pilihan raya Malaysia, yang kempen kali ini diketuai oleh bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin umum Datuk Seri Anwar Ibarhim.

Pada pilihan raya 2004, BN menang besar apabila menguasai 199 daripada 219 kerusi.

Kubu kuat BN selama ini, Johor, Sabah dan Sarawak menyelamatkan kedudukan parti gabungan itu dengan menyumbang sejumlah besar kerusi Parlimen yang dimenangi.

Ia turut mengekalkan kuasa di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Sabah.

Memburukkan lagi keadaan ialah tiga parti komponennya — Gerakan, MIC dan PPP — hampir terhakis sementara MCA hanya menang 15 daripada 40 kerusi Perlimen yang ditandinginya.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas, ketiga-tiganya tumpas.

Perdana Menteri dan pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas sementara timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak menang dengan jumlah majoriti yang besar di Pekan.

Pada sidang akhbar pukul 2.20 pagi ini di Bilik Gerakan BN di sini, Abdullah ditanya sama ada beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan kekalahan teruk BN dengan kehilangan empat lagi negeri kepada pembangkang.

“Saya tidak tahu siapa yang sedang ditekan (untuk meletak jawatan), saya tidak akan meletak jawatan,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan pilihan raya umum ini menunjukkan rakyat hilang keyakinan terhadap kepimpinannya, Abdullah berkata:”Tidak…ini pendirian rakyat untuk menunjukkan pilihan mereka untuk tidak mahu memberikan kami majoriti dua pertiga.” Mengenai kekalahan beberapa menteri kabinet, Perdana Menteri berkata kekalahan mereka adalah biasa.

Abdullah yang menjadi Perdana Menteri sejak November 2003, berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Isnin untuk membentuk kerajaan baru.

Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Seri Zainuddin Maidin (Penerangan) dan Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah).

Di Pulau Pinang, di mana DAP memenangi semua 19 kerusi negeri yang ditandinginya, Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membentuk kerajaan negeri.

“DAP ingin menyatakan bahawa kami akan membentuk kerajaan baru secara bersama, berpakat dengan PKR. Kami akan menubuhkan sebuah kerajaan untuk semua rakyat Malaysia…Melayu, China, India dan lain-lain,” katanya.

Lim yang bertanding semula dalam pilihan raya selepas tujuh tahun, berikutan menjalani hukuman atas sabitan menghasut, memenangi kerusi Parlimen Bagan dan kerusi negeri kawasan Air Putih.

Beliau akan menyertai bapanya Lim Kit Siang yang mengekalkan kerusi Parlimen Ipoh Timor.

Satu lagi pasangan bapa dan anak di Parlimen ialah pengerusi DAP Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo yang menang di Puchong, sementara pasangan ibu dan anak pula adalah Dr Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah yang mengalahkan Shahrizat di Lembah Pantai.

Yang mengalami kekalahan paling teruk di Pulau Pinang ialah Gerakan yang terhapus terus di negeri ia bertapak itu.

Selepas 18 tahun menjadi Ketua Menteri, Dr Koh tewas di kawasan Parlimen Batu Kawan, sekali gus melenyapkan harapannya untuk menyandang jawatan dalam Kabinet.

Pemangku Presiden Gerakan itu berkata pada Jumaat bahawa beliau tidak akan menerima pelantikan sebagai senator jika beliau kalah.

Keseluruhan kepimpinan MIC dan Gerakan tewas sementara Kayveas kalah di tangan Ketua Pemuda DAP Nga Kor Ming bagi kerusi Parlimen Taiping.

– Bernama

ServerFreak Web Hosting Solutions

Loading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 responses to “A New Day for Malaysia : Post Malaysia’s 12th General Election 2008

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.