[6 Photos] Pokok Bunga Amaltas Kuning Sedang Rancak Berbunga, Hati Juga Berbunga-Bunga Melihatnya, Umpama “Golden Shower” Membasahi Bumi | Jinnah Super Market di Sektor F7 | Islamabad, Pakistan

Saya dah selalu jalan-jalan, samada memandu sendiri atau bersama pemandu saya di area sini.

Memang dah selalu nampak pokok bunga ni. cuma belum tahu apa nama pokok bunga ini.

Tadi masa jalan-jalan memang sahaja sahaja bawa kamera digital nak ambil gambar pokok misteri ini.

[ 1 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Hasil kajian di internet saya perasan nama pokok bunga ni ialah pokok amaltas

Memang cantik kan. Umpama hujan emas (golden shower) membasahi bumi sektor F7 lagaknya.

Memang cantik struktur bunganya sebab berwarna kuning emas  dan jatuh mengurai ke bawah

[ 2 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 20 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)10 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010

Pokok bunga ini memang ditanam secara khusus di sepanjang jalan di sektor F7 ini.

Berdekatan pula dengan jinnah super market, betul2 dekat dengan rumah saya.

Memang cantik, dan pokok ini hanya akan berbunga pada musim panas sahaja.

Kalau terlepas mengambil gambarnya kenalah tunggu setahun lagi untuk dia berbunga.

Saya perasan lama juga musim bunga amaltas kuning ni sebenarnya. Dah dekat sebulan menguning.

[ 3 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Saya perhatikan kesemua pokok-pokok yang ditanam di islamabad memang ada musim masing-masing.

Kesemua landskap adalah tanggungjawab capital development authority atau CDA.

Ala-ala macam DBKL di bandar Kuala Lumpur lah mereka ini.

Kesemua pokok-pokok yang ditanam pelbagai rupa. Dan akan mengeluarkan bunga-bunga tertentu.

[ 4 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Saya paling seronok masa musim luruh nanti sebab ada banyak pokok-pokok musim luruh di sini.

Depan rumah saya pun ada pokok musim luruh sebenarnya. Daunnya akan bertukar warna nanti

Daunnya akan bertukar warna daripada warna kuning kepada oren kepada merah dan gugur ke bumi

Di bumi islamabad tiada salji yang turun. Ala2 dusty winter sahaja sebenarnya di bumi asing islamabad ini

Salji kali terakhir kelihatan turun di bumi islamabad pada tahun 2007. Salji nipis membasahi blue area

[ 5 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Blooming Yellow Amaltas Flower Tree during Summer 2010 | Jinnah Super F7, Islamabad, Pakistan | July 18, 2010 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Apa-apa pun saya memang seronok dengan suasana musim bunga dan musim panas di Islamabad.

Hampir kesemua pokok-pokok di sini ada musim berbunganya. Cuma kena perasan musimnya sahaja.

Nanti saya snap pula pokok-pokok lain. Tak sabar rasanya nak tunggu musim luruh.

Musim luruh tahun lepas saya tak sempat nak tangkap banyak gambar sebab masih baru di Islamabad.

Padahal masa tuh daun-daun pokok mulberri tengah bertukar warna menjemput musim sejuk.

Siaplah tahun ni nanti. hehe 🙂

– – — – – – – – –

Untuk melihat gambar-gambar yang lebih besar & jelas sila klik di sini ya

Boleh juga baca lebih lanjut berkenaan pokok amaltas di blog tempatan sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 responses to “[6 Photos] Pokok Bunga Amaltas Kuning Sedang Rancak Berbunga, Hati Juga Berbunga-Bunga Melihatnya, Umpama “Golden Shower” Membasahi Bumi | Jinnah Super Market di Sektor F7 | Islamabad, Pakistan

  1. hahaa bestnya aku takkan miss entri lagi.
    sebab dah ade blog RSS. hoyeah…

    jap jap.. hang pakai npon ape ni? terangnye. cantek bro

    Reply

    KNizam Reply:

    man : ala mcm la x biasa ni pakai digicam. hehe 🙂

    Reply

  2. hati yg tengok ni pon berbunga- bunga jugak =) lawaaa

    Reply

    KNizam Reply:

    luth : hehe tuh la kan. dah nama pun musim bunga kan hehe 🙂

    Reply

  3. betul…berkilau2 macam emas….gebu2 pula

    erk…suka betul dgn yg gebu2

    Reply

    KNizam Reply:

    k jie : mcm goldern shower je kan hehe 🙂

    Reply

  4. saya sangat suka pokok berbunga kuning ni… pertama kali tengok dah jatuh cinta.. Pokok ni ditanam dalam kawasan istana (skg istana ni dah ditinggalkan) aduhhhh sangat cantik bila berbunga .. menguning… tak nampak daun.. macam tanglung le plak..jatuh bertaburan ke bumi bak hamparan permaidani………. Begitulah ciptaan Illahi untuk kita nikmati..

    Reply

    KNizam Reply:

    halimah : mmg lawa kan. hehe 😉

    Reply

  5. ni buat ana tak sabar nak p sana.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge