[9 Photos] Pekerja PTDC Motel Besham Mogok, Sadness Van & Kat Mana Nak Lunch Ni Haaaaaa ? | Northern Pakistan 2013 | Day 1/6 – Part 12

Setelah berjam-jam menelusuri Karakoram Highway, kami tiba juga akhirnya ke Besham. Kami singgah ke PTDC Motel Besham dengan satu tujuan. Nak makan tengahari. Dah lapar yang amat sangat. Pagi tadi last breakfast kat Abbottabad. Sekarang dah lapar. Boleh habiskan sepinggan Beef Chillies Fried Rice ni tau!

[ 1 ] Syazwan Othman Posing Depan Map KKH Yang Detail kat PTDC Motel Besham | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

“Eh apsal ramai plak yang lepak-lepak bawah pokok kat PTDC Besham ni ha? tanya saya.

“Depan tengah mogok tuh. Cuba ko tengok black arm band tu. Macam familiar kan? haha” jawab Syazwan Othman.

“Muhahahahahahahaa” saya tergelak.

Mustahil saya boleh terlupa akan black arm band tersebut.

Selalu jumpa kes-kes black arm band ni di Mirpur Mathelo.

Opsssssss 🙂

Sekali pandang sahaja saya dah boleh mengagak yang pekerja-pekerja PTDC Motel Besham yang lepak-lepak sambil memakai black armband tu sedang mogok. Mungkin mogok lapar ni. Ni mesti ada kes dengan pengurusan PTDC Motel ni. Masalahnya sekarang kat mana kami nak makan tengahari ni? Perut dah la tengah lapar. Takkan nak tunggu sampai ke Chilas baru nak makan. Jauh lagi la Chilas tuh kan. Hampir-hampir juga saya nak masuk ke dapur hotel dan masak sendiri untuk makan tengahari kami.

Polis tempatan yang mengiringi kami pun dah tiada. Tiada pula beliau bagitahu apa-apa berkenaan kes mogok lapar pekerja PTDC Motel Besham ini. Memang lumrah traveller tegar macam saya. Apa yang anda rancangkan akan biasanya ada yang gagal. Ada yang berjaya. Biasanya kalau kembara di Pakistan ni memang kena selalu bersedia. Planning-planning juga, kena juga bersedia dengan kes-kes yang tidak diduga sebegini.

“Takpe. Jangan risau. Kita blah la apa lagi” ujar saya.

“Kita nak pergi mana?” tanya Razli Isham dengan keadaaan 30% panik.

“Alah. Depan sana tuh mesti ada pekan lain. Besham Qala pun dah dekat ni. Lunch sana je lah! ” jawab saya.

Kami pun memecut laju terus ke Besham Qala. Sambil tuh nak singgah ke pekan Besham sekali nak isi diesel.

Apa-apa pun kita layan dulu gambar-gambar berskala besar travelogue kali ini di bawah ya !

[ 2 ] Menuju Ke Besham | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | iPhoneography via iPhone5 | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] PTDC Motel at Besham | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | iPhoneography via iPhone5 | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Pekerja-Pekerja PTDC Motel Besham Sedang Mogok Di Bawah Pokok. Ada Black Arm Band Tu | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | iPhoneography via iPhone5 | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Sadness F Van | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | iPhoneography via iPhone5 | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] PTDC Motel Besham | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 7 ] KKH Map at PTDC Motel Besham | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

[ 8 ] KKH Map Yang Detail at PTDC Motel Besham | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY SYAZWAN OTHMAN)

[ 9 ] Dah Takde Lunch, Kita Chow La Apa Lagi Kan. Lapar Dah Ni | Day 1 | The Beginning of the Long Overland Journey | Overland to Khunjerab Pass via Karakoram Highway | iPhoneography via iPhone5 | Summer 2013 | Road Less Travelled | Northern Pakistan 2013 | 19-24 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Catatan Pengalaman Northern Pakistan Adventure Trip 2013 bersambung lagi di edisi selepas ini ….. sabar ya !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge