[8 Photos] Warna-Warni Dedaunan Pokok Chinese Tallow, Begitu Indah Sekali | Autumn 2011 | Marvi Rd., Berdekatan Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

Amaran!

Entri pada kali ini penuh dan sarat dengan gambar-gambar bersaiz besar.

Sila jangan layari blog ini jika kelajuan internet anda di paras biasa sahaja.

Jangan kata saya tidak beri amaran ya! hehe 🙂

[ 1 ] United Colours of Autumn Season 2011 | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Autumn 2011 | Near Marvi Rd, Jinnah Supermarket | Islamabad, Pakistan | 26 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM

Dah lama sebenarnya saya berhasrat untuk merakam keindahan suasana musim luruh di Islamabad.

Baru kali ini berkesempatan untuk mengambil beberapa keping gambar.

Tahun lepas tiada langsung agaknya gambar-gambar masa musim luruh.

Tak sempat nak ambil huhu.

Kesemua gambar-gambar ini dirakamkan sekitar Jalan Marvi, berdekatan dengan kawasan Jinnah Super.

Dekat betul dengan kediaman saya ini sebenarnya.

Saya hanya berjalan kaki untuk mengambil gambar-gambar musim luruh kali ini.

[ 2 ] United Colours of Autumn Season 2011 | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Autumn 2011 | Near Marvi Rd, Jinnah Supermarket | Islamabad, Pakistan | 26 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM

Sekarang ini pokok-pokok musim luruh ini sedang rancak bertukar warna dan akan gugur dalam masa dua minggu.

Selepas ini hanya akan tinggal ranting-ranting pokok sahaja, daun-daun akan muncul semula pada April 2012.

Saya lebih menyukai suasana ketika musim luruh jika dibandingkan dengan musim bunga.

Musim luruh punya warnyanya yang tersendiri.

Dengan dedaunan kemerahan menguasai suasana alam yang sejuk hawanya.

Mari kita layankan sahaja suasana musim luruh di Islamabad yang sempat saya rakamkan ya 🙂

[ 3 ] United Colours of Autumn Season 2011 | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Autumn 2011 | Near Marvi Rd, Jinnah Supermarket | Islamabad, Pakistan | 26 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM

Sampai sekarang saya tidak tahu akan nama pokok musim luruh yang sedang hebat warnanya ini.

Melalui pencarian di internet, penulis ada ternampak nama Basswood Tree.

Corak daun seakan sama, namun rupa pokok ada sedikit lain.

Basswood Tree banyak di Amerika sahaja sebenarnya.

Saya percaya pokok-pokok musim luruh di Islamabad dibawa ketika zaman pemerintahan British lagi.

Kita tidak akan ketemui pokok ini di Lahore ataupun di mana-mana bandar lain di Pakistan.

[ 4 ] United Colours of Autumn Season 2011 | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Autumn 2011 | Near Marvi Rd, Jinnah Supermarket | Islamabad, Pakistan | 26 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM

Banyak sebenarnya kawasan di Islamabad yang telah ditanam dengan pokok Basswood ni.

Rasanya ada lagi beberapa tempat yang tak sempat saya rakamkan keindahan warnanya semasa musim luruh kali ini.

Selepas ini mungkin saya akan keluarkan senarai tempat-tempat yang wajib dilawati semasa musim luruh di Islamabad.

Mungkin boleh dijadikan panduan untuk warga Malaysia yang bakal ke Islamabad selepas ini.

Best juga rasanya jika di Malaysia ada pokok sebegini, mesti berwarna-warni alam pada musim hujan.

Habislah kesemua daun-daun akan gugur serentak.

Mesti pokok pun akan confuse bila la nak bertukar warna tu kan. hehe 🙂

[ 5 ] United Colours of Autumn Season 2011 | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Autumn 2011 | Near Marvi Rd, Jinnah Supermarket | Islamabad, Pakistan | 26 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM

[ 6 ] United Colours of Autumn Season 2011 | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Autumn 2011 | Near Marvi Rd, Jinnah Supermarket | Islamabad, Pakistan | 26 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM

Nampak sungguh berserabut dedaunan dan ranting-ranting pokok di atas.

Dunia pun kadang-kadang berserabut di sini.

Penuh dengan liku-liku kehidupan yang mengundang kemarahan setiap hari.

Tapi bila balik kerja, menatap pepohonan musim luruh yang berwarna warni sebegini, hilang sedikit kepenatan dan kemarahan.

Terapi minda dan tenaga juga tatkala menatap keindahan Ilahi di depan mata sebegini kan?

[ 7 ] Pokok Chinese Tallow Yang Telah Bertukar Warna Musim Luruh. Lokasi di Tasik Rawal, Islamabad | United Colours of Autumn Season 2011 | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Autumn 2011 | Rawal Lake View Park | Islamabad, Pakistan | 26 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM

Saya suka dengan warn kuning dan hijau daun pokok di atas.

Hijau terang dan merah. Kuning pun ada.

Kadang-kadang kombinasi warna yang memukau sebegini jarang kita nampak di Islamabad.

Selepas ini akan gugurlah kesemua daun-daun pokok ini.

Petanda musim dingin akan menjelma.

Musim dingin di Islamabad agak sejuk dengan suhu pada siang hari mencecah 23’c dan malam hari boleh turun dengan mendadak sehingga ke 2-3’c sahaja.

Kalau tiada pemanas di dalam rumah, pasti akan mengigil kesejukan nanti ya 🙂

[ 8 ] Lihatlah keindahan Musim Luruh berdekatan rumah saya di Islamabad. Sungguh cantik, menarik & tertarik | United Colours of Autumn Season 2011 | Near Marvi Rd, Jinnah Supermarket | Islamabad, Pakistan | 26 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Gambar di atas dirakamkan pada tengah hari dalam jam 11 pagi.

Inilah dia Jalan Marvi di Islamabad.

Kelihatan dua warga Pakistan sedang berjalan kaki dari Jinnah Supermarket menuju ke Blue Area.

Yang berwarna hijau sebelah kiri itu adalah transformer elektrik ya.

Memang dibiarkan terbuka sebegitu.

Jika di Malaysia, pencawang elektrik berada di dalam kawasan yang berpagar, di sini transformer dibiarkan begitu sahaja.

Rasanya lagi seminggu kesemua pokok-pokok akan bertukar ke warna merah.

Mesti lagi cantik jika kesemua kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan warna-warna kemerahan kan.

Tak sabarkan rasanya nak merakamkan suasana ketika puncak musim luruh nanti.

Nantilah kalau ada masa dan tenaga, saya akan merakamkan sekali lagi jalan ini selepas 3 minggu 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 responses to “[8 Photos] Warna-Warni Dedaunan Pokok Chinese Tallow, Begitu Indah Sekali | Autumn 2011 | Marvi Rd., Berdekatan Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

  1. Cantik daun luruh.. tapi tulisan dah ada gaya formal sekarang ye….

    Reply

    KNizam Reply:

    zool : hehe mmg lawa sehhhh. actually semua entry formal aku letak tag http://knizam.com/category/jalan2x-melancong/ senang nanti nak copy paste buat e-book travelogue 2012. hehe 😉

    Reply

  2. memang cantik.. memang kagum! thanks for this entri!

    Reply

    KNizam Reply:

    man : hehehehehe last year aku x sempat snap pics masa autumn, leka nak snow je. hehe 🙂

    Reply

  3. cantik pakistan ni, kalaulah tak gaduh-gaduh, boleh beat korea, swiss dalam pelancongan

    Reply

    KNizam Reply:

    zany : yep sayangnya x berapa selamat kat sini hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge