[8 Gambar] Menikmati Doothpati Chai (Peshawari Chai) Sambil Duduk Di Atas Charpoy (Katil) Pakistan | Autumn 2010 | Haripur, Karakoram Highway | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan

Ini adalah pengalaman pertama saya merasai suasana musim luruh (secara penuh) di Pakistan. Saya bersama dengan dua lagi rakan warganegara Malaysia mengambil keputusan untuk menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan di Utara Islamabad. Berbekalkan dengan buku Lonely Planet (Pakistan & Karakoram Highway), kami berempat (termasuk pemandu) menelusuri Lebuhraya Karakoram yang terkenal menuju ke destinasi. Kami perlu keluar dari Islamabad. Sudah terasa bosan berada di Islamabad sebenarnya. Perlu merehatkan minda di luar Islamabad. Destinasi kami kali ini adalah bandar Mansehra, Shinkiari dan Balakot.

[ 1 ] Pemandu Kami yang Sentiasa Sibuk Dengan Telefon Bimbitnya | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothapti Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 | (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Teh adalah minuman paling terkenal di Pakistan. Teh dikenali juga sebagai Chai (Urdu). Doothpati (Susu Kerbau) Chai adalah teh hitam yang dimasak dengan sedikit gula dan susu kerbau segar di dalam periuk. Kemudian ditapis dan dihidangkan panas-panas di dalam cawan. Jika dibiarkan seketika, permukaan Doothpati Chai akan ada sedikit warna coklat gelap. Memang sedap. Pakistan adalah di antara negara pengimport teh terbesar di dunia. Namun ironinya di Pakistan tiada ladang teh secara komersil seperti di Sri Lanka. Doothpati Chai juga dikenali sebagai Peshawari Chai. Mungkin namanya diambil bersempena dengan nama bandar Peshawar yang terletak di barat Islamabad.

Nampak tak katil kayu tersebut ? Ianya dikenali dengan nama tempatan sebagai Charpoy (katil). Diperbuat daripada kayu sepenuhnya dan ada tali yang diperbuat daripada jut di atasnya. Charpoy memang banyak terdapat di Pakistan terutamanya di kawasan pedalaman dan kampung-kampung. Charpoy Hotel merujuk kepada hotel-hotel (atau motel) yang menyediakan charpoy untuk pelanggan duduk (atau tidur) sambil menikmati secawan Doothpati Chai atau ketika menikmati makan pagi atau makan tengah hari.

[ 2 ] Minum Chai Sambil Makan Pharata Cecah Dhal Kari di Tepi Lebuhraya Karakoram | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothapti Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Dapur Yang Simple Tapi Banyak Barang-Barang Keperluan | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothpati Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kali ini kami minum Doothpati Chai dan makan sekali dengan chapati dan kuah dhal kari. Dhal di sini memang agak kasar-kasar. Kalau di Malaysia, kuah dhal akan lebih halus atau dimasak sehingga hancur, namun di sini lain pula perihalnya. Dhal-dhal yang kasar-kasar masih berbiji dimasak dengan rempah kari masala. Roti chapati hendaklah dimakan panas-panas. Sila minta yang panas kalau tak nak sakit perut nanti 🙂 Klasik betul bila dihidangkan chapati di dalam bekas yang diperbuat daripada jut seperti dalam gambar. Ni kita breakfast di tepi jalan di Lebuhraya Karakoram ni sebenarnya.

[ 4 ] Buku Lonely Planet Pakistan Yang Amat Berguna | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothpati Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Inilah dia buku panduan saya sepanjang merantau dan berkelana di bumi Pakistan. Buku Lonely Planet Pakistan & Karakoram Highway. Dah macam belacan dah buku ni. Mana taknya, buku ni dibawa sahaja ke mana-mana. Kadangkala pernah tertumpah chai dan kari masala di atas helaian lembarannya. Nyaris-nyaris juga jatuh ke dalam sungai glacier di Tasik Saiful Mulook di Lembah Kaghan. Apa-apa pun saya memang berterima kasih dengan panduan yang disediakan di dalam buku biru kecil ini. Memang amat berguna. Saya boleh katakan yang maklumat terperinci di dalam buku ini adalam hampir 90% tepat.

[5 ] Susu Kerbau Fresh Dimasak Dalam Periuk Dengan Teh | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothpati Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Tuan Punya Kedai Merangkap Tukang Masak Doothpati Chai | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothpati Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 7 ] Penulis Bergambar Dengan Master Chef Dooth Chai Pakistan | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothpati Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Adli Sedang Melunaskan Bayaran di Dapur Yang Menyimpan Rahsia Kesedapan Doothpati Chai di Haripur | Weekend Trip to Mansehra, Balakot & Shinkiari | Doothpati Chai Break at Haripur | Autumn 2010 | Along the Karakoram Highway | Khyber-Pakhtunkhwa Province, Pakistan | 18 11 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Doothpati Chai Pakistan memang best, lemak berkrim disukai ramai. Susu kerbau yang fresh dimasak pula dengan teh hitam. Diminum panas-panas. Duduk di atas charpoy (katil kayu dengan jut) sambil mengadap kenderaan yang lalu-lalang di Lebuhraya Karakoram memang seronok. Sambil borak-borak dan berbual akan destinasi seterusnya bersama-sama rakan-rakan Malaysia dan pemandu dari Pakistan. Dunia terasa seperti terbehenti seketika. Hilang sekejap masalah dunia di dalam kepala. Rehatkan minda, tenangkan fikiran. Kita minum dulu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge