hujan atau panas, atau DDOS attack sekalipun, blog ini pasti akan diteruskan :)Posts RSS Comments RSS

Archive for September, 2011

iPhone 5 Bakal Dilancarkan 4 Oktober 2011, Bila Nak Sampai Malaysia ni Maxis Oooiiiii !!

Ramai pula tanya aku bila la iPhone 5 ni nak launch & sampai Malaysia

hehe gua x kerja ngan Apple.com ya adik2, gua juga xde kaitan dengan Maxis Malaysia (or uMobile) ehem2. hehe :)

So jawapan aku aku tak tau la. Wa pucetaw beb!

Kalau nak tahu boleh tanya Cik @icednyior or Encik @amanfirdaus hehe :)

Tapi apa yang aku harap dengan iPhone 5 hanya satu : TOLONGLAH BATTERY TU KASI TAHAN LAMA SKET YA!

Agaknya kalau pakai smartphone memang battery cepat habis kan

Dah tahu nak buat smartphone, pi lah buat battery yang betul2 boleh tahan lama kan

6 responses so far

Kulit Zebra Asli Dari Zimbabwe | Islamabad, Pakistan

Live Update: 21 Sep ’11, 9.49am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

tidak. saya tidak berada di zimbabwe sekarang ini
masa beraya weekend lepas ada sahabat tunjuk kulit ni
saya biasa juga tengok kulit haiwan yang macam ni
tapi x pernah pula tengok kulit yg lengkap dengan kepala
mmg betul2 satu kulit hidup ni, mesti mahal giler ni kan
kalau kat malaysia ni maunyer jadi bahan kawalan ni hehe

6 responses so far

Kena Tanam Serai Ni Semua Sebelum Winter | Laman Seri, Islamabad, Pakistan

Live Update: 21 Sep ’11, 9.32am PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

aku perhatikan makin sikit pula serai kat laman ni
lepas semua serai2 dah kena harvest masa raya hari tu kan
so kali ni aku minta mali tanam banyak2 serai lagi
serai2 ni semua kena hidup subur sebelum winter ni
sebab masa winter nanti dia akan hibernate, xnak tumbuh
so xde la lagi serai sampai habis winter pada mac 2012 !

4 responses so far

Dua Pengebom Berani Mati Meletupkan Diri Di Dua Tempat Berlainan Dalam Masa 1 Hari – Rumah SSP CID, Darakshan Area, KARACHI & CD Market, PESHAWAR !

Sedang penulis bersarapan pagi tadi, mata penulis terpaku seketika. Karachi kecoh dan bergegar lagi. Kali ini pengebom berani mati telah meletupkan diri dengan bahan letupan seberat 300kg. Pengebom berani mati merempuh rumah SSP CID Chaudry Aslam, berdekatan dengan Kadakshan di Karahi. Kejadian berlaku berhampiran Defence Housing Area (DHA) Fasa 7, sebuah kawasan perumahan yang dikawal ketat dan sepatutnya dianggap selamat di Karachi. Ramai rakyat Malaysia yang menghuni di DHA Phase 6 dan 5 juga.

6 responses so far

Dah Tengok Ke Video Clip “Undilah” ? – Sebuah Projek Kesedaran Sosial oleh Pete Teo (Red Bag Music)

aku memang suka dengan video clip stylo mcm ni

memang betul2 cool dan berkesan video ni

buat dalam black & white lagila cun kan. hehe :)

dah berdaftar ke? kalau dah, bagus!

lepas ni kita mengundi ya! kalau ada rezeki aku mengundi secara pos kali ni :)

No responses yet

Biji-Biji Bajra Yang Semakin Banyak Di Musim Panas 2011 | Bandar Muridke, Daerah Narowal | Wilayah Punjab, Pakistan

Semasa dalam perjalanan ke Narowal tempoh hari penulis perhatikan banyak betul pokok-pokok biji bajra di kiri dan kanan jalan. Memang tengah kemuncak musim menuai bajra kali ini agaknya. Pokok-pokok bajra ni sekali imbas, seakan-akan pokok jagung juga. Berwarna kehijauan dan biji-bijinya yang telah masak kekuningan. Rupa pokok memang seperti pokok jagung. Namun tiada buah jagung di batang pokoknya. Rupa daunnya juga memang mirip kepada pokok jagung. Jangan tersilap ya!

Nantilah kalau ada masa penulis akan meletakkan di sini gambar biji-biji bajra secara dekat (makro) pula. Kini penulis tidak berkesempatan untuk memuat naik gambar-gambar lain berkenaan biji-biji bajra ke akaun flickR penulis. Namun anda kini telah ketahui akan rupa biji-biji bajra yang sedang masak ranum seperti di atas kan?

3 responses so far

Paper Coterie – Begin Anywhere with Kelly Corrigan

ini adalah reason kenapa saya mengambil gambar

reason kenapa saya selalu travel ke sana ke mari

kerana saya ingin mengabadikan kesemua kenangan yang ada

rasa mcm dah lama la x print gambar2 travel kan. gambar dah berlambak2 hehe :)

bila last sekali hangpa print gambar2 yang berlambak2 dalam laptop tu?

2 responses so far