[22 Photos] Mendarat Di Airport Skardu (KDU), Panasnya Kat Skardu Ni! & Padang Pasir Rupanya Kat Sini | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | Day 1/4 Part 3

Alhamdulillah setelah 45 minit di udara, kami semua selamat mendarat di Lapangan Terbang Skardu di Utara Pakistan. Skardu terletak di dalam Wilayah Gilgit-Baltistan. Berdekatan dengan Tibet di China. Lapangan terbang ini terletak bersebelahan dengan gunung-ganang yang masih lagi dilitupi salji memutih. Pilot memberitahu suhu di Skardu adalah 30’c. Hah! Panas tu. Ingatkan suhunya bawah 15’c di Skardu. Baru rasa nak lari daripada suhu yang panas membahang 48’c di Islamabad.

[ 1 ] Airport Yang Dikawal Ketat Oleh Askar Pakistan. Askar tersebut Bukan Melambai Mengucapkan Selamat Datang ke Skardu. Tetapi Dia Melambai Memberi Amaran Supaya Jangan Mengambil Gambar di Lapangan Terbang Skardu | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Semasa mendarat saya dapati juruterbang begitu berhati-hati. Seriau sebenarnya masa mendarat tadi. Inilah kali pertama saya singgah ke Skardu melalui Pakistan International Airlines (PIA). Pada 2010 saya telah singgah ke Skardu melalui jalan darat, dari Jaglot (Gilgit) ke Skardu melalui Karakoram Highway. Perjalanan yang penuh berliku, selama berjam-jam, dengan pengalaman tanah runtuh dan sebagainya telah dipendekkkan dengan hanya 45 minit perjalanan melaui pesawat PIA Islamabad-Skardu (ISB-KDU).

Lapangan Terbang Skardu ni kecil sahaja sebenarnya. Tiada aerogate di sini. Selepas mendapat penumpang dikehendaki menaiki bas untuk ke Balai Ketibaan. Saya tak nampak sebenarnya di mana Balai Ketibaannya. Rasanya pesawat PIA ini pun diletakkan secara berhati-hati di lapangan terbang. Macam seolah-olah disorok pula rasanya. Mesti di atas faktor-faktor keselamatan ni. Nampak bas sahaja yang telah menunggu. Balai Ketibaannya tidak kelihatan langsung. Jangan panik. Pasti tiba nanti. Doa dan tawakkal sahajalah :).

Kawasan ini sebenarnya adalah kawasan larangan untuk mengambil gambar. Namun kalau dah namanya pergi melancong, takkan tiada gambar yang akan diambil. Kawasan sekeliling lapangan terbang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan Pakistan. Askar Pakistan berkali-kali melambai ke arah kami. Bukan melambai sambil mengucapkan selamat datang ke Skardu. Tapi melambai untuk memaksan dan menyuruh kami untuk tidak mengambil gambar lagi. Akhirnya kami akur dan simpan kembali kamera kami, untuk seketika sahaja ya.

Suasana dan suhu di Skardu agak panas. Saya menjangkakan yang suhu di Skardu adalah umpama awal musim luruh. Namun di sini panas juga walaupun tak sepanas di Islamabad pagi tadi. Nampaknya kami harus berpakaian macam musim panas di sini. Berpeluh dan berlengas juga. Cuasa musim panas yang agak kering. Risau kalau saya demam di sini. Tak sanggup nak ke hospital di wilayah terpencil seperti ini. Kalau di Islamabad, bolehlah juga digagahkan ke hospital Shifa di sana.

Apabila kita sampai, kita dikehendaki untuk mengisi sebuah buku besar di meja di dalam Arrival Hall. Seorang Polis Special Branch berpakaian salwar khameez akan memperkenalkan diri dan akan membantu kita mengisi butir-butir peribadi semua warga bukan tempatan. Pastikan anda telah ada passport kesemua rakan-rakan anda ketika ini. Jika tidak terpaksalah meminta pasport setiap satu daripada mereka. Akan membuang masa sebenarnya nanti. Saya terpaksa tulis satu persatu kesemua details kesemua penumpang Malaysia kali ini.

Selamat Datang Ke Skardu !

Heaven On Earth & Rooftop Of the World menanti anda !

[ 2 ] Esther & Noah Menuruni Pesawat PIA di Skardu Airport | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Pemandangan Padang Pasir Yang Tandus Semasa Kapalterbang Taxing di Skardu Airport | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Sesampainya Di Skardu Airport, Keluar Ikut Pintu Belakang | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Owh Rasa Macam Panas La Pulak di Skardu Airport Ni | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Kereta Bomba Standby Jika Ada Berlaku Kecemasan di Airport Skardu | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 7 ] 2 Bas Disediakan Untuk Mengangkut Penumpang ke Arrival Hall. Mana Arrivall Hall Ni? Tak Nampak Langsung Pun | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Pesawat PIA Dari Islamabad ke Skardu Selamat Mendarat Pagi Ini | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Cantik Airport Ni. Berlatarbelakangkan Gunung Ganang Yang Masih Bersalji | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Saduni Begitu Girang Setibanya di Airport Skardu 🙂 | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 11 ] En Amiri Bakar di Airport Skardu. Panas Ya En Amiri ? Hehe 🙂 | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 12 ] Semua Cepat Turun. Perut Pun Dah Lapar Ni Sebenarnya. Dah Pukul 1 Tengahari ni | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 13 ] Menaiki Bas Ke Arrival Hall. Cepat Sikit Ya Bhaijan. Lapar Dah Ni 🙂 | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 14 ] Anak Erick Pedro & Amiri Bakar Duduk Di Bahagian Hadapan Bas Ke Arrival Hall Skardu Airport | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 15 ] Padang Pasir Yang Tandus Di Skardu. Saya Sebenarnya Tak Perasan Yang Skardu Memang Banyak Tanah Tandus Sebegini Masa Sampai di Sini Pada Jun 2010 | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 16 ] Erick Pedro Dengan DSLR Beliau. Kena Beli DSLR Untuk Capture Keindahan Bumi Utara Pakistan Ni | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 17 ] Warga Tempatan Turun Dari Bas Sambil Berjalan Ke Arrival Hall Skardu Airport | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 18 ] Ramainya Manusia Nak Ke Skardu Ni, Panas Plak Tu Kat Sini. Berbahang dan Berlengas Panasnya | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 19 ] Semua Dah Sedia Dengan Troli Masing-Masing Menunggu Beg Dipunggah Ke Conveyor Belt Arrival Hall. Kecil Sahaja Airport Ni | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 20 ] Eh Nampak Macam Orang Asia La Depan Ni. Chinese Ke ? | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 21 ] Beg-Beg Yang Dipunggah Daripada Perut Pesawat PIA, Baru Tiba Di Arrival Hall Skardu Airport | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 22 ] Yes! Dah Nampak Dah Beg Merah Saya Yang Atas Sekali Tuh | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 06 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Selepas gambar di atas dirakamkan tiada lagi gambar buat masa ini di Lapangan Terbang Skardu. Kami dikehendaki mengisi borang dan buku besar berkenaan butiran terperinci kesemua rakyat malaysia di dalam kumpulan kami kali ini. Terdapat Special Branch Police yang membantu saya mengisi buku besar tersebut. beliau juga telah meminta saya untuk tidak lagi mengambil gambar di sekitar Lapangan Terbang Skardu. Kawasan larangan untuk mengambil gambar katanya. Saya akur. Kita tunggu gambar semasa dalam perjalanan menaiki coaster dari Lapangan Terbang Skardu ke Shangrila Resort Skardu selepas ini ya.

Catatan Pengalaman Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 bersambung lagi di edisi selepas ini ….. sabar ya !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge