[6 Photos] Rindukan Ayam Golek Pantai Dalam, Kabuli Pulao Rice & Jinnah Supermarket F-7 | Spring 2014 | Kabul Restaurant, Jinnah Supermarket F-7 | Islamabad, Pakistan

Ayam golek Pantai Dalam. Ia. Saya terlupa nama kedai ayam golek yang berdekatan dengan Flat Bukit Angkasa jalan ke Pantai Dalam selepas kawasan RTM. Mungkin Ayam Golek Nara ? Inilah natijahnya apabila sudah lama sangat berada di luar negara. Sampaikan kedai-kedai makan yang sering saya kunjungi telah saya lupa namanya. Saya gemarkan ayam golek. Bukan sebarang ayam golek. Kenalah ayam golek yang ada rempah-ratus di dalamnya. Macam ayam golek di Pantai Dalam itu. Jadi semasa saya singgah di Restoran Kabul di Jinnah Supermarket di kawasan F-7 , saya terpandang ayam golek. Gosok biji mata sekejap. Takkan ada ayam golek di Islamabad ini ?

[ 1 ] Chicken Roast Yang Sungguh Menggiurkan. Nampak Macam Ayam Golek Pantai Dalam Kan ? | Farewell Ping Pong & Lunch at Kabul Restaurant | Rumah Wan F-7/4 & Jinnah Super Market F7 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 02 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Ya betul. Memang ada ayam golek di kedai makan di Islamabad. Sila lihat gambar di atas tanpa berkelip. Saya juga tidak berkelip. Saya belek-belek kedai ini. Saya perhatikan sekali mesin yang sedang panas. Ada ayam golek di dalamnya. Warna ayam yang digolek sungguh menggiurkan. Kalau ikutkan nafsu, harus terus sahaja saya membelinya sekarang. Tapi awas! Apakah rasanya. Adakah rasanya akan sama seperti ayam golek di Pantai Dalam ? Samakah rempah-ratus di dalam badan ayam ini ?

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli seekor ayam golek Islamabad ini. Kenapa seekor ? Supaya kalau tidak menepati citarasa, bolehlah saya sedekah sahaja kepada sesiapa yang menggemarinya. Saya balik. Saya bungkus seekor ayam golek. Tiba di rumah, owh rasanya. Rasanya tidak sama! Ada sedikit tawar. Tiada rempah-ratus idaman kalbu di dalamnya. Tiada serai yang melerai jiwa makan saya. Mestilah tiada. Inikan Islamabad. Ini bukan Pantai Dalam. Kau jangan nak bermimpi la Zam!

Ayam golek Islamabad ini dijual di Kedai Makan Kabul. Kalau dah datang ke restoran yang dipunyai oleh Rakyat Afghanistan ini, tidaklah sah jika tidak merasa Nasi Kabuli Pulaonya. Nasinya macam nasi minyak. Mungkin kurang minyak. Diletakkan hirisan lobak merah yang agak manis. Ada juga kismis (bukan kismis minda) ditaburkan di atasnya. Rasanya ? Memang sedap. Lagi sedap kalau dimakan dengan ayam masak merak dan jelatah. Owh! Come on Zam! Ini bukan Pantai Dalam. Ini Islamabad. Sila makan Nasi Kabuli Pulao ini dengan kuah dhal kari berserta khofta (semacam bergedil). Eh! Not that bad lah! Rasanya sedap juga. Tersengih-sengih saya melahap nasi ini bersama pemandu saya Shaheen Akhtar. Si Shaheen ini. Kalau dah makan makanan yang sedap, dah tak nampak saya di hadapan lagi dah.

Betullah kata orang. Bila kita dah hilang sesuatu tuh barulah kita akan menyesal. Owh ayam golek Pantai Dalam !

[ 2 ] Kabuli Pulao Rice, A Specialty at the Kabul Restaurant Jinnah Supermarket F-7 | Farewell Ping Pong & Lunch at Kabul Restaurant | Rumah Wan F-7/4 & Jinnah Super Market F7 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 02 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Pekerja di Kabul Restaurant Memasak Chicken Roast | Farewell Ping Pong & Lunch at Kabul Restaurant | Rumah Wan F-7/4 & Jinnah Super Market F7 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 02 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Menu Utama di Kabul Restaurant. Saya Order Kebab Sekali | Farewell Ping Pong & Lunch at Kabul Restaurant | Rumah Wan F-7/4 & Jinnah Super Market F7 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 02 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Sedap Juga Kuah Dhal Ni, Macam Karahi Je Cara Masak Dia | Farewell Ping Pong & Lunch at Kabul Restaurant | Rumah Wan F-7/4 & Jinnah Super Market F7 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 02 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Saya Rindu Ayam Golek Pantai Dalam | Farewell Ping Pong & Lunch at Kabul Restaurant | Rumah Wan F-7/4 & Jinnah Super Market F7 | Cold Spring 2014 | Islamabad, Pakistan | 02 03 2014 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Banyak lagi travelogue saya di mana-mana di sini ! 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge