[ 22 Photos] Dengan Hanya Rs.250 (RM10) @ 1kg, Anda Boleh Mengutip Sendiri Strawberi Yang Kemerahan & Masak Ranum | Spring 2010 | Ladang Strawberi, Chak Shahzad | Islamabad, Pakistan

Siapa kata di Islamabad tiada strawberi?

Bukan di Cameron Highlands sahaja yang ada strawberi ya. Malah di sini juga ada.

Banyak sekali, manis sungguh, murah pula harganya untuk 1kg di sini.

[ 1 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Minggu ini setiap kali ke pasar sayur dan buah di Rana Market, pasti ternampak strawberi yang masak ranum. Selepas bertanya beberapa kali, saya dapati sekarang adalah musim strawberi di Pakistan. Pelik juga kerana bukankah strawberi sepatutnya masak ranum ketika musim sejuk ? Biasanya kita akan disajikan dengan strawberri di Cameron Highlands dalam suasana yang nyaman dan sejuk. Namun di sini, permulaan musim bunga agak panas. Matahari dah agak terik.

[ 3 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Namun itulah yang berlaku di sini, di bumi Pakistan yang penuh dengan buah-buahan bermusim ini. Selepas musim oren yang sungguh enak dan manis rasanya, tiba pula musim strawberi di Pakistan. Saya pantas bertanya di mana boleh saya dapatkan strawberi yang segar dari ladang melalui pemandu saya. Pemandu saya yang sudah lali dengan kehendak saya yang sukakan sesuatu yang adventure, pantas menjawab:

“at Shahzad Town, sir! Very fresh strawberry, very cheap!”

Bagus!

Inilah yang saya idam-idamkan memetik sendiri strawberi untuk dibasuh dan dimasukkan ke dalam mulut sendiri.

Terus saya merancang untuk buat #TripStrawberry ke Chak Shahzad hujung minggu ini.

Hati dah mula berbunga-bunga. Dah la nak masuk musim bunga di Islamabad.

[ 5 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sesampai sahaja saya ke Shahzad Town saya merasa agak pelik kerana tidak nampak pun kelibat strawberi yang saya inginkan. Rupanya ladang strawberi ini tersorok di celah-celah ladang gandum yang sedang menghijau kini. Kebanyakkan ladang strawberi di sini diusahakan secara kecil-kecilan dan tidak besar ladangnya. Saya difahamkan yang ladang strawberi ini akan bertahan selama 6 bulan sahaja. Selepas ini, keseluruhan ladang akan ditanam pula dengan tanaman jagung.

Nikmatnya berbudi kepada tanah kan?

Penat lelah petani pasti terubat dengan kemunculan strawberi yang kemerahan dicelah-celah tanaman strawberi di ladang ini.

[ 7 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Satu lagi perkara yang saya rasa agak pelik di sini ialah bagaimana strawberi boleh tumbuh subur pada musim bunga?

Saya mati-mati ingatkan strawberi adalah tanaman pada musim sejuk.

Ini semua gara-gara selalu berkunjung ke Cameron Highlands lah ni kan.

Di sini strawberi di war-warkan tumbuh subur selepas musim sejuk dan semasa musim bunga. Tanaman strawberi di sini diusahakan di atas tanah sahaja, dengan batas2 khas. Batas-batas ini dibajak secara manual oleh tangan-tangan manusia dan juga kerbau di sini. Tak banyak ladang yang ada starberri di sini. Kena pandai pilih dan tahu siapa yang menanamnya. Bawa-bawalah berkenalan dengan penduduk tempatan di sini. Pasti tak rugi.

[ 9 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sekarang baru saya tahu kenapa strawberi yang saya selalu beli di pasar agak berpasir. Rupanya dek kerana strawberi di sini di tanam di atas batas-batas betul-betul di atas tanah. Berbeza dengan petani kita di Cameron Highlands yang menggunakan pepara jauh di atas tanah. Rasa strawberi di sini juga tidak kalah dengan strawberi di Cameron Highlands. Rasanya manis dan sedap. Rasa satu pasti nak lagi. Manakan tidak, dengan rasa segarnya. Dimakan pula di ladang strawberi, dipetik sendiri lagi.

[ 11 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 12 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Girang betul kanak-kanak di Shahzad Town ini menyambut kedatangan saya ke sini. Merekalah yang mula-mula sekali menyapa saya dan bertanyakan tujuan saya ke sini. Namun semua pertanyaan dijawab dengan senyuman sahaja. Manalah saya tahu berbahasa Urdu pekat ya! Sedikit2 tu boleh la. Hehe πŸ™‚

Urdu nehi bhaijan. Urdu tora-tora” ujar saya kepada mereka.

[ 13 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 14 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Diperhatikan strawberi di sini warnanya amat merah juga. Tidak banyak beza dengan teksturnya dengan di Malaysia. Malah saya rasa lagi merah juga dibandingkan di tanahair. Lagi satu di sini memang sah-sah lah organik sebab menggunakan baja tahi lembu dan kerbau sahaja. Mereka tidak mampu untuk menggunakan baja kimia yang bisa kita gunakan di Malaysia ya.

[ 15 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 16 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tu dia, hati siapalah yang tidak berbunga-bunga melihat strawberi yang penuh satu raga kan. Bukan semua yang saya petik ya, saya petik semangkuk kecil sahaja. Kesemuanya telah dipetik awal tadi dan diletakkan di atas charpoi (katil kayu) di tepi ladang. Petani di sini sudah memetik kesemuanya sedari selepas solat fajar (solat subuh) di sini. Mana mungkin saya mampu mengutip sebanyak itu di dalam masa yang singkat di bawah terik mentari jam 10 pagi.

[ 17 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 18 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Lihatlah kepada alat penimbang yang digunakan. Sungguh klasik, hanya berlandaskan pada tangan sahaja. Sungguh mudah juga kan. Saya rasa kesemua timbangan macam terlebih 1kg. Sebab ditimbang secara agak-agak di sini. Satu hari petani di sini boleh menuai sejumlah 20-30kg strawberi di waktu pagi. Kesemua dijual secara borong di pasar-pasar di Islamabad dan ada juga dihantar ke bandar lain. Harga di sini ialah Rs.250 satu kg. Dalam rm10 sahaja. Sungguh murah dan segar !

[ 19 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 20 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Saya sempat memberikan sedikit wang kepada petani disebabkan keramahan dan sifat bersungguh-sungguh beliau menerangkan berkenaan ladang nya, walaupun tahu yang saya langsung tidak tahu berbahasa urdu dengannya. hehe πŸ™‚

[ 21 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 22 ] Strawberry Season & Strawberry Picking With The Locals | Spring 2010 | Chak Shahzad Farm | Islamabad, Pakistan | 14 03 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sekian sahaja laporan ringkas percutian pantas di ladang strawberi Shahzad Town Islamabad. Kalau ada rezeki lepas ini kita akan menuai gandum juga. Oh lupa! Di sebelah ladang strawberi ini juga ada ladang pokok plum. Pokok plum sedang berbunga dengan lebat sekali. Dan saya terlupa untuk mengambil gambar pokoknya !

Tahun depan saya akan datang lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 responses to “[ 22 Photos] Dengan Hanya Rs.250 (RM10) @ 1kg, Anda Boleh Mengutip Sendiri Strawberi Yang Kemerahan & Masak Ranum | Spring 2010 | Ladang Strawberi, Chak Shahzad | Islamabad, Pakistan

  1. aku tengok gambar je bro..tak baca entri..dah cukup memukau dan mengiurkan..tak macam kat Cameron..hahaha, segar dan ranum…adoi..

    Reply

    KNizam Reply:

    izzat : sedap wooooo fresh plak tuh baru lepas petik sendiri kan hehe πŸ™‚

    Reply

  2. wow! mengggggggggg-air-liur-kan!

    Reply

    KNizam Reply:

    tmu : haha kalau ko ada kat sini lagi lah terliuqqqq woooo hehe πŸ™‚

    Reply

  3. pergh……….

    Reply

    KNizam Reply:

    topo : haha cukop cisdel tak kemerahannya hehe πŸ™‚

    Reply

  4. bilalah saya nak merantau… sedapnya!

    Reply

    KNizam Reply:

    zul : ada rezeki nanti merantaulah ok hehe πŸ™‚

    Reply

  5. warna merah tu menyebabkan rasa terliur sesangat… πŸ˜€

    Reply

    KNizam Reply:

    beliamuda : tu la kan. mmg tak boleh tahan wooooo hehe πŸ™‚

    Reply

  6. kalau bawak balik, xpe la jugak. ni yg dengki ni. hahaha.

    Reply

    KNizam Reply:

    abdus : hehe x sempat la. dah makan pun tadi hehe πŸ™‚

    Reply

  7. memang nampak segar n sedap…

    Reply

    KNizam Reply:

    meria : manis wooooooo mmg rangup hehe πŸ™‚

    Reply

  8. Memang geram tengok merah strawberi tu! perghhh… Kalu 4 season country memang harvest strawberry masa summmer.

    Reply

    KNizam Reply:

    sam : hehe puas giler ah makan stoberi pakistan ni hehe πŸ™‚

    Reply

  9. Assalamualaikum,
    Wah, merah dan ranum…Selain dimakan begitu sahaja, apa lagi cara warga di sana makan buah tu. Kalau durian kita boleh buat lempuk dan tempoyak. Ada tempoyak strawberi ke? Heh,..heh..

    MERAH STRAWBERI: CINTA DAN AIR MATA

    merah strabery menggamit jiwa
    ranum cinta tak terpetik lagi
    terhampar pada ladang kasih
    dalam senyum mesra
    anak-anak gadis memetik cinta mereka
    lembut jemari mengusap kasih strawberi
    aku menjadi keliru
    antara merah strabery
    dan merah darah
    mengalir bersama air mata
    lewat bom jangka
    membunuh cinta
    meragut kasih
    aku terpana!

    Reply

    KNizam Reply:

    zainal : merah merah sungguh. manis pula hehe πŸ™‚

    Reply

  10. hang memang saja nak bagi aku jeles la ni.
    series memang jeles sesangat… memang berjaya
    la buat aku jeles… insyaallah.. panjang umur
    duit banyak.. aku nak pergi mekah.. amin~

    Reply

    KNizam Reply:

    man : ala ada rezeki nanti jadi expat la hang. by that time hang dah x pandang kitaorang dah hehe πŸ™‚

    Reply

  11. merahnyerrr nampak macam sodapp jerrr.. ehehe

    Reply

    KNizam Reply:

    en_me : mmg sedap en_me hehe πŸ™‚

    Reply

  12. mak oiii…stroberiii… masak ranumm…
    nnti balik Mesia jangan lupa bawak balik sebakul dua yer!!

    Reply

    KNizam Reply:

    needa : hehe sedap woooooo segar giler hehe πŸ™‚

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge