[4 Photos] Hujan Sudah Mula Turun Di Bumi Islamabad & Dedaunan Pokok Maple Sudah Mula Kekuningan Luruh Ke Bumi, Petanda Pertukaran Daripada Musim Panas ke Musim Luruh | Autumn 2011 | Murree, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan

Hujan Turun Di Islamabad

Malam tadi hujan turun dengan lebatnya di bumi ajnabi Islamabad ini.

Sudah dua hari berturut-turut hujan turun.

Ada kalanya lebat dan ada kalanya gerimis sahaja.

Hujan pembawa rahmat.

Saya suka dengan suasana ketika hujan, juga selepas hujan.

Udara segar yang disedut selepas hujan sedikit sebanyak akan membuatkan kita terleka dan terhibur dengan keindahan ciptaan Ilahi.

[ 1 ] Dedaunan musim luruh sudah mula bertukar warna keemasan. Saya memang suka dengan suasana di musim luruh sebegini.

Kaitan Hujan Dan Peralihan Musim Di Islamabad

Hujan petanda musim luruh bakal tiba.

Di bumi Pakistan ini, hujan adalah petanda pertukaran musim.

Musim panas yang membahang bakal kita tinggalkan.

Selamat datang kepada musim luruh.

Musim luruh membuatkan hati saya kembali berbunga-bunga.

Mungkin ini yang dikatakan autumn in my heart agaknya.

Dedaunan Pokok Mapel Berguguran Ke Bumi

Daun-daun pokok maple juga telah bertukar warna daripada hijau ke kekuningan, tidak lama lagi kemerahan dan keguguran jatuh ke bumi.

Indah sungguh suasana alam tatkala kita dapat menikmati suasana dedaunan maple jatuh ditiup angin.

Saya ada berhasrat untuk merakamkan keindahan musim luruh di Pakistan sedikit masa lagi.

Musim luruh adalah musim yang berwarna warni.

[ 2 ] Suasana pagi di Kashmir Point berdekatan dengan Rumah Agam Gabenor. Sejuk masa ni sebenarnya 🙂

Indahnya Musim Luruh Di Sini

Hati siapalah yang tidak berbunga jika dapat duduk di bangku yang rusti.

Sambil rileks membaca buku, menikmati chai terhebat di dunia.

Se-sambil merakamkan keindahan dedaunan daun maple berguguran ke bumi kan?

Laksana syurga dunia lagaknya.

Kalau sempat saya ada berhasrat untuk meletakkan kesemua gambar-gambar keindahan musim luruh di bumi Islamabad di sini.

Musim Luruh Yang Singkat

Musim luruh di sini agak singkat, mungkin dalam sebulan setengah sahaja.

Musim luruh biasanya orang sudah mula sibuk untuk membeli pakaian sejuk untuk persiapa musim dingin nanti.

Saya sempat singgah ke kawasan percutian di Bukit Murree hujung minggu lepas.

Terlupa membawa jaket kerana saya sangkakan di Murree masih lagi musim panas. \

Sekali sejuknya sungguh mencengkam di malam hari.

Rupanya musim luruh tiba awal di Pergunungan Murree kali ini.

[ 3 ] Bunga-bunga kosmos yang cantik berkembang mekar menyambut kedatangan musim luruh di Murree kali ini.

Selimut Tebal Membalut Badan Kesejukan

Mujur saya sempat membeli kain tebal untuk membalut badan.

Ramai warga tempatan yang mengenakan selimut daripada wool ini.

Memang sungguh efektif.

Boleh lihat bagaimana sejuknya ketika saya menyaksikan matahari pagi di Pergunungan Murree di dalam gambar di atas.

Walaupun disinari cahaya matahari, namun sejuknya terasa sampai ke tulang!

Sup Ayam Jagung Yang Enak

Saya juga sempat juga menikmati sup ayam & jagung (chicken corn soup) di Pergunungan Murree.

Sedapnya tidak terkata.

Sudahlah perut telah berkeroncong.

Sejuk pula suasana di Murree.

Kena pula dengan sup yang panas-panas.

Oh sungguh nikmatnya!

[ 4 ] Penjual chicken corn soup ini berasal dari Baltistan di Utara Pakistan. Seringkali saya singgah ke kedai beliau bila saya berkelapangan ke Mall Rd di Murree.

Selamat Datang Musim Luruh Yang Nyaman

Selamat tinggal musim panas yang membahang!

Tiada lagi suhu panas sehingga 48’c di siang hari.

Selamat datang musim luruh!

Kepada dedaunan maple, sila jangan gugur pantas sangat, tunggu saya ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 responses to “[4 Photos] Hujan Sudah Mula Turun Di Bumi Islamabad & Dedaunan Pokok Maple Sudah Mula Kekuningan Luruh Ke Bumi, Petanda Pertukaran Daripada Musim Panas ke Musim Luruh | Autumn 2011 | Murree, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan

  1. nice place!!

    Reply

    KNizam Reply:

    yuliang : hehe thanks 🙂

    Reply

  2. Salam KNizam, cantiknye gambar2 saudara. Macam poskad 🙂

    Reply

    KNizam Reply:

    ijan : thanks gambar ko kat finland pun lawa2 hehe 🙂

    Reply

  3. Salam, gambar2 ni menunjukkan sisi Pakistan yang cantik dan indah. Tapi ada juga sisi yang kurang baik di sana… sekurang-kurangnya kita tau, orang Pakistan pun ada yang baik2, bukannya semua pengganas. 🙂

    Reply

    KNizam Reply:

    adamhawa : there’s a lot to see in pakistan selain drpd yang dipaparkan di media2 massa yang sampai ke msia hehe 🙂

    Reply

  4. serius gmbr cantik

    Reply

    KNizam Reply:

    juan : hehe thanks 🙂

    Reply

  5. Nice shots!

    Reply

    KNizam Reply:

    pn kamariah : terima kasih hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge