455,000 Terjejas Bekalan Air di Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat !

hehe patutlah takde air semalam (malam tadi)

seb baik air tangki kat rumah aku masih banyak

kalo tak maunyer aku kena pergi mana2 air terjun pagi nehkan.

gi ke air terjun kemensah macam best je kan. hehe

susah woooo kalau takde air neh

takde elektrik boleh tahan lagi.

kalau takde air lagi payah. nak mandi

nak basuh baju. nak berak. haha

aku call syabas or puspel

seb baik la diaorang layan baeekkkkk punya

aku pun puas hati. aku call dalam kul 11 malam

diaorang bagitau ada masalah ngan pam air klang gate

estimated akan clear all semua kerja2 dalam kul 7.30 pagi esoknyer

hehe ok lah kan. aku puas hati

bila kita call diaorang yang penting kita nak tahu bila boleh ada air balik. hehe

aku paling benci kalau call customer contact centre

dilayan dengan machine. pastu manusia yang tanya balik soalan2 bodoh. haha

apa yang pentinggggg ? kerrjaaasaammmmaaaaa…. haha

seb baik la takde air kejap adjer.

kalau lama susah la kan.

syabas kepada SYABAS !

sumber utusan malaysia

14/02/2009 3:09pm

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Gangguan bekalan air melibatkan 455,000 pengguna atau 86,000 akaun di seluruh kawasan di daerah Sepang, Kuala Langat dan Hulu Langat terjejas mulai pagi ini.

Gangguan itu berikutan kerosakan injap 1,500 milimeter berdekatan Loji Semenyih di Putrajaya pada pukul 9 pagi tadi.

Daripada jumlah mereka yang terlibat, 31,000 pemegang akaun adalah dari 43 kawasan di seluruh Hulu Langat manakala di Kuala Langat membabitkan 25 kawasan dengan 35,000 akaun dan Sepang (13 kawasan utama, 20,000 akaun).

Sehubungan itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Merah sebagai tindakan awal menangani gangguan tidak berjadual itu.

Pengurus Besar, Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kerja-kerja pembaikan injap tersebut sedang dijalankan.

“Syabas juga telah menggerakkan 42 lori tangki dan 438 tangki statik untuk membantu pengguna-pengguna yang terlibat.

“Keadaan dijangka pulih pada petang esok. Sehubungan itu, para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang gangguan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Utusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 responses to “455,000 Terjejas Bekalan Air di Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.