[9 Photos] Chicken Corn Soup | Street Food | Autumn 2011 | Mall Road, Murree | Pakistan

Sup Ayam Jagung atau “Chicken Corn Soup”. Sedap dimakan atau dihirup di Mall Road, Murree.

Kunjungan saya ke Mall Road pasti tidak akan sah jika tidak singgah ke kedai “Chicken Corn Soup” yang satu ini.

Kedainya agak “simple” sahaja.

Tiada dapur panas yang kompleks.

Sumpah! Memang sedap “Chicken Corn Soup” di sini.

Ditambah dengan cili hijau potong yang pedas. Letak kicap sedikit.

Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan ketika Musim Luruh 2011 ini.

[ 1 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

Gerai makan “Chicken Corn Soup” ini dipunyai oleh seorang lelaki Pakistan yang berasal dari Baltistan.

Beliau memang selalu berniaga di sini. Saya terlupa nak ambil namanya.

Mungkin dek kerana terlalu lapar.

Terlahap dan terlupa bertanyakan namanya. Mungkin pemandu saya boleh ingat namanya.

Kemudianlah saya tanya akan bekas pemandu saya nanti.

Biasanya semasa Musim Luruh atau Musim Sejuk, saya dan rakan-rakan di Islamabad akan singgah ke Mall Road untuk bermain salji.

Selalu jugalah kami singgah ke gerai makan ini.

Terletak betul-betul di tengah-tengah Bandar Mall Road.

Rasanya berhadapan dengan Kedai Makan “White Onion Pizza”. Gerai makan “Chicken Corn Soup” ini hanya dibuka pada waktu malam sahaja ya.

Jangan bermimpi di siang hari untuk menjamah “Chicken Corn Soup” di Murree.

[ 2 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

[ 3 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

[ 4 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

[ 5 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

[ 6 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

[ 7 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

Eh siap ada inai dijari pula mamat ini.

Mesti baru lepas kahwin ni.

Ke memang depa ni sahaja-sahaja je letak inai.

Terlupa juga nak bertanya pada dia ini.

Banyak betul insiden terlupa tatkala sibuk menikmati “Chicken Corn Soup” yang enak di sini.

[ 8 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

“Chicken Corn Soup” di sini memang tak sah jika kita tak tambah dengan sedikit kicap, cili hijau jeruk ataupun sambal cili pedas.

Saya tidak gemar dengan sambal cili di sini. Rasanya lain sekali.

Saya cuma boleh tambah sedikit kicap dan cili hijau jeruk sahaja.

Itupun dah cukup untuk menambat selera mentekedarah “Chicken Corn Soup” di sini.

Cubalah nanti!

[ 9 ] Chicken Corn Soup | Street Food Pakistan | Night Life at Mall Road | Autumn Season 2011 | Murree Hills, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 01 10 2011 (PHOTO BY KNIZAM/KNIZAM.COM)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge