[8 Photos] Capali Kebab, Warga Pasthun Dari Buner Yang Boleh Berbahasa Melayu & Tukang Urut Mobile | Summer 2011 | Restoran New Haji, Markaz F10, Islamabad | Wilayah Punjab, Pakistan

Malam ini agak malas untuk masak. Setelah seharian bekerja, mood untuk masak memang tiada. Saya meminta pemandu saya yang setia untuk membawa saya berjalan-jalan di sekitar Islamabad pada malam ini. Kami singgah ke Markaz F8 dan kemudiannya ke Markaz F10. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Perut telah mula berkeroncong. Walaupun tekak ini sudah tidak boleh menelan masakan Pakistani lagi, namun saya gagahkan jua untuk singgah ke Kedai Makan Pakistan, sudah semestinya di Islamabad, Pakistan.

[ 1 ] Capali Kebab Chicken at New Haji Restaurant | iPhoneography Adventure Trail | Summer 2011 | Sector F-8 Markas | Islamabad, Pakistan | 27 05 2011

[ 2 ] Capali Kebab Chicken at New Haji Restaurant | iPhoneography Adventure Trail | Summer 2011 | Sector F-8 Markas | Islamabad, Pakistan | 27 05 2011

Capali Kebab

Kami singgah ke Restoran New Haji (jangan tanya saya mengapa namanya sedemikian) untuk makan malam. Ada Capali Kebab yang dibuat atas permintaan pelanggan di sini. Saya meminta disediakan Capali Kebab Ayam manakala pemandu saya, yang sudah semestinya warga Pakistan memesan Capali Kebab kambing. Saya agak tertarik dengan proses memasak Capali Kebab yang agak unik di sini.

Tukang masak akan duduk sambil bersila (mungking kadang-kadang separa-bersimpuh) untuk menyediakan kebab ini. Harap maklum jika saya katakan kebab di sini, tidak bermaksud kebab yang anda selalu nampak di Malaysia. Ianya bukan daging-daging yang disusun berlapis-lapis dan dibakar. Seterusnya disiat-siat atau selalunya dipotong nipis-nipis sebelum di campur dengan bawang dan sedikit sayuran seperti di Malaysia. Capali Kebab di sini umpama daging burger yang besar sahaja. Terdapat campuran seperti daging burger bersama telur dan sedikit sayuran. Hirisan tomato juga diletakkan di atas Capali Kebab ketika di masak di atas kuali. Kuali untuk memasak Capali Kebab agak besar dan berbentuk bulat, jarang kita nampak kuali sebegini di Malaysia.

[ 3 ] Capali Kebab Chicken at New Haji Restaurant | iPhoneography Adventure Trail | Summer 2011 | Sector F-8 Markas | Islamabad, Pakistan | 27 05 2011

[ 4 ] Capali Kebab Chicken at New Haji Restaurant | iPhoneography Adventure Trail | Summer 2011 | Sector F-8 Markas | Islamabad, Pakistan | 27 05 2011

[ 5 ] Capali Kebab Chicken at New Haji Restaurant | iPhoneography Adventure Trail | Summer 2011 | Sector F-8 Markas | Islamabad, Pakistan | 27 05 2011

Nantilah jika saya ada masa, akan saya muatnaik video rakaman tukang masak yang sedang memasak Capali Kebab di Restoran New Haji Markaz F10 ini ya. Buat masa ini, cukuplah dengan beberapa keping gambar sahaja yang saya akan muatturun di sini untuk tatapan anda semua. Proses untuk membuat Capali Kebab ini agak ringkas dan cepat. Tidak sampai dalam 15 minit, siapkan kedua-dua Capali Kebab yang kami pesan. Kami duduk di kawasan lapang, untuk menikmati hidangan makan malam.

Bersama air Coca Cola dan Roti Naan yang baru dimasak, kami makan dengan berselera sekali. Roti Naan yang sudah semestinya panas-panas dicubit-cubit sedikit lalu dimakan bersama dengan Capali Kebab tadi. Macam makan burger sahaja rasanya, namun agak sedap juga. Capali Kebab ini dimasak dengan minyak yang agak banyak. Saya kurang pasti dengan kualiti minyak masak yang digunakan. Harap-harap bukanlah daripada minyak yang tidak berkualiti. Warna minyak yang sudah kehitaman lebih meyakinkan saya yang minyak ini kurang berkualiti dan mungkin telah berkali-kali digunakan. Hentam sahajalah Labu, moh kita makan!

[ 6 ] Capali Kebab Chicken at New Haji Restaurant | iPhoneography Adventure Trail | Summer 2011 | Sector F-8 Markas | Islamabad, Pakistan | 27 05 2011

[ 7 ] Capali Kebab Chicken at New Haji Restaurant | iPhoneography Adventure Trail | Summer 2011 | Sector F-8 Markas | Islamabad, Pakistan | 27 05 2011

[ 8 ] Capali Kebab Chicken at New Haji Restaurant | iPhoneography Adventure Trail | Summer 2011 | Sector F-8 Markas | Islamabad, Pakistan | 27 05 2011

Warga Pashtun Pakistan Yang Boleh Berbahasa Melayu Dengan Lancar

Sedang saya asyik menikmati makan malam bersama pemandu saya, saya disapa oleh seorang Warga Pakistani di dalam Bahasa Melayu. Owh dia ini boleh berbahasa melayu rupanya. Mulanya saya agak skeptikal. Namun setelah beberapa ketika berbual-bual dalam Bahasa Melayu, barulah saya perasan yang Rakyat Pakistan di depan mata saya ini memamg boleh berbahasa melayu dengan fasih sekali. Namanya Istiaq. Dia berasal dari Kawasan Buner, suatu tempat di atas sedikit dari Peshawar, bersebelahan dengan Saidu Sharif. Menurut kata-katanya beliau telah berkahwin dengan Rakyat Malaysian di Sabah. Patutlah telor Bahasa Melayu nya ada sedikit bunyi Orang Sabah bah.

Menurut Wikipedia, Buner terletak di dalam Wilayah Khyber Pakhtunkhwa atau KPK, yang dahulunya dikenali sebagai NWFP atau North-West Frontier Province. Entah kenapa saya lebih suka dengan nama NWFP jika dibandingkan dengan KPK. Menurut warga Pakistan tadi, ramai penduduk di Buner yang boleh berbahasa Melayu dengan baik. Segala-galanya bermula di zaman British dahulu. Kebanyakkan daripada mereka adalah askar-askar Gurkha yang dikerah ke Tanah Melayu untuk berkhidmat sebagai askar di sana. Mereka ini kemudiannya ada yang berkahwin dengan warga Tanah Melayu dan seterusnya keluarga mereka berkembang pesat.

Sedikit maklumat berkenaan Buner melalui sumber Wikipedia:

The Buner Valley lies on the Peshawar valley border of the Khyber Pakhtunkhwa. It is a small mountain valley, dotted with villages and divided into seven sub-divisions. The Mora Hills and the Ilam range divide it from the Swat Valley, the Sinawar range from Yusafzai, the Guru mountains from the Chamla valley, and the Duma range from the Puran Valley. Until the year 2000 it was a part of Malakand Division – until this division was abolished.

In April 2009, the Taliban seized control of Buner, after a brief battle with local residents, who were unsupported by the Pakistani army. Strict rules were reportedly being enforced, including the elimination of video stores, bans on cutting beards, and the prevention of women from appearing in many public places.[3] On 29 April the government responded to the Taliban by sending the army to the region and dropping parachuters by helicopter.[4] By the end of May 2009, almost all of Buner was cleared of the Taliban

Mereka kemudiannya pulang ke India (ketika itu Pakistan, Bangladesh adalah sebahagian daripada India) dan ada yang menetap terus di Buner. Begitulah sejarahnya bagaiman penduduk Buner ramai yang boleh bertutur di dalam Bahasa Melayu. Bangga sekejap saya tadi apabila mengetahu Bahasa Melayu adalah bahasa lingua franca. Saya ada terdengar yang  Bahasa Melayu juga ditutur di Negara Afrika Selatan.

Saya memberitahu Ishtiaq yang saya teringin benar untuk singgah ke Buner untuk bertemu dengan Warga Pakistan lain yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu di sana. Nantilah satu hari nanti saya akan singgah jua ke sana. Sudah pastinya saya akan berhubung dengan Ishtiaq nanti. Jika sudah sampai ke Buner, pastinya saya akan ke Kalam, Lembah Swat yang indah dan semestinya ke Tasik Mahodand yang sungguh unik di sana. Saya sudah lama mengimpikan untuk ke Lembah Swat yang diumpamakan seperti Mini Switzerland itu. Namun keadaaan kini yang tidak selamat tidak memungkinkan hal tersebut.

Tukang Urut Mobile

Sedang saya sibuk berbual-bual dengan Ishtiaq tadi. Muncul pula tukang urut mobile yang membawa sekali bersamanya minyak urut daripada mustard atau rapeseed. Minyak daripada mustard memang popular di sini. Tanpa berlengah, setelah habis makan, saya meminta tukang urut mobile tadi untuk mengurut tangan kiri yang sedikit terseliuh. Setengah jam diperlukan olehnya untuk mengurut tangan kiri saya. Upahnya hanya Rs.100 sahaja. Rm1=Rs.28 kini. Anda kiralah sendiri betapa murahnya perkhidmatan tukang urut mobile ini ya.

Makan sudah. Berbual dalam Bahasa Melayu pun sudah. Siap dengan dapat urut tangan kiri bersama Tukang Urut Mobile lagi malam ini. Menikmati Capali Kebab Ayam yang agak sedap bersama-sama dengan Roti Naan panas-panas, memang umpanya syurga dunia lagaknya. Saya akan ke sini lagi untuk menikmati makan malam. Mungkin juga akan menggunakan lagi perkhidmatan Tukang Urut Mobile. Harap maaf, saya terlupa untuk bergambar bersama Ishtiaq dan Tukang Urut saya tadi. Mungkin lain kali ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 responses to “[8 Photos] Capali Kebab, Warga Pasthun Dari Buner Yang Boleh Berbahasa Melayu & Tukang Urut Mobile | Summer 2011 | Restoran New Haji, Markaz F10, Islamabad | Wilayah Punjab, Pakistan

  1. saya berasa sangat lapar bila tengok video ni dan rasa nak ambil kunci kereta gerak ke mamak sekarang juga.. hoho

    Reply

  2. giler… layan dowh bacer citer hang ni.. tapi tang tukang masak tu kan.. aku yakin… konfem kak jie takkan makan makanan mamak berbulu.. hahaha..

    p/s: pengsan kak jie marah aku jap lagi ni. haha

    Reply

  3. panjangnya title ngn post.. hehehe
    nice one.. teringin pulak nak makan menda2 gitu.. lapaq

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge