[21 Photos] Memetik Oren di Ladang Oren Khanpur (Daerah Haripur), Biji Gandum Yang Masih Hijau & Oren Pakistan Yang Kemerahan | Ladang Oren Khanpur | Winter 2010 | Punjab Province, Pakistan

Pernahkah anda terlintas yang Pakistan mempunyai ladang oren yang maha luas?

Saya seperti juga rakan-rakan rakyat Malaysia yang lain tidak terlintas di hati yang Pakistan sememangnya mempunyai ladang oren. Malah saya juga tidak tahu yang Pakistan sebenarnya adalah negara yang mempunyai empat musim sehinggalah saya menjejakkan kaki ke bumi Islamabad pada Oktober tahun lepas. Memang luas ladang oren yang saya singgahi kali ini. Penuh dengan buah oren yang masak ranum sungguhpun sudah sampai ke penghujung Musim Sejuk.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran di Pakistan adalah bermusim. Justeru jika mahu makan oren, paling sesuai ialah pada musim sejuk. Musim sejuk di sini biasanya berlangsung pada Oktober hingga ke Mac setiap tahun. Kalau terlepas menikmati buah oren yang masak ranum sebegini, jawabnya kenalah tunggu pada Musim Sejuk tahun hadapan sahaja. Pakistan tidak akan import buah oren dari negara luar ya.

[ 1 ] Pintu Masuk Ke Ladang Oren Khapur | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[2 ] Pemandu Saya Shaheen Akhtar Sedang Memetik Limau Yang Masak Ranum | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tetapi pada tahun ini musim sejuk agak lewat sedikit. Faktor pemanasan global agaknya mempengaruhi waktu musim sejuk yang lambat tiba di bumi Pakistan tahun ini. Hati siapalah yang tidak terpaut dengan suasana ladang oren yang begitu ceria dan sememangnya berwarna oren. Sesiapa sahaja yang melalui jalan di Khanpur ini pasti akan teruja dan tidak dapat tidak berhenti untuk memetik oren di sini

Ladang-ladang oren di sini hanya dipagari dengan batang-batang pokok dan ranting-ranting kayu sahaja. Namun awas! ranting-ranting kayu tersebut adalah berduri dan boleh melukakan sesiapa yang cuba menceroboh ladang oren di sini. Sila lihat gambar di atas untuk melihat sendiri pagar berduri semulajadi tersebut. Tajam juga duri-duri yang memagari pokok-pokok oren di sini.

[ 3 ] Punya La Banyak Limau Kat Sini | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Geram Je Kan. Rasa Nak Lepak Atas Pokok Ni Sambil Makan Limau | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Saya sememangnya pernah lalu di sini ketika dalam perjalanan ke Abbottabad bulan lepas. Namun dek kerana kesuntukan masa, saya tidak sempat untuk berehat seketika di Khanpur dan menghabiskan masa di ladang oren Khanpur ini. Namun saya memberitahu kepada pemandu saya yang saya harus kembali ke ladang oren Khanpur untuk memetik sendiri oren di sini. Tertunaila hasrat saya itu pada hari ini. Yeay!

Ladang oren di Khanpur sememangnya amat popular di Pakistan. hampir kesemua oren Pakistan yang dieksport adalah dihasilkan di ladang oren Khanpur. Mungkin bumi Khanpur agak subur kerana terdapat empangan Khanpur berhampiran ladang ini. Air rasanya bukanlah masalah utama di sini, hatta ketika musim dingin yang kering sekalipun. Bumi Pakistan ini memang subur. Saya perhatikan mereka boleh tanam gandum di celah-celah pokok oren ini. Struktur tanah juga agak kering di luar namun lembap di dalamnya. Daripada warna tanah sahaja saya dapat mengagak yang tanah di sini agak subur.

[ 5 ] Perghhhh Memang Geram Kan Tengok Limau-Limau Yang Masak Ranum Ni | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Justeru pada minggu lepas, pada hari Sabtu yang cerah, tiada tanda-tanda hujan akan turun, saya bersama pemandu segera ke Khanpur. Perjalanan dari Islamabad ke Khanpur mengambil masa kurang daripada dua jam sahaja. Kami melalui pekan Taxila sebelum singgah ke Khanpur. Di sepanjang jalan boleh didapati kesemua gerai-gerai yang menjual oren. Saya diberitahu jika ingin merasai rasa oren asli di Pakistan, wajib singgah ke ladang oren di Khanpur.

Kita tidak digalakkan untuk membeli oren-oren yang dijual di gerai kerana dikhuatiri ditipu penjual. Terdapat penjual yang mencampurkan oren Khanpur dengan oren di ladang yang lain. Ada juga penjual yang mewarnakan oren mereka semata-mata untuk menarik minat pelanggan agar tertipu dengan warna oren mereka. Kreatif tidak bertempat namanya itu kan.

[ 7 ] End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Saya memang berhasrat untuk memetik sendiri oren-oren di ladang oren Khanpur. Saya menyuruh pemandu saya untuk pergi ke ladang oren yang betul-betul besar dan saya sendiri akan memilih pokok yang mana harus dipetik.

Sesampainya kami di sini, memang terasa seperti jakun lagaknya. Manakan tidak, kereta diberhentikan betul-betul di tepi ladang oren. Memang saujana mata memandang. Oren mata hitam saya dibuatnya. Dengan bayaran 80-100 rupees kita akan diberi pilihan untuk memetik sendiri sedozen oren pilihan hati. Memanglah murah bukan!

[ 9 ] End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Macam Ada Darah Dalam Oren Kinnow Ni Kan | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Jika anda perasan terdapat beberapa jenis oren di sini. Yang paling popular adalah oren Kinnow yang berwarna oren sepenuhnya dan juga buah oren yang kemerahan isinya. Tidak percaya? Sila lihat gambar di atas. Apabila dibelah kita akan nampak bilahan warna merah umpama darah berselang-seli dengan lapisan warna oren tersebut. Oh! Adakah warna oren di dalam kamus dewan? Mungkin jingga lebih tepat untuk digunakan.

Rasa oren pakistan sememangnya manis dan enak rasanya. Pada saya oren Pakistan lebih menyerupai oren sunkist (daripada segi luaran) dan rasanya lebih mirip kepada limau mandarin. Namun keunikkannya pastilah dengan warna merah di dalam isinya. Tidak pernah saya memakan oren yang sebegitu rupa. Saya diberitahu yang oren Kinnow ini adalah kacukan dengan oren Pakistan dan oren dari Kanada atau British. Bijak juga mereka dapat mencantumkan oren-oren untuk menghasilkan species oren yang baru dan lebih enak rasanya.

[ 11 ] Daunnya Dah Makin Berkurangan | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 12 ] Ladang Gandum Di Celah-Celah Pokok Oren. Yang Kuning Tu Bunga Rapeseed or Mustard | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Di sini juga terdapat ladang gandum. Diperhatikan gandum di sini masih lagi hijau dan belum masak sepenuhnya. Sekali pandang dari jauh, bunga-bunga gandum yang berwarna kuning umpama bunga-bunga sayur sawi pula. Di pakistan di mana-mana terdapat tanaman gandum. Saya diberitahu tanaman gandum diusahakan semasa penghujung musim sejuk dan akan dituai semasa musim panas, yakni pada bulan Jun atau Julai nanti.

Teruja rasanya untuk mengambil gambar ladang gandum semasa gandum masak dan sesuai untuk dituai nanti. Pasti ladang gandum yang kini hijau akan bertukar umpama permaidani emas yang luas. Kita nantikan musim gandum masak menguning pada Jun nanti.

[ 13 ] Gandum Yang Masih Hijau | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 14 ] End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 15 ] End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 16 ] End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Lihat sahaja kepada buah-buah oren yang begitu menarik warnanya memenuhi ranting-ranting pokok di sini. Terdapat beberapa pokok yangs aya perhatikan langsung tiada berdaun. Hanya berbuahkan oren sahaja. Memang penuh satu pokok dengan buah oren yang sedia untuk dipetik oleh sesiapa. Perasaan jakun datang seketika. Terasa seperti mahu memetik kesemua oren yang ada untuk di bawa balik ke Islamabad.

Pengalaman paling manis ada ketika kita dapat memetik sendiri buah oren di sini. Buah oren dibelah dan dimakan begitu sahaja di ladang oren Khanpur. Saya sebenarnya belum lagi makan pagi, sungguhpun ketika ini sudah masuk waktu makan tengah hari. Risau juga dengan perut yang kosong, melantak limau yang sungguh masak ranum. Takut saya diserang gastrik pula di ladang oreng ini. Perut yang berasid pasti akan mengundang padah. Anda sedia maklum status tandas di sini yang sememangnya tidak menyelesakan.

[ 17 ] Biji Gandum Yang Masih Hijau | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 18 ] End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Di atas adalah biji gandum yang masih hijau. Ladang gandum diusahakan di celah-celah ladang pokok-pokok oren di sini. Memang sesuai rasanya kerana ladang oren akan membuahkan hasil pada musim sejuk manakala ladang gandum akan membuahkan hasil pada musim panas nanti. Dua tanaman yang sesuai digandingkan bersama nampaknya bukan.

Semasa saya kemaskini mukabuku (facebook) saya, terdapat beberapa penulis blog yang berkehendakkan saya untk mengambil gambar biji gandum yang masih hijau. Nah! Itulah dia gambar biji gandum yang masih hijau. tidak banyak tanaman gandum yang berbiji di sini. Kebanyakkannya masih kecil dan beluh berbiji lagi. Tunggulah lagi dua bulan. Pasti saya akan boleh mengambil gambar ladang gandum yang penuh dengan biji-biji gandum.

[ 19 ] Tudiaaaa Punya La Banyak Hasil Tuaian Hari Ni | End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 20 ] End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 21 ] End of Season for Kinnow Orange or Bloody Orange | Khanpur Orange Farm | Winter 2010 | Near Haripur District and Taxila, Punjab Province, Pakistan | 13 02 2010 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Begitulah episod jalan-jalan saya ke ladang oren di Khanpur pada kali ini. Jika ada peluang pasti saya akan kembali ke sini untuk memetik oren Pakistan sekali lagi. Pengalaman memetik sendiri oren dan menjelajah dari satu pokok ke satu pokok mencari buah oren yang terbaik adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sekarang anda wajib percaya jika saya katakan terdapat buah oren yang manis dan enak di Pakistan.

Selamat tinggal ladang oreng Khanpur. Ketemu lagi di lain hari.

Kita jumpa lagi di musim dingin pada 2011 nanti ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 responses to “[21 Photos] Memetik Oren di Ladang Oren Khanpur (Daerah Haripur), Biji Gandum Yang Masih Hijau & Oren Pakistan Yang Kemerahan | Ladang Oren Khanpur | Winter 2010 | Punjab Province, Pakistan

  1. wa..seronoknya..
    tu ko ker yang tgh petik oren tu?
    hehe..

    Reply

    KNizam Reply:

    jaws : hehe tu la driver aku tuh. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  2. btw, nape merah?
    banyak pertumpahan darah ke kat pakistan?
    sampai diserap oleh limau?

    Reply

    KNizam Reply:

    jaws : entah la. tapi sedap woooo mai la sini ya ๐Ÿ™‚

    Reply

  3. ู†ูˆุฑู†ุงู†ุง

    wawawawa…
    sedap nya oren.

    Reply

    KNizam Reply:

    nana : hehe sedap giler. mmg lain la daripada oren lain ok. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  4. wahh,,terujanya tengok warna orange yang sangat cantik..terliur tengok warna kemerahannya..how i wish i could be there and petik sendiri buah2 oren tu..hehe..

    Reply

    KNizam Reply:

    bbhussain : hehe mmg saya sendiri tak pernah petik oren ni. mmg jakun kejap. haha ๐Ÿ™‚

    Reply

  5. pergh. best btol. hmm~

    Reply

    KNizam Reply:

    aman : hehe pengalaman yang tak dapat aku lupakan ok. hehe ๐Ÿ™‚ best wooooo hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  6. Salam,

    Wah… seronoknya jalan2 petik oren…

    Reply

    KNizam Reply:

    atikah : hehe best wooooo makan oren kat ladang oren. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  7. salam… terkejut tengok tajuk panjang lebar disertakan dengan info yang panjang jugak melebar-lebar, fuh… berpeluh menghabiskan baca.. hadoi ai… tapi puas hati dapat baca mende macam ni. nak pergi dah la jauh kan. jadi boleh cuci mata kat sini pon dah kire oraite dah. hehe

    Reply

    KNizam Reply:

    man : hehe aku mmg suka kan letak tajuk panjang giler mcm ni. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  8. memang tak sangka boleh ada buah oren tumbuh di pakistan. sebab duk fikir pakistan ni negara yang panas je.

    best pengalaman memetik oren di ladangnya. ๐Ÿ™‚

    Reply

    KNizam Reply:

    beliamuda : hehe sekarang sangkakan ok. hehe best woooo lepas ni musim panas nak singgah petik mangga la plak. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  9. Wah, cool kan…. kalaulah Malaysia ada 4 musim

    Reply

    KNizam Reply:

    noni : hehe tu la kan. tapi msia best apa ada durian. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  10. KNo: Tapi isi dia not as red compared to ones we have in KC. Yg kami pernah mkn so far mmg REALLY2 bloody from kaler isinya to the juice yg dripping out of the cute orange wedges. Ke yg dlm pic ko ni belum betul2 masak lagi?

    Reply

    KNizam Reply:

    jay : merah dia depends on winter. kalau sejuk barulah merah. hehe ๐Ÿ™‚

    Reply

  11. Pingback: Memetik Oren Kinnow, Malta dan Musambi di Penghujung Musim Sejuk | Ladang Oren Khanpur, Wilayah Punjab, Pakistan | KNizam Artwerk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge